Tuesday, January 19, 2010

live like we're dying

paras kebusyan sudah meningkat sikit demi sikit. seawal 6 pagi aku kena bangun dan bersiap ke sekolah yang terletak tak jauh dari rumah sewa aku ni. mandi, solat dan bersiap. 7am keluar, jalan kaki dengan zu ke sekolah.

1.40 pm punch card dan balik. sebelum balik tak lupa bungkus nasi dulu. kalo tak bungkus alamatnya kebulur la aku dan zu. sebab berdekatan rumah kitorang takde kedai makan langsung. kalo ada yang paling dekat pun kena naik moto. kami tak ada transport.

sampai je rumah, jemur badan yang berpeluh sebab jalan kaki tengah panas. then, kemas-kemas apa yang patut. basuh baju, mandi, solat. nasib baik petang ni takde aktiviti kat sekolah. kalo ada.... alamatnya pengsan lah aku. harap-harap takdelah aktiviti petang untuk kami. mak aii.. tak bole tak bole. akan ada jua aktiviti petang-petang di sekolah nanti iaitu ko-kurikulum. macam mana la aku nak hidup yer..

sekarang aku agak tension dengan kondisi bilik guru sekolah yang aku tengah praktikal sekarang. panas. takde air-conditioner, malahan bilangan kipas pun sangat sikit. baru 2 hari praktikal, dah muncul ruam-ruam kecil atas dahi aku. rimas nya. agak-agak bole ke aku bertahan kat sana sampai bulan 5 nanti?

2 hari ni pun dah cukup mempressure kan diri aku. inikan pula 4 bulan. aku harap Tuhan tabahkan diri aku lalui semua ni. nape la aku diuji dengan semua ni? serious aku macam dah mula nak pressure..

No comments: