Saturday, October 31, 2009

ChannelC

  • berilah pada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang paling hampir dengan syurga, juga sebaliknya.
  • tanda sejahtera itu - tak rakus dunia, semangat, semangat kepada ibadah, bicara, jaga solat, bersahabat dengan solihin, menjauhkan yang haram, pemurah, insani, berguna dan sering ingat pada mati.
  • yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikirullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik mula sebagai insan.
  • sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha dan ikhlas. tanpa tanda2 tersebut, jelaslah ia kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir.
  • istiqhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk, sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah swt sebagai tanda syukur.
  • kefahaman al-quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan.
  • al-quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan. mengamalkannya dengan betul, akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.
  • kata orang arifbillah, di antara sifat pada seorang ulamak, dia amat takut kepada allah swt, walaupun nyawanya jadi taruhan.
  • kata2 orang2 alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar.
  • sesuatu kesalahan dan kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan.
  • orang yang busuk hatinya adalah orang sering memandang kelemahan dan prasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsafan bagi tujuan keimanan.
  • di antara golongan orang yang dibenci allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim.
  • hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab. itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya.

No comments: