Sunday, May 9, 2010

09052010

hari ni aku bangun lewat. selewat 2.30 pm. sebab pagi tadi bergayut dengan boyfriend sampai subuh. taktau kenapa excited pulak si dia bercakap semalam. sedangkan selama ni pukul 12 pun dan mengantuk. huh.

bangun terus mandi, solat dan bersiap untuk keluar. hari ni aku join budak rumah pegi Giant. dengan niat untuk mendraw duit serta ke klinik. lepas sampai Giant aku trus draw duit. ikut dorang masuk Giant. tengok-tengok rasa macam takde apa yang diperlukan pun kat situ.

dengan kesorangan aku keluar dari Giant, terus ke Guardian. kedai yang kecil tapi aku suka! (selain Watson) bagi aku, lengkap! tak payah susah-susah pusing sana sini. aku lagi suka duduk termenung kat satu-satu row daripada jalan pusing-pusing kat shoping complex yang besar. sakit kepala maa..

duduk termenung, akhirnya aku beli tisu muka perisa green tea, shampoo perisa sunsilk, ubat batuk perisa wood peppermints n panadol perisa ActiFast. tak lupa survey barang keperluan lelaki. huh. sekarang ni tak survey barang-barang tersebut tidak sah. niat utama aku sebenarnya nak mencari toilettries bag untuk boyfriend aku. tapi tiada.

keluar dari guardian, tengok kiri tengok kanan. tak ada. tak ada muka suspect yang dicari. aku pun dial number ecah.. "where re u??".. "kat dalam Giant.. kat tempat makanan"..

aku pun terus masuk ke Giant balik. jalan sambil tengok kiri tengok kanan. tetiba, nampak promosi Olay Total Effect. murah! tanpa berfikir panjang aku suruh promoter tu ambilkan untuk aku satu. perisa ultra mosturising. dan dan promoter tu siap suruh aku tulis nama n nombor telefon lagi. "untuk apa?"... "nanti kami akan buat survey, tanya pendapat cik tentang produk ni.." .... "oh ok.."... "ada free gift tau.. exfoliating bath gloves.." .. =)

aku pun jalan lagi. ternampak snek kentang kegemaran aku. Wise Cottage Fries perisa garlic. nyummy. suka suka. dari kecik lagi aku suka. ambil satu je. tak bole banyak-banyak sebab snek kat rumah ada banyak lagi. duduk kat sini pun tak sampai seminggu lagi. then, terus pegi bayar.

jumpa ecah n dila, terdetik di hati aku dan kawan-kawan untuk menjengah sebentar ke kedai emas Wah Chan. promosi 60% untuk emas 585 masih ada. siap try-try lagi tadi. berkenan! jurujual kat situ pun melayan kami dengan ramah. tak bole duduk lama-lama kat situ nanti berpinar-pinar mata, susah.

dalam perjalanan balik, singgah kedai makan. tak jadi pegi klinik sebab aku dah beli ubat kat Guardian tadi. cuba dulu makan ubat ni, kalo tak baik barula pegi klinik.

btw, masa dalam perjalanan ke Giant tadi sempat aku menghantar sekeping sms selamat hari ibu kat mak aku. "Happy mother's day. i love u so much".. ringkas je tapi bermakna.. dan mak aku pun replied.. "tq.. i love u too.." ringkas dan bermakna jugak. thanks mummy...

sampai rumah, solat dan online sebentar. lepas solat maghrib aku terus melelapkan mata. sampaila 10.30 tadi. boyfriend call. "abg dah otw balik..".. "macam mana lori, driver? teruk tak?"... "teruk jugak. kepala tak injured tapi chasis banyak lari. epy ok..".. aku pun terus bangun n buat segelas milo panas. minum-minum sambil layan facebook, blog..


Saturday, May 8, 2010

sick and tired..

hari ni aku tak bercakap banyak. maksud aku. tak bercakap banyak dengan boyfriend. dan sekali pun tiada aku mendial nombornya hari ini. taktau kenapa. mungkin sebab sepanjang hari ini aku banyak menghabiskan masa dengan tido saja. maklumla. tak sihat.

badan aku rasa suam-suam kuku je. hidung berair dan kadang-kadang batuk. aku langsung tidak ke luar rumah hari ini. makan pun kirim kat kawan-kawan je. takut nak ke luar, takut kena hujan ke. nanti demam aku jugak yang susah.

kenapa ye tetiba je tak sihat? mungkin kah badan ini menyedari aku akan berubah kondisi tidak lama lagi? mungkin kah sebagai persediaan untuk adapt dengan dunia baru? atau mungkin kah aku terlalu sayang untuk meninggalkan bumi selayang? itu aku tidak pasti. yang pasti sepastinya aku tidak sabar untuk melepaskan tugas-tugas yang telah sekian lama membebani aku.

nyata aku tidak dapat menikmati sepenuhnya masa yang kian suntuk ini. kesihatan menjejaskan segala-galanya. harapanku agar aku dapat menggunakan masa yang ada ini untuk membina memori di bumi selayang. kerna mungkin selepas ini aku tidak akan kembali ke sini lagi.

esok aku harus ke klinik. periksa apa yang tidak kena pada diri aku sebenarnya. selagi tak check aku tidak tenang..

