Wednesday, January 6, 2010

re-player...

shawty's like a melody in my head
that i can't keep out
got me singin' like...

berkumandang lagu replay dendangan iyaz itu melalui playlist winamp ku sekarang. taktau kenapa lagu itu best sangat bagi aku. adalah kerana iramanya, atau liriknya atau penyanyinya atau sebab lain? jawapannya aku sendiri je yang tau. haha. apsal la aku poyo sangat harini. haha. nak tau tak jawapannya? sebab.. semestinya irama nya lah. coz memang secara semualajadi kita akan menyukai sesebuah lagu itu kerana irama dia best. macam kalau manusia, dari mata turun ke hati. dan kalau lagu pulak dari irama turun ke lirik. hehe. tapi taktau la teori aku ni bole digunakan ke tak. dan aku tak kisah pun semua tu. hu.

dan hari ni. dengan rasminya aku dah tukar permission setting untuk blog aku kepada 'only invited readers'. kenapa aku buat macam tu? mestila ada sebab. sebab aku takkan buat apa2 tanpa sebab. eh berapa banyak sebab la ena. nak tau apa sebab dia? sebabnya adalah kerana sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan. haha. nah panadol sebijik. makan.

dan hari ni juga aku membuat keputusan untuk meng'off' hp baverly hills ku. baverly hills? kenapa baverly hills? haha. kepada yang tau, tau lah. apa nombor baverly hills? dan nombor itu adalah sequence nombor hp aku. ha, kantoi. ok back to the main topic. pasal aku off hp. sebab pe? macam biasalah. sebab serabut. hua. aku ni bukan jenis bole berkawan ramai2 (kata mak aku dan ianya mungking benar). dan bila hp asyik berdering di saat aku ingin berseorangan, mula lah aku rasa rimas dan serabut dan kalut. lalu aku ambil lah keputusan untuk off hp itu. mujurlah aku ada 2 hp makanya hp 1 lagi menjadi alternatif kedua bagi 'orang2 penting' untuk hubungi aku.

No comments: