Saturday, May 1, 2010

huhuhuu

1 may. bagi orang lain hari ini adalah hari pekerja. tapi bagi aku hari ini adalah hari tangis sedunia. uiks?

yer. hari ni aku crying sepuas-puasnya. sampai bengkak mata kayu aku ni. isk isk isk. apa nak jadi la ngan aku ni. sekarang ni pun mata bengkak lagi macam kena gigit semut.

emotionally disorder. sebab sebenar aku menangis terpaksa dirahsiakan. tapi semuanya berpunca daripada boyfriend aku yang bekerja pada 1 may. kenapa orang lain boleh je cuti tapi dia? huh. aku jelous tengok roomate aku boleh balik rumah. kawan baik aku bole terbang ke kuantan jumpa boyfriend dia.

tapi aku? duk layan facebook sorang-sorang. lepas satu-satu manusia yang tegur aku dalam facebook tu. semuanya orang yang tak dikenali so aku malas nak layan. aku lagi suka bersembang dengan orang-orang yang aku dah kenal so tak payah la nak berkenal-kenalan lagi. maaf saya kurang peramah sekarang.

surf punya surf punya surf. sampai la satu laman yang menimbulkan rasa sedih aku. iaitu melihat orang-orang yang gembira. tetiba hati aku rasa tersentuh.

terus aku dial nombor si boyfriend. "abg, kenapa ena tak bahagia macam orang lain? takde seorang pun dalam dunia ni boleh bahagiakan ena"(sambil menangis teresak-esak). sangat tidak boleh blah ayat aku. padahal motif sebenarnya cuma nak bagitau yang aku kurang diberi perhatian sahaja.

lalu si boyfriend yang tidak memahami itu berkata, " abg tau abg yang salah dalam hal ni. abg tak boleh bahagiakan syg kan?"... "bukan sebab tu.." *sigh*

tetiba pula timbul isu 'tak boleh bahagiakan' di situ. sangat tak memahami. bahas punya bahas. stop. masalah tak selesai.

tak lama selepas tu kakak aku call. "nape suara na lain macam je. na ada masalah ke? rizal call kak ya tadi.. bla bla bla".. dia mengadu pada kakak aku rupanya. sejam cakap. banyak juga motibasi kendiri yang aku dapat daripada kakak aku tadi.

baiklah. depan kakak aku pura-pura dah ok. tapi bila boyfriend call aku tunjukkan mood basi aku tu. "ena dah tak kisah apa nak jadi pasni. abg pegi la buat keje abg. abg kan busy. ena dah malas nak fikir lagi dah.." (sambil menangis lagi melolong-lolong)

dia diam seribu bahasa. zipppp....

"bunyi apa tu??" tetiba aku terdengar bunyi zip. aku ingatkan dia zip seluar ke apa. "abg dah siap kemas beg. abg nak pegi jumpa syg"..

"tak payah. ena kata tak payah..."...... "abg tolonggg la"... "abg..ena kata jangan datang. ena taknak jumpa abg.."

vrooommm...

aku terdengar deruan exhaust kereta beliau. "abg dah bertolak ni.."

hmm.. "abg balikkkk. ena taknak jumpa abbggg"

"syg tak sayang abg ke? syg, selama ni bukan abg sengaja buat semua tu. abg memang betul-betul busy. esok abg ambil cuti, abg nak jumpa syg.. selagi kita tak jumpa hati abg tak tenang.."

dah takboleh buat apa-apa dah. sekarang dia dah on the way ke sini. semoga abg selamat sampai.. i miss u so much.

No comments: