Thursday, July 8, 2010

rasa disayangi & dihargai..

first time rasa macam ni. disayangi dan dihargai. even perkenalan kami belum lagi menyambut ulang tahun yang pertama, aku rasa macam dah akrab sangat dengan dia. akrab aku dengan dia bukan dari segi sentuhan ye. no no and no. tapi, pada ikatan hati.

harini aku nak ceritakan sedikit sebanyak tentang lelaki yang paling aku sayang masa ni, kini dan seterusnya. dia dikenali dengan nama Rizal. aku mula mengenali lelaki ini pada 10.12.2009, melalui panggilan telefon je.

pada kebiasaannya kalo aku dapat call from stranger, memang aku tak layan langsung. malah siap marah-marah lagi. tapi pada pagi 10.12.2009 tu, masa aku tengah tido, dia call. first time aku dengar suara dia, percakapan dia, aku agak, dia ni jenis yang menghormati dan tak memaksa. dia minta kebenaran untuk bercakap dan 'cuba' memperkenalkan diri.

macam biasa aku mengasak dia dengan soalan, sape bagi number aku kat dia. sebab sebelum tu pun ramai manusia entah pape datang dari mana call aku. perhaps ada agensi pengedar nombor telefon yang pandai-pandai spread no aku kat orang. memang aku nak tau sangat, sape punya kerja.

then dia kata, kawan aku yang bagi. aku pun dah malas nak layan, bila aku tanya sape nama kawan aku tu, dia taknak bagitau. pastu aku terus letak je hp. malas nak layan.

petang hari yang sama, dia call lagi. masa tu aku tengah cari parking kat pasar malam. aku taktau nape hati aku ni 'terdetik' untuk menjawab panggilan dia tu. sedangkan selama ni, memang aku tak biasa dan takde masa nak layan panggilan-panggilan hantu macam tu. aku asak-asak dia lagi dengan soalan yang sama. perasaan ingin tahu aku masa tu kuat.

macam-macam dia belit, putar pusing ayat, akhirnya dia kata, nita yang bagi number aku pada dia. bila aku dengar nama 'nita', aku lega. nita actually adalah housemate, juga teman rapat aku di UPSI. tapi masa tu, walaupun lega, ada sedikit ketidak puasan di hati. kau orang pun tau aku memang pantang kalo orang bagi number aku pada orang sesuka hati. (cian nita jadi mangsa masa ni)...

aku pun terus call nita, "nita! kau bagi nombor aku kat sape??"

"uiks. mana ada. sumpah, takde.." bla bla bla "ko bagi aku nombor yang call ko tu. biar aku siasat" macam kes polis pulak nak siasat-siasat padahal mende kecik je. hehe.

nita pun ape lagi, terus call number yang aku bagi tu......

to be continue...

No comments: