Tuesday, April 27, 2010

peningku fahami diriku..

dah habis observe semalam. lega rasanya. tak dapat result tinggi pun. sekadar cukup makan je. janji tak fail udah ler. aku ni bukan jenis buat kerja bersungguh sangat. apa-apa asalkan cukup makan. haha. teruk kan?

makin hari rasa cam makin sayang pulak nak tinggalkan smekses. lepas ni tak jadi cikgu lagi =( anyway. aku happy sikit sebab my mom allow me to attend 'hari guru' kat smekses. haritu dia suro balik kampung cepat-cepat. tolong jagakan anak buah. tapi a few days ago dia bagitau berita baik ni pulak 'na stay la sana dulu. attend la hari guru dulu ok'.. 'yes mom. yes =)'..

tetiba terfikir pulak. apa aku nak buat lepas ni? kerja? goyang kaki kat rumah? aish. between devil and the deep sea! haha. kerja. aku tak pernah ada pengalaman kerja. kerja apa yang bole aku buat? hm. teringin nak jadi salesgirl jual kereta. haha. haritu masa lepas spm aku pernah dapat offer kerja macam tu. tapi aku tolak sebab dapat panggilan matrik. tapi kalo jadi salesgirl. mampu ke aku influence orang beli 'produk' aku tu? macam tak yakin je..

kerja apa lagi ye yang aku boleh buat? mengajar? jadi guru sambilan? yup. boleh. sebab dah ada pengalaman mengajar and i have no problem with this job. hehe. macam confident je. tapi kan. macam dah tak larat lagi dah kerja cikgu ni. letih! bukan sekadar mengajar je. macam-macam benda kena buat.

tengok kat guru zaman sekarang ni pun sangat kesian. yang dah kahwin kesian. yang belum kahwin pun kesian. bagi yang dah berkeluarga, hari-hari pergi sekolah pagi balik petang. didik anak orang tapi anak sendiri kat rumah tak sempat nak jaga. hujung minggu pun kena kerja. cukup ke masa untuk suami? ish ish.

bagi yang bujang pulak. macam takde masa je nak mencari pasangan. sebab tiap-tiap hari busy. hehe. tetiba aku terfikir ke situ pulak. lagipun pernah seorang akak kat sekolah ni pesan, cari la marka cepat-cepat. nanti dah kerja takde masa nak cari. macam orang tut.. (tapi aku taktau sape orang tut). ok ok.

pening jugak bila fikir pasal ni..

No comments: