Sunday, January 31, 2010

kesal

busy tapi tetap nak tulis jugak. pertama. pasal cuti hujung minggu beberapa hari lepas. aku balik kampung. dengan gembiranya berjumpa jeans-jeans kesayangan aku yang ditinggalkan di rumah. sungguh lama tak bertemu mereka. since sepanjang duk selayang, kurang masa nak pakai jeans. cikgu la katakan. berbaju kurung setiap masa. tapi perasaan gembira bertukar menjadi hiba bila semua jeans-jeans itu dah tak muat dengan aku. sedih. badan aku dah naik. suka. tapi bentuk badan tak cantik. gelisah. apa yang harus aku lakukan?

kedua. cikteh. kata mak. perubahan yang ketara bila aku balik. cikteh jadi aktif semula. berselera makan. masa aku takde. asyik baring je atas kerusi urut ogawa mak. puas diberi makan. tapi taknak. friskies taknak. favorite food dia iaitu ikan mentah pun dia taknak. kadang-kadang mundar mandir depan pintu bilik aku sambil mengiau. macam memanggil aku je kata mak. tapi masa sebelum balik selayang tadi. cikteh macam dah agak. dari awal dia melilit-lilit kat kaki aku. bising mulut dia. sampaikan aku nak mandi pun dia nak ikut. sayang. jaga diri sepanjang ketiadaan kakak. kakak sayang kamu.

ketiga. adalah yang paling penting. orang yang aku sayang, mak, masuk hospital malam tadi. ditahan di unit rawatan rapi, ICU. kerana tekanan darah beliau terlalu tinggi. mak tak sedarkan diri sejak semalam sehingga hari ni. degupan jantung mak terlalu lemah. kata doktor, berkemungkinan mak mengalami pendarahan dalam otak. subhanallah. aku harap semua cuma anggapan doktor sahaja. aku doakan mak cepat sembuh.

timbul juga rasa kesal bila tengok wajah mak. aku tak gunakan masa selama ni untuk gembirakan dia. aku kesal kerana aku tak sempat nak bahagiakan dia. doktor, mak mungkin akan koma buat selama-lamanya. aku menyesal sangat jika semua tu terjadi. aku ada agenda tersendiri untuk mak di masa depan. aku harap aku berpeluang merealisasikan impian aku tu. aku harap kawan-kawan dapat doakan supaya mak aku cepat sembuh. amin.

2 comments:

oni(demon) said...

ena....bsabarla...sy akn sntiasa doakn..supaya mak awk cpat sembuh..

ya allah...bnyk sgt berita xdiduga...
bsabar ea...n tabah hadapi semua nie..

arianna alhaddad said...

tq wan. may allah bless u.