Sunday, February 28, 2010

setelah di tagged..

23 things about me..

1. suka bercakap. dari kecik sampai besar tak berubah-ubah. memang aku jenis yang suka bercakap. tak kira pasal apa kat mana bila-bila masa. bercakap je keje aku. kalo masa kecik-kecik dulu takde orang nak melayan aku bercakap kat rumah. so, dengan kucing pun jadi. kucing la jadi tempat aku bersembang. walaupun dia kucing tapi aku yakin dia paham apa yang aku cakap. sebab tu jugak sampai sekarang aku dan kucing tak dapat dipisahkan.

2. related to previous sentences. hehe. suka kucing. yer aku sangat-sangat suka kucing. sama ada kucing gebu ataupun kucing kurap, aku suka. aku sayang. bagi aku, sebagai khalifah atas muka bumi ni kita kena sayang dan jaga makhluk lain yang ada atas muka bumi ni. tak terhad pada kucing saja lah. semua, ok? tuhan bagi kita kelebihan dari setiap segi so janganla kita salah guna pulak kelebihan yang kita ada. prihatin la terhadap perasaan makhluk-makhluk lain yang memerlukan penjagaan kita. bagi aku, kalo kucing, apa yang dia nak pada manusia adalah makanan dan kasih sayang je. dah cukup bagi seekor kucing jika dapat semua tu dari seorang manusia. betul tak?

3. kuat merajuk. tapi bukan dengan semua orang lah. dengan orang yang aku sayang je especially mak aku. taktau kenapa. aku taktau pun masa bila aku merajuk tapi tup tup sampai je cerita dari mulut orang lain "mak kata na merajuk semalam", "mak kata na merajuk pagi tadi" dan lain-lain. yang terbaru, ehem-ehem call cakap, "mak kata ena merajuk sebab dia lambat bank in duit, siap ugut nak repeat praktikal lagi". hua hua hua. kantoi la perangai sebenar aku bila korang kenal mak aku. dia memang suka cerita pasal aku dari kecik sampai besar kat orang lain. anak buah aku pun penah sound, "kak na ni nakal lah masa kecik. mak ada cerita pasal kak na". aku rasa mungkin mak aku penah cerita pasal aku nangis guling-guling atas jalan sebab nak kan baju gown macam pengantin nak buat main sanding-sanding. huh.

4. penyayang. entah aku pun tak sure aku ni penyayang ke tak. tapi ramai people kata aku ni jenis yang penyayang. dengan erti kata lain, loving dan caring. aku rasa mungkin dorang kata macam tu bila tengok gaya aku dengan kucing kot. tapi dengan orang pun aku sayang jugak. family, kawan-kawan... students.. semua aku sayang.

5. hot tempered. aku baru dapat tahu yang aku ni garang awal sem ini. bila beberapa orang kawan aku membuat confession pasal kegarangan aku itu. tapi zu kata, "tak apa la. ko garang pun bertempat". lega sikit rasa hati aku. takut jugak ramai yang dah kecik hati dengan aku. dah la garang, mulut pulak sangat outspoken. kadang-kadang terfikir, mungkin ramai yang dah tak suka aku sebab mulut aku ni. anyway, di kesempatan ni aku nak mintak maaf la pada sape-sape yang pernah dimarahi oleh aku sebelum ni. sama ada sengaja atau tak. aku mintak maaf sangat-sangat.

6. marah tak lama. satu advantage orang outspoken dan kuat membebel macam aku iaitu tak pendam dalam hati. so bila marah pun cepat sejuk sebab masa tengah-tengah marah tu terus aku luahkan kat sape-sape yang berkenaan. kalo orang faham, baguslah. kalo yang tak faham, bole jadi perang besar. sebab bila aku marah, macam-macam hantu keluar dari mulut aku ni. yang bisa melukai hati sape-sape saje. so, bila aku nak cari suami, kena cari yang cool dan memahami. baru la serasi. rasa macam dah jumpa je. haha.

7. obses. terhadap diri sendiri. tu la antara kelemahan aku. setiap masa di mana jua aku tak segan silu tengok cermin. tilik muka tilik diri kat cermin. sampai pernah gaduh sampai nangis-nangis dengan mak aku sebab dia marah aku tengok cermin muka kat traffic light. dia kata aku perasan lah, ape lah. tapi untuk menjaga hati sendiri, aku anggap itu normal. sebab aku pun pernah terbaca kat majalah cleo tentang perempuan yang obses macam aku ni. tak extraordinary pun. biasa la pompuan kan.

8. exposed. hehe. kelemahan jugak. suka expose diri sendiri bila bercakap. aku sedar semua ni awal tahun lepas. ex bf aku yang tegur. bila bercakap je suka menonjolkan diri sendiri. wtf. bila dah sedar pasal tu, aku cuba berubah. cuba menjadi lebih low profile. bukan senang. haha.

9. orang yang aku paling sayang atas muka bumi ni. mak aku dan kakak aku, gee. bagi aku, atas dunia ni aku ada mereka je. dan aku tau mereka-mereka tu pun sayang aku jugak. aim aku hidup pun, kalau boleh, if god wills, aku nak bahagiakan dorang. jaga dorang. aku dah tak kisah pasal orang lain yang penting asalkan mereka berdua ni bahagia. kalau aku nak berumahtangga pun, aku akan make sure lelaki tu disukai oleh mak dan kakak aku dulu. baru la aku akan suka lelaki itu. hehe.

10. orang-orang yang aku sayang yang dah pergi meninggalkan aku. walid (syed zahari), walid2 (syed alwee), mak (zariah) dan tok wan. dan bermakna aku sudah 4 kali ada pengalaman kehilangan orang tersayang. taknak cerita lebih-lebih nanti tak pasal-pasal banjir pulak selayang hari ni. al-fatihah buat mereka.

11. sedang praktikal di smekses. atau dengan nama panjang nya smk seri selayang. now aku jadi guru matematik untuk pelajar-pelajar kelas 2S dan 1A. aku harap sangat student aku tak dapat detect blog, facebook, friendster atau myspace aku. kalo dorang dapat detect alamatnya kantoilah siapa aku yang sebenarnya. haha.

12. sedang rapat dengan seseorang. orang itu 8 tahun lebih tua dari aku dan sangat mengambil berat pasal aku. aku tau pasal intention dia kawan dengan aku dan aku selesa dengan dia. bila difikir-fikir balik, banyak jugak perubahan dalam diri aku lepas kenal dengan dia ni. dan bagi dia pun sama. katanya, banyak berubah sebab aku. tapi semua tu perubahan yang baik la. takde yang negatif macam kawan-kawan yang aku kenal sebelum ni. banyak yang tak guna. makhluk perosak. ops, emosional pulak. tapi takpelah, lupakan semua kisah lama. yang penting, aku dah bukak buku baru dengan si dia ni. doakan kami cepat-cepat dapat jodoh. amin.

13. pia, tolonglah... napela kau tag aku. letih aku nak fikir 23 things pasal aku ni. hehe. ok. sebab pia dah tag aku, so aku nak citer sikit pasal pia ni. orangnya sangat la comel, secomel nama dia. aku kenal dia ni dah lama, masa kecik-kecik dulu lagi. selalu la main pondok-pondok dengan dia dulu. pastu, lost contact. tak lama kemudian, jodoh kot, kami jumpa lagi. syukur pada tuhan sebab temukan kembali aku dan dia. susah nak cari kawan baik, caring macam pia ni. satu dalam seribu. aku harap sangat dapat keep in touch dengan dia sampai bila-bila. pia, jangan tinggalkan aku eh. tak bole cerita lebih-lebih pasal pia ni, nanti pecah semua rahsia dia. haha.

14. aku suka colour gold, pink dan hitam. gold bagi aku melambangkan kemewahan, pink melambangkan ladies dan hitam yang penuh misteri.

15. my best friend forever, juga kakak saya... gee.. kami sama tapi tak serupa. banyak persamaan antara kitorang dan banyak jugak perbezaan nya. kalau dulu orang selalu tertukar antara aku dan gee. ramai kata rupa kami seiras. mungkin dari tepi kot kami nampak sama. ingat lagi masa skolah dulu, kalau aku dating, gee yang kena. haha. padan muka gee.

16. teringin sangat nak pegi ke kepulauan borneo. nampak macam best je tempat dia. mungkin kahwin nanti aku bole ajak hubby aku honeymoon kat sana. insyaallah. hehe.

17. ramai kawan aku yang nak kahwin tahun ni. alamak. nampaknya penuh la jadual cuti sekolah aku nanti. tapi semua tak confirm tarikh lagi. akan diberitahu kelak.

18. seorang cikgu yang nak buat-buat garang tapi tak jadi. masa mula-mula mengajar dulu aku cuba tonjolkan imej yang garang. agar students takut dan hormat pada aku. tapi last-last tak jadi nak buat garang. tak sampai hati pulak. sekarang aku dah jadi cikgu yang baik dan peramah. haha.

19. lagu yang paling aku suka. banyak sangat. haha. aku suka layan lagu-lagu inggeris yang masuk carta billboard. aku akan make sure winamp aku selalu di update dengan lagu-lagu latest.

20. my fetishes adalah bau-bau harum. that's why lah aku suka perfume. bukan perfume untuk badan je. termasuk perfume untuk bilik dan rumah. sekarang bilik aku pakai haruman lavender. lavender ni baunya sangatla wangi. tapi if bau nya kuat sangat pun bole peningkan kepala. perfume pompuan favourite aku adalah christian dior (jadore) dan hugo boss (femme).. dan perfume lelaki favourite aku adalah hugo boss (selection).

21. size seluar aku. hehe. teka, berapa? emm salah. saiz seluar aku adalah 26. saiz baju? kadang-kadang aku pakai M dan kadang-kadang aku pakai M.. tengok atas jenis baju jugak lah.

22. goal aku untuk tahun ni adalah untuk menghabiskan pengajian ijazah sarjana muda (dengan kepujian) aku ni di upsi. dan tak sabar-sabar lagi nak habiskan study. dah letih sangat dahh... sekarang praktikal sangat penat. selalu kena buat lesson plan. letih letih letih.

23. lepas praktikal ni aku plan nak kerja part time dulu. tak kisah la kat mana-mana, kerja apa. yang penting aku tak buang masa kat rumah. tapii... masalah jugak nak kerja ni. coz aku tak penah ada pengalaman bekerja. oleh itu terfikir jugak nak terus kahwin. hehe. calon takde lagi dah cakap pasal kahwin. gatal betul aku ni kan? tapi takpela, tolong doa kan jela eh. bila dah kahwin tak payah la kerja lagi. duduk rumah je jadi surirumah. kan best...huhu.


Monday, February 22, 2010

perfect partner survey

How tall should they be?
175cm

What should they weight?
70kg

What hair color should they have?
black

What kind of personality should they have?
respectful

Older or younger?
older..

Serious or carefree?
carefree, serious. depend on the situation.

Spontaneous or hesitant?
spontaneous..

Brutally honest or tight-lipped?
honest

Macho or intelligent?
macho

Movie or a restaurant?
restaurant..

Should they make all the money?
yes

Do they need to cook?
no need..

What is their best body part?
overall..especially chest..hand..and fine teeth!! :D

What body part do you not care about?
none..

Desk job or physical labour?
physical labour

What car should they drive?
kereta kuda. haha.

What one thing completely turns you off?
liar

What one thing completely turns you on?
earnestness~

First thing you notice about him?
his voice..

Monday, February 15, 2010

may God bless us..

orang-orang sudah mula perli aku. kompang lah itu lah ini lah. entah apa-apa lagi. "mak dah bagi green light tu.." bisik kak ti semalam.. huwaaaa.... jangan la macam ni... malu, malu, maluuuu. aku muda lagi lahhh.. jangan cakap pasal ni depan aku....

awal lagi. awal lagi. awal lagi... nape la isu ini tiba-tiba timbul..

emm.. rindu laaahhh........ takpe. malam ni jumpa. haha. even kitorang tinggal berjauhan, tapi peluang nak jumpa selalu ada.

tak sangka kitorang bole pergi sejauh ni. everything is on the knees of the God..

.may Allah bless us.

Friday, February 12, 2010

undoubtedly

there is nothing less to proof, no use to deny the simple truth..

stop pretending. now, the right time to make a clean breast of a matter. i think i'd a huge crush on someone. beyond all question, i like him. seriously. he makes me feel so right. he is not a doctor, lawyer or engineer, but he really-really turn my world around.

Just like a star across my sky,
Just like an angel off the page,
You have appeared to my life,
Feel like I'll never be the same,
Just like a song in my heart,
Just like oil on my hands,
Honour to love you....


i'll keep praying, for us to be mean together.. may God bless us..

Wednesday, February 10, 2010

al-fatihah buat mak..

after 2 hari cuti, aku kembali ke sekolah balik. buat kawan-kawan, aku mintak maaf sebab tak inform pasal ni. aku memang tak bagitau sapa-sapa pun. bagi orang yang contact aku, aku bagitau. kalau tak, tak lah. ramai jugak yang merungut sebab aku tak bagitau dorang. even kawan-kawan baik aku sendiri. tapi, aku harap korang faham situasi aku sekarang.

kawan-kawan, mak aku dah kembali ke rahmatullah ahad baru ni. masa tu aku berada kat selayang. lepas je dapat berita pemergian mak, aku terus bergegas balik kampung. alhamdulillah, sempat jugak aku tengok mak buat kali terakhir. perjalanan aku balik kampung cukup mudah. even banyak jugak masalah menimpa aku hari tu.

aku memang sedih sangat dengan pemergian mak. tak tau macam mana nak diluahkan dengan kata-kata. kesal pun ada. aku belum puas lagi bersama mak. entah lah. tak tau nak cakap macam mana. sesungguhnya memang aku teramat-amat sedih. aku cuma mampu doakan roh mak dicucuri rahmat. amin...

pada kawan baik aku, rizal, thanks sangat-sangat. u ada dari awal sampai akhir masa menguruskan jenazah mak. u pun turun ke tanah perkuburan, macam family saya sendiri lak. saya n family sangat berterima kasih pada awak. hari tu, sampai malam awak tunggu. lepas siap tahlil, semua orang dah balik pun awak tak balik lagi. tolong kemas-kemas. thanks sebab sanggup datang dari jauh melawat kami. saya tau awak ikhlas.. t kasih..

pada orang lain, hargailah orang yang anda sayang sebelum terlambat. tunjuk dan lahirkan rasa sayang anda pada dia..