Friday, July 9, 2010

pertama kali ku melihatmu..

aku berkawan dengan rizal, melalui telefon je mula-mula. kebetulan waktu tu aku kesunyian. cuti semester yang panjang, hujung tahun. so tiap kali dia call je mesti aku sambut. dia ni jenis suka call dan mengambil berat. dan aku pulak jenis suka diberi perhatian, dimanja, dilayan macam princess. hahaha. waktu aku busy, dia hormat dan beri masa untuk aku. tak pernah force aku untuk bercakap, apa lagi nak ego ngan aku.

aku yang ego ngan dia ada la. hehe. masa aku rasa nak angkat call dia, aku angkat. kalo aku ngantuk ke, driving ke, malas nak bercakap ke, aku tak angkat. tapi dia tak pernah kisah. dia tetap hubungi aku macam biasa.

15.12.2009, lima hari usia perkenalan, (masa tu rasa macam dah lama je) aku dah tak bole tahan. wahaha. aku nak tengok jugak macam mana rupa si dia ni. bukannya apa, aku rasa serasi berkawan dengan dia, aku suka cara dia. tak best la, layan sembang tapi rupa taktau. hehe. nak mintak sendiri gambar, segan. ego pun ada. lalu aku mintak la kawan baik aku, ecah, juga gf kepada norman masa tu, mintak gambar rizal dengan norman.

anyway, norman dah agak aku yang mintak gambar tu. so dengan directnya dia bagitau rizal. rizal pun tanya aku, ada ke mintak gambar dia dengan norman?... aku jawap acuh tak acuh. "takdela mintak sangat pun, kalo ada nak tengok. kalo takde takpe, tak kisah pun"... hihi..

rizal pun send la gambarnya pada norman, dan norman send pada ecah. "aina.. aku dah tengok gambar rizal..".. "uit yeke? macam mana weh? ko jangan hantar lagi gambar tu. describe dulu dia macam mana".. wahaha.. masa tu cam risau pun ada.. aku taktau apsal la aku teruja sangat nak kenal ngan dia ni masa tu. aku takpenah macam ni wey...

"aku tak pasan la muka dia macam mana. gambar ni jauh. dia pulak pakai spect besar. tak nampak clear. cuma badan dia laa..."... "macam mana? rambut dia macam mana?"... haha detail soalan aku. kantoiiiii... "badan dia mesti ko suka. hehe. rambut dia nipis-nipis gitu.."..."ok hantar la gambar dia..."...

jeng jeng jeng... "eh asal nampak muda?? tak padan ngan usia dia.."

selepas itu, kami terus berkawan seperti biasa...

ha, lupa nak cakap, lepas aku dapat gambar dia tu, aku buat-buat bodo je. aku tak bagitau rizal yang aku dah tengok gambar dia, tapi mungkin dia da bole agak. hari yang sama, rizal send lagi mms gambar dia tu, dan sekeping lagi gambar lain. bukan lain sangat pun, cuma posing je lain, baju seluar spect sama je...

gambar aku? ada la aku send, 2 keping jugak. sebenarnya tak penting pun gambar aku tu. sebab dia dah tengok gambar aku sebelum contact aku lagi. norman dah tunjuk gambar kitorang masa holiday beramai-ramai di KL tu hari.

katanya, tengok sekali dah berkenan... wek wek :p

dannn... norman pun dah cerita macam-macam pasal aku kat dia ni. tentang kebaikan aku, keburukan aku. semua, detail dia dah cerita. pasal aku yang teraniaya, kecewa dengan lelaki. dia pun simpati dengan aku. semua lelaki yang aku pernah kenal, semua tak bawa aku ke jalan yang baik. semua nak menyesatkan je.. dia pun dah berjanji pada norman, kalo diberi peluang, dia nak jaga aku baik-baik.. dan norman percaya pada kawan dia yang sorang ni..

lot of thanks to Norman Hakim.. sebab kenalkan aku pada lelaki yang berjaya merawat luka di hati aku dulu.. juga syukur pada tuhan kerana berikan temuan aku dengan si dia.. moga panjangkan temuan ini dan temukan jodoh kami.. amin..

No comments: