Wednesday, January 13, 2010

U makes me turns off…

She's nothing like a girl you've ever seen before
Nothing you can compare to your neighbourhood whore
I'm tryna find the words to describe this girl without being disrespectful


 

oleh kerana harini dia cakap kat aku "ena makan lah. ena skrg dah KURUS, nanti tak makan jadi makin KURUS baru tau"… aku jadi moody. "u makes me turns off". tu je yang mampu aku katakan dalam hati aku masa ni. "ok lah zal. ena busy. nanti lah sembang lagi"

dia call, aku ignore. dia sms "knapa ena?" aku malas nak reply. dia sms lagi "ena makan lah k. zal syg ena. ena buat lah keje dulu".. aku rasa dia memang tak faham.. dia mesti ingat aku betul-betul busy sedangkan.. ehmm..

hp tiba-tiba mati. malas aku nak charge. 15 minit. tak sampai hati pulak nak biar hp padam lama-lama. aku on dan charge balik. 4 je miscals dr dia. "kalau keadaan ena macam ni, mungkin ena akan dengar zal pun sama macam tu. ok lah syg. ena jangan risau kat zal" hmm.. susah hati pulak aku dengar dia kata macam tu. tapi aku masih keraskan hati, taknak balas sms dia.

"ena, ena tak bole buat macam ni. ena kena kuat semangat. kalau ena taknak zal ganggu hari ni, baiklah. zal akan usaha untuk tak ganggu ena. kalau ena dah ok, msg zal k. zal sayang ena. ena rehatlah k."

"I am going to kuantan. nak repair laptop." simple je aku balas sms dia.

"ok. drive leklok. hati-hati"…………"ena jangan lupa makan"……."zal nak ke KL ni. ena jaga diri"…

taktau kenapa aku moody sangat bila perkataan 'KURUS' keluar dari mulut dia. sedangkan dia cuma kawan aku. tak sepatutnya aku ambil hati dengan komen-komen dari seorang kawan..

…………………

hp aku tetiba berbunyi "hello, u kat mana?".. "I kat giant ni.. baru je sampai"… "ooh. depan office I jelah. boleh I pergi sana?"… "sure. I dengan mak I ni".. "ok.."

petang tu kebetulan sangat.. dapat jumpa abg syed. mak pun join sekali.. he is such a nice guy. humble and friendly.. mak pun suka dia.. ehmm.. lepas sembang and makan-makan, we ol bersurai…

at the same time, zal asyik sms.. risau sangat dia kat aku. finally aku sms "tu lah, sape suruh cari pasal".. aku tau, dia pun taktau pasal apa yang aku maksudkan. "pasal? pasal apa?".. "semua orang pun tau perkara apa yang ena paling sensitif. tanya lah kawan zal. dia mesti tau.".. "ena.. tolong la bagitau.. apa yang rizal dah buat?".. "nanti la ena bagitau. ena busy sekarang"…


 

'shawty's like a melody….'

terdengar bait-bait lagu replay melalui speaker hp ku. di skrin, tertulis nama 'norman'.. "hello ena, apa yang ko dah buat kat kawan aku tu? dari pagi tadi dia tak lalu makan. dah puas aku pujuk tapi dia macam moody je hari ni.. rupa-rupanya petang ni baru aku tau dia ada masalah dengan ko".. tetiba rasa bersalah la pulak, kesian dia. tapi nak gelak sikit-sikit pun ada. "ish. sampai macam tu sekali? haha. kau ni mengarut jelah"… "betul la aku tak tipu. apa yang kau dah buat kat dia ni.."… "hmm.. dia tu yang cari pasal dengan aku".. "cari pasal macam mana?"… "hmm.. kau tau kan perkara apa yang aku paling sensitif.."… "apadia? dia cakap kau KURUS?"…

"pandai pun.."…. "laa yeke.. aku ingatkan pasal apa la tadi. kesian betul dia, aku tengok takde mood betul. kau jangan la buat macam tu, kesian dia nak jalan jauh tu…"……… "eh mana ada aku buat apa pun…abis dia yang cari pasal.."

panggilan ditamatkan.. "zal dah tahu.. apa sebenarnya. tapi zal betul-betul taktau yang pasal tu ena tak suka. zal betul-betul taktau. ampunkan lah zal, enaa…"

haha. kadang-kadang melampau jugak ayat mamat ni. siap ampun-ampun lagi, ingat aku ni raja ke apa…?

"kalau dah tau lepas ni buat lah lagi.."… "zal janji lepas ni zal tak akan sebut lagi pasal tu. actually bukan niat zal pun nak cakap ena macam tu... zal cuma nak pujuk ena makan je.."

ehmm. nasib baik aku dah termakan pujuk. and dia pun pandai memujuk. hihi.. "zal nak tau tak. kalo sebelum ni ada kawan-kawan yang cakap macam tu kat ena, ena dah dump dia tau. korang nak cakap apa-apa pun pasal ena, ena tak kisah. tapi bila keluar word 'KURUS'.. u will makes me really-really turns off"..

taktau kenapa tetiba sensitive pulak ngan mamat ni. anyway, since the first day we talked, I know, he could make me happy..

1 comment:

Anonymous said...

haha..kurus dan gemuk ada dlm dewan bahasa & pustaka.."kurus" mungkin ade sejarah tersendiri berbanding "gemuk"..