Saturday, May 8, 2010

sick and tired..

hari ni aku tak bercakap banyak. maksud aku. tak bercakap banyak dengan boyfriend. dan sekali pun tiada aku mendial nombornya hari ini. taktau kenapa. mungkin sebab sepanjang hari ini aku banyak menghabiskan masa dengan tido saja. maklumla. tak sihat.

badan aku rasa suam-suam kuku je. hidung berair dan kadang-kadang batuk. aku langsung tidak ke luar rumah hari ini. makan pun kirim kat kawan-kawan je. takut nak ke luar, takut kena hujan ke. nanti demam aku jugak yang susah.

kenapa ye tetiba je tak sihat? mungkin kah badan ini menyedari aku akan berubah kondisi tidak lama lagi? mungkin kah sebagai persediaan untuk adapt dengan dunia baru? atau mungkin kah aku terlalu sayang untuk meninggalkan bumi selayang? itu aku tidak pasti. yang pasti sepastinya aku tidak sabar untuk melepaskan tugas-tugas yang telah sekian lama membebani aku.

nyata aku tidak dapat menikmati sepenuhnya masa yang kian suntuk ini. kesihatan menjejaskan segala-galanya. harapanku agar aku dapat menggunakan masa yang ada ini untuk membina memori di bumi selayang. kerna mungkin selepas ini aku tidak akan kembali ke sini lagi.

esok aku harus ke klinik. periksa apa yang tidak kena pada diri aku sebenarnya. selagi tak check aku tidak tenang..

No comments: