Sunday, May 9, 2010

09052010

hari ni aku bangun lewat. selewat 2.30 pm. sebab pagi tadi bergayut dengan boyfriend sampai subuh. taktau kenapa excited pulak si dia bercakap semalam. sedangkan selama ni pukul 12 pun dan mengantuk. huh.

bangun terus mandi, solat dan bersiap untuk keluar. hari ni aku join budak rumah pegi Giant. dengan niat untuk mendraw duit serta ke klinik. lepas sampai Giant aku trus draw duit. ikut dorang masuk Giant. tengok-tengok rasa macam takde apa yang diperlukan pun kat situ.

dengan kesorangan aku keluar dari Giant, terus ke Guardian. kedai yang kecil tapi aku suka! (selain Watson) bagi aku, lengkap! tak payah susah-susah pusing sana sini. aku lagi suka duduk termenung kat satu-satu row daripada jalan pusing-pusing kat shoping complex yang besar. sakit kepala maa..

duduk termenung, akhirnya aku beli tisu muka perisa green tea, shampoo perisa sunsilk, ubat batuk perisa wood peppermints n panadol perisa ActiFast. tak lupa survey barang keperluan lelaki. huh. sekarang ni tak survey barang-barang tersebut tidak sah. niat utama aku sebenarnya nak mencari toilettries bag untuk boyfriend aku. tapi tiada.

keluar dari guardian, tengok kiri tengok kanan. tak ada. tak ada muka suspect yang dicari. aku pun dial number ecah.. "where re u??".. "kat dalam Giant.. kat tempat makanan"..

aku pun terus masuk ke Giant balik. jalan sambil tengok kiri tengok kanan. tetiba, nampak promosi Olay Total Effect. murah! tanpa berfikir panjang aku suruh promoter tu ambilkan untuk aku satu. perisa ultra mosturising. dan dan promoter tu siap suruh aku tulis nama n nombor telefon lagi. "untuk apa?"... "nanti kami akan buat survey, tanya pendapat cik tentang produk ni.." .... "oh ok.."... "ada free gift tau.. exfoliating bath gloves.." .. =)

aku pun jalan lagi. ternampak snek kentang kegemaran aku. Wise Cottage Fries perisa garlic. nyummy. suka suka. dari kecik lagi aku suka. ambil satu je. tak bole banyak-banyak sebab snek kat rumah ada banyak lagi. duduk kat sini pun tak sampai seminggu lagi. then, terus pegi bayar.

jumpa ecah n dila, terdetik di hati aku dan kawan-kawan untuk menjengah sebentar ke kedai emas Wah Chan. promosi 60% untuk emas 585 masih ada. siap try-try lagi tadi. berkenan! jurujual kat situ pun melayan kami dengan ramah. tak bole duduk lama-lama kat situ nanti berpinar-pinar mata, susah.

dalam perjalanan balik, singgah kedai makan. tak jadi pegi klinik sebab aku dah beli ubat kat Guardian tadi. cuba dulu makan ubat ni, kalo tak baik barula pegi klinik.

btw, masa dalam perjalanan ke Giant tadi sempat aku menghantar sekeping sms selamat hari ibu kat mak aku. "Happy mother's day. i love u so much".. ringkas je tapi bermakna.. dan mak aku pun replied.. "tq.. i love u too.." ringkas dan bermakna jugak. thanks mummy...

sampai rumah, solat dan online sebentar. lepas solat maghrib aku terus melelapkan mata. sampaila 10.30 tadi. boyfriend call. "abg dah otw balik..".. "macam mana lori, driver? teruk tak?"... "teruk jugak. kepala tak injured tapi chasis banyak lari. epy ok..".. aku pun terus bangun n buat segelas milo panas. minum-minum sambil layan facebook, blog..


No comments: