Saturday, June 19, 2010

19062010

sudah agak lama aku tak menconteng blog ini. lebih sebulan. sejak busy dengan persiapan pertunangan, sampai la hari ni, baru ada masa dan ada mood nak tulis blog.

harini pun perasaan nak tulis blog tidak datang dengan tiba-tiba tapi bersebab. sebab utamanya adalah ingin memberitahu kawan-kawan semua bahawa aku sedang aktif belajar memasak. yuhu.. semua ini bermula sejak minggu lepas, iaitu semasa insiden aku bergaduh dengan emak. malas gila nak sentuh lauk pauk yang ada kat dapur so aku memasak sendiri. first time aku buat...


'tomyam putih'

tomyam tersebut aku makan dengan mee.. alhamdulillah first time buat ni walaupun rupa tak cantik sangat tapi rasa dia... i like! sampaikan 2 hari berturut-turut aku buat tomyam putih ni. tak puas makan. haha..

after that, aku belajar buat puding caramel. aku ambil resepi melalui internet dan cuba buat mengikut sukatan sendiri. malangnya gambar tak sempat nak tangkap sebab pada hari yang sama jugak aku diberitahu last minit untuk ke bukit gambang resort city. siap je puding tu terus bersiap-siap untuk keluar.

tapi yang paling best sebab aku sempat bagi my fiance rasa masakan pertama aku. kebetulan puding tu pun sangat menjadi. haha. aku sangat puas hati dengan struktur nya yang sempurna dan tidak pecah. sampai kakak aku menjadi tidak puas hati sebab dia tak pernah buat puding secantik dan sesedap itu. siap bagi aku a pat on the back lagi.. hahaha... cis promote puding sendiri pulak aku.. takpelah. mungkin esok lusa aku buat lagi puding itu dan tempekkan gambarnya di sini untuk tatapan kawan-kawan.

selepas itu, aku belajar buat.... ape tu????

'moist choc cake'

atau dalam bahasanya, kek coklat lembap... kau tengok gambar tu. dan tinggal sikit baru aku sempat nak ambik gambar. haha. dah takde rupa kek pun. macam rupa coklat banjir ada la.

*yang dua ketul kat sebelah kek tu sebenarnya topping yang aku dah bekukan. saje buat konon chocolate bar lah... saje main-main. hehe.

kek ni aku tak puas hati sangat sebab kek dia rasa cam lain je. aku suruh anak buah aku, kakak-kakak aku rasa tapi dorang kata best je. menjadi.. tapi bagi aku, tak best sangat. maybe ada bahan yang aku tersalah sukat. maybe terlebih sodium bikarbonat kot. btw, topping dia ok. so rasa topping itu sedikit sebanyak membantu aku menelan kek itu.

dalam otak aku ni macam-macam lagi resepi yang aku nak cuba. antaranya, char kuey teow.. ikan siakap tiga rasa.. insyaallah aku cuba realisasikan impian aku tu dalam masa terdekat ni. jikalau ada masa... insyaallah...