Sunday, July 25, 2010

pendapat...

ada orang kata, kalau nak nasihatkan orang, cermin diri tu dulu. baru la bole nak nasihatkan orang.

tapi bagi aku, takde manusia yang sempurna atas muka bumi ni. kita hidup di bumi untuk saling melengkapi diri masing-masing. maksud aku, setiap orang ada keburukan dan kebaikan. ada orang baik kat sini tapi jahat kat situ. ada orang lain pulak baik kat situ tapi jahat kat sini.

oleh itu, bagi yang lebih di situ, boleh la memberi nasihat atau pandangan di sudut itu. dan bagi orang yang lebihnya di sini, nasihatlah di sudut ini. orang di situ dan sini pula, dengar la nasihat yang diberikan. pastu pertimbangkan dengan akal yang waras, betul ke salah ke nasihat yang diberi tu. memberi kebaikan ke, memudaratkan ke.. terpulanglah.

aku sangat tak bole blah dengan manusia yang tak bole menerima nasihat. kalau aku la, orang nak nasihat, aku dengar je. atas akal fikiran waras aku je nak terima ke tak nasihat yang orang bagi tu. kalau baik, aku terima. kalau memudaratkan, aku diam je.

tapi takdela macam sesetengah orang ni, dapat nasihat terus je sound. konon-konon orang memberi nasihat tu tak cukup baik, tak memahami lah ape lah. pastu tukar-tukar statement, bidas ngan hadis-hadis pulak. hilang mana punca akar umbi yang sebenarnya.

kalau kita ni jenis yang tak bole menerima nasihat, jangan masuk tempat awam.

when in rome, do as a romans do..

bila kat tempat awam, kata-kata kita walau sepatah pun akan jadi perhatian orang. kalau tersilap cakap, orang tak paham, mintak maaf dan tukar balik statement asal kepada statement lain yang sewaktu dengannya. jangan tetiba je tukar statement pastu bidas nasihat orang tu dengan kata-kata yang tak berkaitan.

siap mintak orang cermin muka, cermin hati lagi. dan kata, muka cantik kalau hati hitam buat apa? hanya kerana memberi nasihat, haihs...

ok lah. untuk statement pertama awak, mintak cermin muka, cermin hati. yer, muka bole tengok kat cermin. tapi hati? boleh ke nampak dalam cermin? hati, kalau operate barula bole nampak macam mana rupa dia. tu pun hanya menampakkan zahirnya sahaja. apa yang ada dalam hati tu? Allah s.w.t sahaja yang tau. pemilik hati tu sendiri pun tak bole menilai macam mana hati dia tu sebenarnya. sebab lumrah manusia, pasti merasakan apa yang mereka buat tu betul, baik. sedangkan bagi orang lain? lainlah pula penilaiannya.

kadang-kadang kita rasa apa yang kita buat tu dah cukup baik, tapi sebenarnya, banyak lagi kekurangan di sebalik kebaikan kita tu. janganlah kita hidup asyik nak mencari kesalahan orang saja. menuding jari sana sini. renung dan muhasabahlah diri.

untuk statement kedua pulak. muka cantik tapi hati hitam buat apa? ok lah. bagi aku, muka cantik tapi hati hitam lagi baik dari muka hodoh dan berhati hitam. dah lah muka tu hodoh, hati pulak nauzubillah. (maaf statement ini agak kurang sopan bunyinya, sekadar memberi pendapat)

yer, bagus betul betul jika muka cantik, hati putih bersih. dan juga muka hodoh, tetapi hati putih bersih. tapi pada pendapat aku, kecantikan adalah hak milik setiap insan. eh eh. macam tiru iklan lah pulak. maaf terlanggar hak cipta (T_T)

ok ok. yang sebenarnya, bagi aku, kecantikan ke kehodohan ke, penilaiannya lain bagi setiap individu. pernah dengar tak orang kata, kecantikan lahir dari hati yang suci. maknanya, orang yang berhati suci, kecantikan itu akan terserlah di wajahnya. hati suci tu, bagi aku adalah KEIKHLASAN. apa pun yang dia buat, disertakan dengan keikhlasan yang jitu dari hati dia. tiada niat untuk meraih simpati, mendapat nama, apa lagi untuk mengkondemkan orang.

oleh sebab itulah, pada hari ini, aku nak mintak maaf banyak-banyak pada semua kawan-kawan. jikalau ada tersalah kata, terkasar bahasa, maafkanlah aku.

kalau ikutkan hati aku taknak ungkitkan pun pasal muka cantik hati hodoh ke dan sebagainya. tak pernah terlintas pun sebelum ni nak tulis pasal ni. tapi sebab dah terlalu banyak kali aku baca kat sana sini orang tulis benda alah tu, mempointkan statement tu pada seseorang. malam ni untuk kesekian kalinya aku terlintas untuk menulis di sini. untuk nyatakan pendapat aku untuk kesekian kalinya.

aku tak marah pun kalau korang nak tulis-tulis benda macam tu, sikit pun aku tak marah. tapi berpada-padalah bila nak mengata kat orang tu. bukan suruh korang cermin balik muka ke, takk.. cuma minta anda 'belajarlah menerima nasihat'... ok?

No comments: