Sunday, January 31, 2010

kesal

busy tapi tetap nak tulis jugak. pertama. pasal cuti hujung minggu beberapa hari lepas. aku balik kampung. dengan gembiranya berjumpa jeans-jeans kesayangan aku yang ditinggalkan di rumah. sungguh lama tak bertemu mereka. since sepanjang duk selayang, kurang masa nak pakai jeans. cikgu la katakan. berbaju kurung setiap masa. tapi perasaan gembira bertukar menjadi hiba bila semua jeans-jeans itu dah tak muat dengan aku. sedih. badan aku dah naik. suka. tapi bentuk badan tak cantik. gelisah. apa yang harus aku lakukan?

kedua. cikteh. kata mak. perubahan yang ketara bila aku balik. cikteh jadi aktif semula. berselera makan. masa aku takde. asyik baring je atas kerusi urut ogawa mak. puas diberi makan. tapi taknak. friskies taknak. favorite food dia iaitu ikan mentah pun dia taknak. kadang-kadang mundar mandir depan pintu bilik aku sambil mengiau. macam memanggil aku je kata mak. tapi masa sebelum balik selayang tadi. cikteh macam dah agak. dari awal dia melilit-lilit kat kaki aku. bising mulut dia. sampaikan aku nak mandi pun dia nak ikut. sayang. jaga diri sepanjang ketiadaan kakak. kakak sayang kamu.

ketiga. adalah yang paling penting. orang yang aku sayang, mak, masuk hospital malam tadi. ditahan di unit rawatan rapi, ICU. kerana tekanan darah beliau terlalu tinggi. mak tak sedarkan diri sejak semalam sehingga hari ni. degupan jantung mak terlalu lemah. kata doktor, berkemungkinan mak mengalami pendarahan dalam otak. subhanallah. aku harap semua cuma anggapan doktor sahaja. aku doakan mak cepat sembuh.

timbul juga rasa kesal bila tengok wajah mak. aku tak gunakan masa selama ni untuk gembirakan dia. aku kesal kerana aku tak sempat nak bahagiakan dia. doktor, mak mungkin akan koma buat selama-lamanya. aku menyesal sangat jika semua tu terjadi. aku ada agenda tersendiri untuk mak di masa depan. aku harap aku berpeluang merealisasikan impian aku tu. aku harap kawan-kawan dapat doakan supaya mak aku cepat sembuh. amin.

Wednesday, January 27, 2010

how low can u go

pagi-pagi buta dah tension bila dimaklumkan kitorang akan start mengajar pada sesi petang minggu depan. sebelum ni kami dah diberitahu akan mengajar pada sesi pagi, budak form 4. tapi last-last minit tukar pulak. kami kena mengajar petang, budak form 1 and 2. coz ada 2 org cikgu yang cuti sakit and bersalin.

rasa cam frust jugak sebab kitorang dah prepare and get ready untuk mengajar form 4. tapi itsokey la. tadi kami dah pun dapat jadual waktu kelas masing-masing. aku dapat kelas 2S and 1A iaitu masing-masing kelas 1st and 6th. zu pulak dapat kelas 2R and 1R, both kelas 3rd. punya la lama tunggu jadual tu. hari ni baru dapat. kesian betul.

penyelia petang cam lega tadi coz kitorang dapat bantu dia mengajar budak-budak yang belum dapat cikgu ganti ni. 10 waktu, semua subjek math. kitorang tak mengajar fizik sebab form 1 and form 2 mana ada belajar fizik lagi. so, math pun math la.

so, pasni kena adapt la ngan environment baru pulak iaitu sekolah petang. haish.

Tuesday, January 19, 2010

live like we're dying

paras kebusyan sudah meningkat sikit demi sikit. seawal 6 pagi aku kena bangun dan bersiap ke sekolah yang terletak tak jauh dari rumah sewa aku ni. mandi, solat dan bersiap. 7am keluar, jalan kaki dengan zu ke sekolah.

1.40 pm punch card dan balik. sebelum balik tak lupa bungkus nasi dulu. kalo tak bungkus alamatnya kebulur la aku dan zu. sebab berdekatan rumah kitorang takde kedai makan langsung. kalo ada yang paling dekat pun kena naik moto. kami tak ada transport.

sampai je rumah, jemur badan yang berpeluh sebab jalan kaki tengah panas. then, kemas-kemas apa yang patut. basuh baju, mandi, solat. nasib baik petang ni takde aktiviti kat sekolah. kalo ada.... alamatnya pengsan lah aku. harap-harap takdelah aktiviti petang untuk kami. mak aii.. tak bole tak bole. akan ada jua aktiviti petang-petang di sekolah nanti iaitu ko-kurikulum. macam mana la aku nak hidup yer..

sekarang aku agak tension dengan kondisi bilik guru sekolah yang aku tengah praktikal sekarang. panas. takde air-conditioner, malahan bilangan kipas pun sangat sikit. baru 2 hari praktikal, dah muncul ruam-ruam kecil atas dahi aku. rimas nya. agak-agak bole ke aku bertahan kat sana sampai bulan 5 nanti?

2 hari ni pun dah cukup mempressure kan diri aku. inikan pula 4 bulan. aku harap Tuhan tabahkan diri aku lalui semua ni. nape la aku diuji dengan semua ni? serious aku macam dah mula nak pressure..

Wednesday, January 13, 2010

U makes me turns off…

She's nothing like a girl you've ever seen before
Nothing you can compare to your neighbourhood whore
I'm tryna find the words to describe this girl without being disrespectful


 

oleh kerana harini dia cakap kat aku "ena makan lah. ena skrg dah KURUS, nanti tak makan jadi makin KURUS baru tau"… aku jadi moody. "u makes me turns off". tu je yang mampu aku katakan dalam hati aku masa ni. "ok lah zal. ena busy. nanti lah sembang lagi"

dia call, aku ignore. dia sms "knapa ena?" aku malas nak reply. dia sms lagi "ena makan lah k. zal syg ena. ena buat lah keje dulu".. aku rasa dia memang tak faham.. dia mesti ingat aku betul-betul busy sedangkan.. ehmm..

hp tiba-tiba mati. malas aku nak charge. 15 minit. tak sampai hati pulak nak biar hp padam lama-lama. aku on dan charge balik. 4 je miscals dr dia. "kalau keadaan ena macam ni, mungkin ena akan dengar zal pun sama macam tu. ok lah syg. ena jangan risau kat zal" hmm.. susah hati pulak aku dengar dia kata macam tu. tapi aku masih keraskan hati, taknak balas sms dia.

"ena, ena tak bole buat macam ni. ena kena kuat semangat. kalau ena taknak zal ganggu hari ni, baiklah. zal akan usaha untuk tak ganggu ena. kalau ena dah ok, msg zal k. zal sayang ena. ena rehatlah k."

"I am going to kuantan. nak repair laptop." simple je aku balas sms dia.

"ok. drive leklok. hati-hati"…………"ena jangan lupa makan"……."zal nak ke KL ni. ena jaga diri"…

taktau kenapa aku moody sangat bila perkataan 'KURUS' keluar dari mulut dia. sedangkan dia cuma kawan aku. tak sepatutnya aku ambil hati dengan komen-komen dari seorang kawan..

…………………

hp aku tetiba berbunyi "hello, u kat mana?".. "I kat giant ni.. baru je sampai"… "ooh. depan office I jelah. boleh I pergi sana?"… "sure. I dengan mak I ni".. "ok.."

petang tu kebetulan sangat.. dapat jumpa abg syed. mak pun join sekali.. he is such a nice guy. humble and friendly.. mak pun suka dia.. ehmm.. lepas sembang and makan-makan, we ol bersurai…

at the same time, zal asyik sms.. risau sangat dia kat aku. finally aku sms "tu lah, sape suruh cari pasal".. aku tau, dia pun taktau pasal apa yang aku maksudkan. "pasal? pasal apa?".. "semua orang pun tau perkara apa yang ena paling sensitif. tanya lah kawan zal. dia mesti tau.".. "ena.. tolong la bagitau.. apa yang rizal dah buat?".. "nanti la ena bagitau. ena busy sekarang"…


 

'shawty's like a melody….'

terdengar bait-bait lagu replay melalui speaker hp ku. di skrin, tertulis nama 'norman'.. "hello ena, apa yang ko dah buat kat kawan aku tu? dari pagi tadi dia tak lalu makan. dah puas aku pujuk tapi dia macam moody je hari ni.. rupa-rupanya petang ni baru aku tau dia ada masalah dengan ko".. tetiba rasa bersalah la pulak, kesian dia. tapi nak gelak sikit-sikit pun ada. "ish. sampai macam tu sekali? haha. kau ni mengarut jelah"… "betul la aku tak tipu. apa yang kau dah buat kat dia ni.."… "hmm.. dia tu yang cari pasal dengan aku".. "cari pasal macam mana?"… "hmm.. kau tau kan perkara apa yang aku paling sensitif.."… "apadia? dia cakap kau KURUS?"…

"pandai pun.."…. "laa yeke.. aku ingatkan pasal apa la tadi. kesian betul dia, aku tengok takde mood betul. kau jangan la buat macam tu, kesian dia nak jalan jauh tu…"……… "eh mana ada aku buat apa pun…abis dia yang cari pasal.."

panggilan ditamatkan.. "zal dah tahu.. apa sebenarnya. tapi zal betul-betul taktau yang pasal tu ena tak suka. zal betul-betul taktau. ampunkan lah zal, enaa…"

haha. kadang-kadang melampau jugak ayat mamat ni. siap ampun-ampun lagi, ingat aku ni raja ke apa…?

"kalau dah tau lepas ni buat lah lagi.."… "zal janji lepas ni zal tak akan sebut lagi pasal tu. actually bukan niat zal pun nak cakap ena macam tu... zal cuma nak pujuk ena makan je.."

ehmm. nasib baik aku dah termakan pujuk. and dia pun pandai memujuk. hihi.. "zal nak tau tak. kalo sebelum ni ada kawan-kawan yang cakap macam tu kat ena, ena dah dump dia tau. korang nak cakap apa-apa pun pasal ena, ena tak kisah. tapi bila keluar word 'KURUS'.. u will makes me really-really turns off"..

taktau kenapa tetiba sensitive pulak ngan mamat ni. anyway, since the first day we talked, I know, he could make me happy..

Wednesday, January 6, 2010

re-player...

shawty's like a melody in my head
that i can't keep out
got me singin' like...

berkumandang lagu replay dendangan iyaz itu melalui playlist winamp ku sekarang. taktau kenapa lagu itu best sangat bagi aku. adalah kerana iramanya, atau liriknya atau penyanyinya atau sebab lain? jawapannya aku sendiri je yang tau. haha. apsal la aku poyo sangat harini. haha. nak tau tak jawapannya? sebab.. semestinya irama nya lah. coz memang secara semualajadi kita akan menyukai sesebuah lagu itu kerana irama dia best. macam kalau manusia, dari mata turun ke hati. dan kalau lagu pulak dari irama turun ke lirik. hehe. tapi taktau la teori aku ni bole digunakan ke tak. dan aku tak kisah pun semua tu. hu.

dan hari ni. dengan rasminya aku dah tukar permission setting untuk blog aku kepada 'only invited readers'. kenapa aku buat macam tu? mestila ada sebab. sebab aku takkan buat apa2 tanpa sebab. eh berapa banyak sebab la ena. nak tau apa sebab dia? sebabnya adalah kerana sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. haha. nah panadol sebijik. makan.

dan hari ni juga aku membuat keputusan untuk meng'off' hp baverly hills ku. baverly hills? kenapa baverly hills? haha. kepada yang tau, tau lah. apa nombor baverly hills? dan nombor itu adalah sequence nombor hp aku. ha, kantoi. ok back to the main topic. pasal aku off hp. sebab pe? macam biasalah. sebab serabut. hua. aku ni bukan jenis bole berkawan ramai2 (kata mak aku dan ianya mungking benar). dan bila hp asyik berdering di saat aku ingin berseorangan, mula lah aku rasa rimas dan serabut dan kalut. lalu aku ambil lah keputusan untuk off hp itu. mujurlah aku ada 2 hp makanya hp 1 lagi menjadi alternatif kedua bagi 'orang2 penting' untuk hubungi aku.

Monday, January 4, 2010

brain-storm..

many people said that i looked like a very happy-go-lucky person and seems like i don’t have any problem in my life. it is not about to smack one’s lip but i shall tell them the truth. to the letter, i am not like what they said. i used to kick up one’s heel the way to cover all the bad things that happen in my life. it is not eager for me to hear one said “u re so lucky, u re a very happy person” or whatever. but the truth is, i am a person who really down to the mouth.

it is been a very long time i am not writing in my blog. yeah. i was out at heels, down at heels. in the twinkling of an eye, sooner i will be a teacher. even though just a practical teacher, but it is still a 'teacher'. huh. i’ve been deep in thought about how to go through the phase being a teacher.

i think it is hard to carry the responsibilities to be a teacher. i can't take it off-hand anyway. furthermore i’m not the kind of person who has ‘that’ attitude. i mean, very good attitude. my mom always said, to be a teacher means to be a role model to the society. and she always babbled about my bad behaviour like “macam mana la awak nak jadi cikgu nanti, bangun tidur pun lambat. nanti nak jadi cikgu kena jadi role model pada student tapi now awak sendiri pun tak betul... bla.. blaa..” and etc. and i replied “ala nanti dah jadi cikgu pandai-pandaila orang bangun awal. apa la mak ni... bla.. blaaa..” haha.. sometimes i get headache with my mom coz she is too worried about me.

i can’t imagine how my life will going on soon. wake up as early as 6 o’clock every morning and get ready to school before 6.45 o’clock. go to school and carrying the duty as a teacher. then going home at the evening, make a reflection about the previous lessons and prepare the lesson plan for the next lesson. and sleep early at night. my days will overwhelmed by work. whoa busynya!

and i am still thinking.. how will it be..