Wednesday, January 18, 2012

18.01.2012

plus minus, dah 2 minggu lebih sekolah bermula. thanks God for the energy You have given to me. rasa energetic n bersemangat untuk bekerja tahun ini. rasa tenang, gembira dan bahagia bila dapat buat kerja. even though kerja bertimbun-timbun n kadang-kadang letih sangat-sangat, but, i am satisfied!

u know, macam pelik la jugak kawan-kawan yang lain dah dapat naik gaji, sedangkan saya dan kawan-kawan 1 batch di APGS tak merasa lagi gaji baru tu. sepatutnya gaji kami dah naik bulan 10 tahun lepas. dah lama tertunggak ni. but itsokey. yang tertunggak tetap akan dibayar kemudian. so takdela kisah sangat kan.

n one more thing. why ramai kawan saya yang ajar math dapat elaun BISP sedangkan saya tak dapat yer? or sebab saya tak apply sebab saya cuti bersalin tahun lepas? emm.. kalau la sebab tu.. saya tak kisah.. mungkin sebab bukan rezeki saya. just nak mention kat sini bahawa kawan-kawan telah dapat salary yang lebih baik berbanding saya! :)

okey. forget about it. now i wanna think about PRESENT. birthday present for my husband. susah betul nak cari hadiah untuk lelaki kan. lagi-lagi yang jenis 'takkisah' macam husband saya ni. apa jer yang saya bagi dia mesti suka. kalau jenis yang 'kisah' ni dia awal-awal dah remind kita untuk bagi itu ini masa birthday dia. kan senang. haha.

tadi dah tanya kawan-kawan dekat facebook. 1 idea memikat hati saya. 'book 1 day and 1 night to spend with him'.. macam best je idea tu. tapi macam mana yer, tarikh birthday husband saya sama dengan tarikh kenduri kakak saya. baiklah. itu akan difikirkan kemudian.

saya pun ada googled tadi. 1 idea lagi memikat hati saya. 'leather jacket'.. i know my husband will like it. since beliau pun pernah cakap macam nak beli 1 leather jacket ni. dan semestinya dari jenama kegemaran beliau. TIMBERLAND. okey, mummy find one for u okey papa... :)

Wednesday, December 7, 2011

diet oh diet

berat naik selepas melahirkan? that is what happened to me.

sebelum pregnant : 53kg
sebelum melahirkan : 65kg
selepas melahirkan : 56kg

emm.. sebelum berkahwin : 48kg (maksimum)

kalau anda di tempat saya, mesti tension bukan? saya rasa sangat gemuk dengan berat sebegitu. then, saya mencuba untuk diet. bolehkah?? (+_+)

okey. di previous entry saya dah tulis satu alternatif untuk menguruskan badan. iaitu memakai corset. kali ni saya ingin berkongsi alternatif kedua saya iaitu...

less rice, more vege.. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengamalkan makan sup sayur.

.sup sayur dengan air masak.

Saturday, December 3, 2011

Kombucha Tea...

hey peeps. does anyone of u have heard about Kombucha Tea? okey.. let me tell u what is Kombucha Tea.
"Kombucha is an effervescent tea-based beverage that is often drunk for its anecdotal health benefits or medicinal purposes. Kombucha is available commercially and can be made at home by fermenting tea using a visible, solid mass of yeast and bacteria which forms the kombucha culture, often referred to as the 'mushroom' or the 'mother'." (source: wikipedia) 
untuk pengetahuan korang, Kombucha Tea adalah sejenis minuman berasaskan teh yang diminum untuk tujuan kesihatan atau perubatan. Kombucha pula adalah sejenis bakteria atau yis yang difermentasikan di dalam air teh untuk suatu tempoh tertentu. ia juga dikenali sebagai 'cendawan ajaib' bagi sesetengah orang.


antara khasiat Kombucha Tea adalah seperti berikut :

  • mengubati sembelit
  • memperbaiki sistem tubuh
  • mengurangkan paras gula bagi penghidap diabetes
  • memulihkan fungsi organ pencernaan
  • meredakan stress atau penyakit mental
  • menjadi penawar bagi racun
  • membunuh sel kanser
  • mengatasi insomnia
  • membersihkan pundi hempedu

di sesetengah negara, Kombucha dikenali sebagai 'dewa' atau penyembuh pelbagai penyakit. dan ada juga negara yang mengkomersialkan minuman ini. khasiat yang saya list kat atas tu sikit je. banyak lagi khasiat Kombucha Tea ni sebenarnya.

Thursday, December 1, 2011

Cara-cara Melayan Suami


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. saya perlu ingat tentang benda ni :)


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. suami angkat kaki? taknak lah... saya akan cuba lebih bersabar lepas ni.. minta maaf? memang dah selalu dipraktikkan :)


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. omg. saya memang agak keanak-anakan. cepat berubah!


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. potong kuku, dah biasa buat. potong janggut/misai.. emm.. takreti. tapi kalau abang nak ajar, saya suka!


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya. takpernah abaikan permintaan suami. u re my priority :)


6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. maaflah, kadang2 saya masak ikut selera saya. tapi, saya pun selalu jugak masak apa yg abang suka kan? okey, lepas ni kalau abang ada, saya masak ikut kehendak abang. kalau abang takde kat rumah, baru saya masak ikut selera saya :)


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. abang.. seluar abang yang koyak tu hari saya tak repair pun sampai sekarang. masih terlipat kemas dalam almari. saya bukan taknak jahit, tapi saya tak pandai baiki kerosakan macam tu. macam susah je. kalau setakat jahit butang n jahitan yang simple boleh lah. saya pun rasa bersalah sebab tak repair seluar abang tu. kalo saya tampal dengan kain lain boleh? sebab koyakan tu besar sangat.. ;(


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. saya tak sediakan barang2 dalam poket suami. sebab saya tau abang tak perlukan semua tu. dalam poket abang mesti ada wallet dan hp sahaja. tapi untuk travelling bag, saya akan sediakan keperluan abang cukup lengkap. perfume, deodorant, berus gg, shaver dll... selain tu saya pun letakkan perfume botol kecil dalam kereta. takut2 kalau abang terlupa nak pakai. hp, rayban, kain pelikat.. beg opis abang tu.. saya akan cuba alert lepas ni. takut abang tertinggal lagi!


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya. baiklah. sebelah tangan dodoi baby, sebelah tangan dodoikan suami. barula isteri mithali :)


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. maafkan saya kalau saya ni pemboros. habiskan wang yang abang bagi sekelip mata je. lepas ni saya akan cuba explain detail barang2 yang saya dah beli menggunakan wang abang. i try my best! tapi.. abang pun janganla boros sangat lepas ni. saya jadi macam ni pun sebab abang tu.. senang sangat nak keluarkan duit dari poket.. hmm..


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt. okey. kejap lagi abang sampai. saya nak mandi, wangikan diri. mari kita beribadah bersama2 :)


12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya. betul.. setuju. saya harap abang puas hati dengan layanan saya selama ni. makan pakai abang... saya cuba jaga dengan baik. kalau hati abang ada rasa terguris atau tak puas hati dengan layanan saya, saya minta maaf. berterus-teranglah. saya akan berubah. everything i do, i do it just for u... tapi sebagai manusia saya tak lepas dari kesilapan..


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya. saya akan cuba jadi lebih penyabar!!!! saya akan cuba, cuba dan terus cuba. SABAR!!

sumber : tentangcinta.com

Wednesday, November 30, 2011

promote sikit.

ramai betul orang tegur saya chubby dan saya pun merasakan benda yang sama. bila saya tengok balik gambar-gambar lama, memang ketara betul bentuk badan saya dulu dan sekarang. gemuk.. bila saya tanya husband, dia kata tak gemuk, cuma berisi. sedap mata memandang katanya. dia suka badan saya sekarang ni.  thanks hub. nasib baik abang suka, kalau tak, tensionla ena..

tapi.. saya rasa macam takbest la body macam ni. susah saya nak kenakan semua jenis pakaian. semua pakaian lama yang fit-to-body saya takboleh pakai. so, saya decide untuk beli sepasang corset..

taraa...


Ambrace Body Shaping Bra..

Ambrace Body Shaping Girdle...

and Ambrace Body Shaping Corset...

Ambrace Body Shaping Set
 setelah mencuba set ini, seriusssss saya sukaaa sangat!! memang fix dan sesuai dengan bentuk badan saya. sebelum beli, risau jugak takut-takut tak muat ke. sebab yela, bukan senang nak beli set body shaping yang betul-betul kena dengan badan kita kan. memang berbaloi! rasa macam nak dapat 2 set lagi (tamaknyaa...!)

saya pun terus hubungi husband dan bagitau pasal benda ni. tak sabar rasanya nak tunjuk pada hub. mesti beliau suka :)




dalam kotak dia ada sertakan cara-cara untuk pakai benda-benda alah ni serta fungsi-fungsinya. cara nak jaga pun ada diberitahu :)



jalan-jalan giant

semalam keluar awal pagi. hantar che da ke kuantan untuk operate mata. dekat T.F.Wong Eye Specialist, Beserah. operation pakai laser tu ambil masa lebih kurang 45 minit untuk siap. tolak tambah ngan prosedur-prosedur lain, kira-kira 5 jam jugak la.

sesambil tunggu che da, kami keluar jejalan ke giant kuantan. mak yang nak g sana. ikutkan hati aku nak g carrefour je, nak cari pampers n susu rayqal. tapi dah mak syor nak g giant, so ke giantlah kami.




rayqal & papa

happy family. ececee...

rayqal & papa again..

again & again.. :)


hmm.. patutlah ramai mengadu dah tak larat nak dukung rayqal. g timbang 2 hari lepas, rupanya berat rayqal dah naik! rayqal 4 bulan dah 6.7kg. tinggi pulak dekat 70cm. banding masa lahir haritu, berat 3.05kg dan tinggi 50cm. satu pencapaian yang baik anak ummi! :D

rayqal 2,3 hari ni pandai buat bunyi pulak. huu haa.. huu haa.. kalau tengok sesuatu yang menarik, mesti keluar bunyi tu. rayqal pun dah pandai main napkin sorang-sorang sekarang. rayqal tarik napkin tutup muka, pastu rayqal gelak sorang-sorang. sambil kaki dub dab dub dab tendang angin. ekspresi excited kot! haha.

tapi actually tak bole biar rayqal main napkin sorang-sorang macam tu. bahaya. takut lemas nanti. so, rayqal hanya boleh main napkin bila ummi atau orang lain ada okey!

rayqal.. rayqal.. sangat adorable di mata ummi. ada je benda baru yang rayqal pamer setiap hari. ummi doakan rayqal sentiasa sihat, terus dan terus belajar. kalau rayqal nangis, ummi memang kecoh 1 kampung. bukan sebab ummi marah, tapi takut kalau-kalau rayqal sakit. ummi tak tahu.. rayqal bukannya boleh cakap lagi kan..

okeylah stop sini dulu. jam menunjukkan pukul 5.21 pagi. saya nak sambung tido sikit lagi. kejap lagi nak bangun pulak. nak g kuantan lagi hari ni, hantar che da cuci mata. goodddd morning :)

Sunday, November 27, 2011

27.11.11

1. semalam start bagi nestum sikit2 kat rayqal. campur dalam susu dia. emm menakjubkan! rayqal sukaa sangat ngan susu+nestum tu. makin banyak pulak dia isap susu semalam. a very good boy!

2. dah bayar ptptn rm200 semalam. so, jumlah yang aku bayar setakat ni adalah rm400. sikit je kan? takpela, sikit-sikit dulu, nanti ada extra money boleh la bayar lebih.

3. dah dapat surat dari CIMB mengatakan loan dah masuk dalam sijil simpanan aku. kena bayar pendahuluan dulu sikit... rm157.79. nasib baik sikit je. hehe..

4. terkilan sebab tak sempat buat rayuan pertukaran ke negeri terengganu. nampak gayanya tahun depan aku masih kena berkhidmat di KL.. boringnya duduk jauh ngan suami.. takbest2..

5. emm tahun depan sekolah aku dah jadi sekolah 1 sesi. so, tahun depan aku kena g skolah pagi2. pukul 7 mesti dah kena keluar dari rumah. harap2 tak jem sangat..


Thursday, November 24, 2011

24.11.11

dah 2 malam rayqal asyik nangis jer. orang tua-tua kata mungkin sebab nak beralih bulan. yela kan. hari ni genap la 4bulan umur si kecil ni. alhamdulillah, malam ni rayqal tido nyenyak. boleh la mummy update blog yang tandus ni.

papa rayqal pulak baru je bertolak ke kL. semoga papa selamat pergi dan balik. amin.. minggu depan baru papa balik jumpa rayqal. cian la rayqal takde geng sepanjang seminggu ni. hehe..

Saturday, November 12, 2011

rindu serindu-rindunya..

bila tengok gambar profile blog ni, rasa rindu sangat nak update blog. since saya dah bersara jadi blogger tegar, actually takde la tegar sangat pun, sejak get married and having a son, saya dah takde masa nak update blog.

teringat zaman study kat upsi dulu, suka sangat update blog. walaupun follower tak seberapa, tapi enjoy tulis blog. sebabnya..

*pertama, sebab saya tau ada orang yang baca n bagi respon pada tulisan saya. iaitu kawan-kawan rapat saya di rumah sewa dan kawan sekelas saya juga.

*kedua, sebab masa tu saya tengah 'heartbroken'. taktau kat mana nak luahkan perasaan so saya gunakan blog sebagai medan peperangan. ops. maksud saya medan untuk meluahkan problem yg overwhelmed diri saya masa tu. kalo nak tau apa masalah saya pada masa tu, silalah bukak blog saya yang satu lagi. dan carilah entry tahun 2009.

*ketiga, sebab masa tu saya ada banyak masa lebih. saya boleh online sampai subuh untuk update blog. tak macam sekarang ni, kadang-kadang je boleh online. sangat busy. busy keje, busy jadi suri rumah, busy body.. boleh dikatakan semua la busy..

*keempat, sebab dulu saya rajin. dulu saya sangat rajin online, bukak laptop, main internet sampai pagi, chatting. lagi? dah takde dah. tu je yang saya rajin. sekarang ni? saya malas. saya dah jadi seorang yang pemalas. sekarang ni saya rajin benda lain pulak. contohnya, tengok tv, buat kek, main ngan baby.. :)

ermm.. untuk makluman kawan-kawan, hari ni sekolah saya buat hi-tea dekat grand season hotel. sampai sekarang ni saya masih takdapat buat decision, nak pegi ke tak. bila tengah batuk, selsema macam ni, rasa takbest pulak nak pegi tempat macam tu. tapi kalau tak pegi, rugilah pulak. bayar mahal tu.. emm..

kalau macam tu saya stop dulu lah tulis blog ni. saya nak ambil masa, nak deep thinking sikit. patut saya pegi ke tak. baiklah. jumpa lagi. sekeping gambar untuk jamuan mata anda :



saya, husband dan anak kami, umar :)