Saturday, May 1, 2010

huhuhuu

1 may. bagi orang lain hari ini adalah hari pekerja. tapi bagi aku hari ini adalah hari tangis sedunia. uiks?

yer. hari ni aku crying sepuas-puasnya. sampai bengkak mata kayu aku ni. isk isk isk. apa nak jadi la ngan aku ni. sekarang ni pun mata bengkak lagi macam kena gigit semut.

emotionally disorder. sebab sebenar aku menangis terpaksa dirahsiakan. tapi semuanya berpunca daripada boyfriend aku yang bekerja pada 1 may. kenapa orang lain boleh je cuti tapi dia? huh. aku jelous tengok roomate aku boleh balik rumah. kawan baik aku bole terbang ke kuantan jumpa boyfriend dia.

tapi aku? duk layan facebook sorang-sorang. lepas satu-satu manusia yang tegur aku dalam facebook tu. semuanya orang yang tak dikenali so aku malas nak layan. aku lagi suka bersembang dengan orang-orang yang aku dah kenal so tak payah la nak berkenal-kenalan lagi. maaf saya kurang peramah sekarang.

surf punya surf punya surf. sampai la satu laman yang menimbulkan rasa sedih aku. iaitu melihat orang-orang yang gembira. tetiba hati aku rasa tersentuh.

terus aku dial nombor si boyfriend. "abg, kenapa ena tak bahagia macam orang lain? takde seorang pun dalam dunia ni boleh bahagiakan ena"(sambil menangis teresak-esak). sangat tidak boleh blah ayat aku. padahal motif sebenarnya cuma nak bagitau yang aku kurang diberi perhatian sahaja.

lalu si boyfriend yang tidak memahami itu berkata, " abg tau abg yang salah dalam hal ni. abg tak boleh bahagiakan syg kan?"... "bukan sebab tu.." *sigh*

tetiba pula timbul isu 'tak boleh bahagiakan' di situ. sangat tak memahami. bahas punya bahas. stop. masalah tak selesai.

tak lama selepas tu kakak aku call. "nape suara na lain macam je. na ada masalah ke? rizal call kak ya tadi.. bla bla bla".. dia mengadu pada kakak aku rupanya. sejam cakap. banyak juga motibasi kendiri yang aku dapat daripada kakak aku tadi.

baiklah. depan kakak aku pura-pura dah ok. tapi bila boyfriend call aku tunjukkan mood basi aku tu. "ena dah tak kisah apa nak jadi pasni. abg pegi la buat keje abg. abg kan busy. ena dah malas nak fikir lagi dah.." (sambil menangis lagi melolong-lolong)

dia diam seribu bahasa. zipppp....

"bunyi apa tu??" tetiba aku terdengar bunyi zip. aku ingatkan dia zip seluar ke apa. "abg dah siap kemas beg. abg nak pegi jumpa syg"..

"tak payah. ena kata tak payah..."...... "abg tolonggg la"... "abg..ena kata jangan datang. ena taknak jumpa abg.."

vrooommm...

aku terdengar deruan exhaust kereta beliau. "abg dah bertolak ni.."

hmm.. "abg balikkkk. ena taknak jumpa abbggg"

"syg tak sayang abg ke? syg, selama ni bukan abg sengaja buat semua tu. abg memang betul-betul busy. esok abg ambil cuti, abg nak jumpa syg.. selagi kita tak jumpa hati abg tak tenang.."

dah takboleh buat apa-apa dah. sekarang dia dah on the way ke sini. semoga abg selamat sampai.. i miss u so much.
tak sangka dah masuk bulan may. count count, i will finished my practical in a fortnight's time. tak lama lagi dah. in the twinkling of an eye je. after broke the neck of my practical, i mean observation, no more thing to worry.

now i am alone at home. orang lain taktau ke mana. nita dan emi pergi training badminton dekat selayang mall. while the rest, i don't know where they go. mungkin pergi bersuka ria kot cuti-cuti macam ni. dan tak ajak aku. apehal la dorang ni kan?

tadi my mom called. dia tanya nak balik dengan apa. huha huha. aku taktau nak jawap apa. tak kisahlah balik dengan apa-apa pun. asalkan sampai rumah. jangan sampai kat tempat lain udah.

nak suruh abg am datang ambil, nanti rizal kata aku membelakangkan dia pulak. tapi kalau suruh rizal, nanti takut susah-susahkan dia pulak. tapi haritu dia dah cakap, dia nak datang jemput aku bawak balik kampung nanti. jangan suruh orang lain. hmm. segan la dengan mamat ni. coz aku pun dah banyak menyusahkan dia. sikit-sikit abg. sikit-sikit abg. aduh.. macam dah jadi tempat aku bergantung je.

sorry yer darling. selalu menyusahkan kamu. anyway. i tetap love u darling. hehe. walaupun kamu selalu mengungkit pasal rupa kamu yang tak hensem, tapi aku di sini tetap memandang mu hensem. mungkin segala kebaikan mu telah menutup segala kekurangan yang ada padamu. bagi aku, kamu sempurna! biarla apa orang lain nak kata pasal kita. sebab kamu selalu kata, kita tak sepadan lah, tu lah, ni lah.

yang penting, aku terima kamu seadanya. dan kamu menerima aku seadanya. janji kita ikhlas yer darling. sian kamu. walaupun hari ni hari pekerja, orang lain cuti. tapi kamu tetap bekerja. maklumla. darling kena kerja keras semasa bujang ni kan. sebab nanti dah kahwin kamu kena spend banyak masa untuk aku. itu kata darling lah kan. haritu darling cakap macam tu.

baiklah baiklah. aku pun tak suka menulis panjang-panjang. perut pun dah berkeroncong. jom lah kita sarapan dulu. (",)