Sunday, August 30, 2009

kerana aku terlalu mencintaimu..

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta.

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tahu apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang…

Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

Awak…

Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan…

Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.

Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…

Awak…

Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…

‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…

‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’

Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu….

Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’

Awak…

Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…

Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…

Awak…

Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.

Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.

Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.

Awak…

Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…

renungkan lah..

Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai 'alat'.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang."

Wednesday, August 26, 2009

Bila lelaki sudah jatuh cinta..

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:
  1. Memberikan lebih perhatian.
    Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.
  2. Meluangkan masa untuk kamu.
    Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.
  3. Menerima kamu apa adanya.
    Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.
  4. Lebih romantis terhadap kamu.
    Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.
  5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
    Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.
  6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
    Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
  7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
    Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.
  8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
    Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
  9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
    Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
  10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu.
    “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah..

Tuesday, August 18, 2009

Bila lelaki sudah jatuh cinta...

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapasapabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.
3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalulama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan pentingdengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

Friday, August 14, 2009

Petua Menjana Keyakinan Diri

1) Terima dirimu sepenuhnya – Diri anda adalah unik dan terlalu istimewa. Tidak ada dua orang yang benar-benar serupa dengaan anda sampai bila-bilapun . Biar bagaimana pun diri anda dari aspek fizikal misalnya , anda perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran dan merasakan betapa hebatnya anugerah Allah pada anda. Tenaga emosi yang positif ini akan dijanakan menjadikan anda sayang, hormat dan hargai diri anda. Bagaimana orang lain ingin hargai dan hormat anda jika anda sendiri tak pernah untuk menghormati diri anda. Apabila anda menerima diri anda secara totalnya segala kelengkapan yang anda ada terutama jiwa anda. Minda sedar dan minda bawah sedar anda akan dengan senang hati berkhidmat pada anda dengan sepenuh hati dan akan menjadi pekerja setia pada anda. Jika sebaliknya mereka akan menjadi musuh pada diri anda dan akan membawa kesulirtan pada anda

Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri. (YUNUS:44)

2) Analisa diri- Sila imbas kembali peristiwa lepas secara berperingkat 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dahulu mengapa anda masih berkeadaan seperti sekarang, siapa yang mempengaruhi anda dan persekitaran yang menjadikan diri anda seperti sekarang. Senaraikan kelemahan tersebut supaya anda boleh nampak dengan jelas sifat-sifat kelemahan diri untuk diperbaiki

3) Pastikan anda benar-benar mengetahui APA YANG ANDA MAHU dalam hidup anda . Dan mulakan senarainya. Seperti pekerjaan, kesihatan, hubungan , sifat diri kelengkapan hidup dan sebagainya. Buat senarai tersebut dan tuliskan. MESTI TULIS

4) Senaraikan pilihan langkah-langkah tindakan yang anda perlu ambil untuk menjayakan bagi mencapai matalamt anda misalnya dari segi sumber, masa dicapai, siapa yang anda perlu hubung, ilmu yang perlu anda cari dan sebagainya

5) Letakkan standard yang tinggi bagi diri anda dan jangan sesekali anda perlekehkan. Sentiasa gunakan bicara kendiri yang positif pada diri anda (The power of Self Talk). Katakan sentiasa kata-kata positif yang merangsang diri anda. Apa sahaja yang mengiktiraf diri anda yang terbaik

6) Berubah pada persekitaran yang baru dan mencabar. Selagi anda berada pada bentuk persekitaran yang sama, hasilnya 20 tahun akan datang juga sama. Ubah sistem persekitaran anda. UBAH SISTEM BERKERJA ANDA

7) Pilih rakan sebaya yang dapat membantu untuk mencapai impian anda. Pastikan anda bergaul dengan orang yang telah mencipta kejayaan dalam hidup mereka. Tenaga Aura dan emosi positif akan mengalir dalam diri anda untuk anda mengubah persepsi diri. Selagi anda bergaul dengan rakan yang sama, selagi itulah nasib anda akan serupa. Cari kawan baru

8) Tempuhi pengalaman-pengalaman baru. Pelajari ilmu baru dan aplikaskasikan . Secara beransur-ansur anda akan dapat membangunkan diri anda. Ini adalah proses pertumbuhan . Anda perlu meniarap.merangkak dahulu sebelum boleh berjalan dan berlari.. Pastikan anda lakukan perkara baru yang sesuai dengan kebolehan dan minat anda

9) Senaraikan kejaya-kejayaan kecil dan besar yang anda capai. Imbas kembali dan kemudian ‘masukkan’ Kejayaan-kejayaan yang anda ingin capai dan rasakan seolah-olah anda telah memiliknya

10) Sentiasa menggunakan Power of Affirmation iaitu kata-kata perakuan diri yang menyatakan anda mampu dan boleh melakukan. Jangan ada halangan minda sama sekali. Cuba dan cuba sehingga berjaya. Tetapi jangan terlalu lama . Jika bidang itu tidak sesuai cari bidang lain

11) Ubah persepsi, pemikiran, kepercayaan dan perasaan kepada yang menyatakan I CAN DO IT!!!! I BELIEVE MY SELF

12) Nyatakan sentiasa ikrar dan janji diri anda pasti akan mencapai matlamat anda!

13) Sentiasa panjatkat doa pada Allah bagi memudahkan urusan anda dunia dan akhirat

14) Cipta ANCHOR iaitu perkataan atau peristiwa yang boleh mencetuskan rasa ANDA YAKIN DAN MAMPU LAKSANAKAN

15) Disiplinkan diri , jangan bertangguh terus lakukan tindakan yang anda rasa betul. Kawal minda anda dari serangan dalaman iaitu emosi anda dan pengaruh pesekitaran dan orang-orang yang ingin menjatuhkan anda. Tanya pada minda anda dan emosi anda

16) Nyatakan sebab-sebab yang kukuh mengapa anda ingin capai matlamat tersebut

17) CUBA DAN CUBA DAN CUBA SEHINGGA BERJAYA

18) TULIS SKRIP KEHIDUPAN BAGAIMANA YANG ANDA INGINKAN

19) PERTINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI ANDA

20) SENARAIKAN SUMBER, KEBOLEHAN, ORANG-ORANG YANG ANDA BOLEH HUBUNG, HARTA ANDA DAN APA SAHAJA MODAL YANG PERLU ANDA UPGRADEKAN DAN GUNAKAN SEBAGAI LANGKAH PERMULAAN ANDA

21) Buat buku skrap kehidupan anda- tampal gambar

22) Senaraikan 6 perkara setiap hari perkara atau apa tindakan anda keesokan hari (gagal merancang merancang kegagalan....)

23) Elak penyakit suka bertangguh

24) Baca dan amalkan buku motivasi atau pembangunan diri

25) Buat VISUAL DAN REHEARSAL MENTAL secara jelas diri yang anda inginkan dan matlamat yang anda ingin capai. Walaupun peristiwa tersebut belum berlaku, anda dapat ‘melihat, mendengar dan merasakan suatu perasaan yang hebat seolah –olah masa depan tersebut telah anda nikamati dengan sebenar2benarnya. Gunakan teknik NLP(NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING) . Ianya akan mengaktifkan minda bawah sedar anda untuk mengaktifkan kepercayaan, pemikiran, perasaan supaya setiap sel dalam tubuh badan anda akan berkerja keras untuk mencapai REALITI. SETIAP PERISTIWA BERLAKU DUA KALI. IAITU SATU DALAM MINDA DAN SATU LAGI DI ALAM SEBENAR.(POWER OF DREAM AND POWER OF WILL)

Wednesday, August 12, 2009

Dialah LELAKI itu...

1. HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus, terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. BAHASA LELAKI ADALAH BERLAINAN
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. LELAKI SUKA MEMBISU
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. LELAKI TIDAK KOMPLEKS
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

5. JANGAN PAKSA LELAKI
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. LELAKI BERAHSIA DENGAN LELAKI LAIN
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk meniadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

7. LELAKI PENTINGKAN KEJUJURAN
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.

8. LELAKI TIDAK SUKA DIKRITIK
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah iuga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.

9. LELAKI JUGA MAHUKAN SOKONGAN
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..." dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang".

10. LELAKI DAN EGO
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.

11. SAHABAT YANG PALING BAIK
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.

12. LELAKI MESRA TANPA BEREMOSI
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.

13. LELAKI SUKA MENYELERAK
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu diiaga oleh seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.

14. LELAKI DIUMPAN MENERUSI MATANYA
Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah yang paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, pakailah pakaian yang menghairahkannya. Ini bukan bermakna menyuruh wanita menjadi objek seks, dalam rumahtangga, kedua-dua lelaki dan wanita adalah objek seks. Inilah perbezaan yang besar antara pembangkit ghairah lelaki dan wanita. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesannya terhadap imaginasinya.

Monday, August 10, 2009

10 sikap wanita yang disukai lelaki

Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.