Wednesday, February 10, 2010

al-fatihah buat mak..

after 2 hari cuti, aku kembali ke sekolah balik. buat kawan-kawan, aku mintak maaf sebab tak inform pasal ni. aku memang tak bagitau sapa-sapa pun. bagi orang yang contact aku, aku bagitau. kalau tak, tak lah. ramai jugak yang merungut sebab aku tak bagitau dorang. even kawan-kawan baik aku sendiri. tapi, aku harap korang faham situasi aku sekarang.

kawan-kawan, mak aku dah kembali ke rahmatullah ahad baru ni. masa tu aku berada kat selayang. lepas je dapat berita pemergian mak, aku terus bergegas balik kampung. alhamdulillah, sempat jugak aku tengok mak buat kali terakhir. perjalanan aku balik kampung cukup mudah. even banyak jugak masalah menimpa aku hari tu.

aku memang sedih sangat dengan pemergian mak. tak tau macam mana nak diluahkan dengan kata-kata. kesal pun ada. aku belum puas lagi bersama mak. entah lah. tak tau nak cakap macam mana. sesungguhnya memang aku teramat-amat sedih. aku cuma mampu doakan roh mak dicucuri rahmat. amin...

pada kawan baik aku, rizal, thanks sangat-sangat. u ada dari awal sampai akhir masa menguruskan jenazah mak. u pun turun ke tanah perkuburan, macam family saya sendiri lak. saya n family sangat berterima kasih pada awak. hari tu, sampai malam awak tunggu. lepas siap tahlil, semua orang dah balik pun awak tak balik lagi. tolong kemas-kemas. thanks sebab sanggup datang dari jauh melawat kami. saya tau awak ikhlas.. t kasih..

pada orang lain, hargailah orang yang anda sayang sebelum terlambat. tunjuk dan lahirkan rasa sayang anda pada dia..

1 comment:

HIASAN REKA INDAH said...

takziah..tabahkan hati.. :)