Thursday, July 8, 2010

sambungan...

10 minutes later, aku call nita balik..

"wey ena. tu kawan aku la, matleh. hahaha. dia kata dia ambil no ko kat kawan dia.. aku pun tak kenal sape. dia ok ko jangan risau.."... "oh.. kawan ko ke.. ok ok.." setelah menyiasat sedikit sebanyak tentang matleh, panggilan dimatikan. nita kata, matleh ni student engineering kat uitm shah alam. so aku pun tak kisah untuk berkawan dengan matleh, since dia pun student macam aku jugak. "dapat kawan baru pulak harini" bisik hati aku..

tak lama lepas tu.. norman call.. "helo aina. apa khabar sekarang? ada kat mana?".. "sihat.. kat pasar malam. bla bla bla :)" ... "ngan boyfriend ke?".. "weh takdela aku single la sekarang. hehe.."...

"single ke? bagusla. aku ada nak kenalkan ko kat sorang kawan aku ni.. emm.." ... "hahaha. yeke? handsome tak? kalo tak handsome aku taknak. :p".. "handsome la na..."... "ok bagus. sila-sila kenalkanlah. hahaha"... "ok nanti aku suruh dia call ko"

dalam hati aku terdetik, ramai pulak orang nak berkenalan ngan aku harini. wahahaha..

COMPLICATED DUH CERITA NI. SUSAH AKU NAK CERITA...

balik dari pasar malam, orang yang dikatakan bernama matleh itu call lagi.

"ena, tadi nita ada call saya. dia ingat saya ni kawan dia, matleh"... "habistu awak ni sape?"... "saya bukan matleh. saya rizal, kawan norman"... "aikk???... habistu yang nita kata matleh tu sape?"

"entah saya pun taktau. dia dengar suara saya terus dia kata.. ooh kau ke matleh..."... "emm. awak kenal nita ke?"... "tak kenal"... "habis macam mana awak tau nama nita?"... "norman yang suruh saya sebut nama nita tadi. saya tak penah kena pun sape nita"...

"waHaaHahaAhaha!!!" tergelak besar aku. nita tersalah orang rupanya. menurut rizal, nita misscall dia. pastu rizal call balik. dengar je suara rizal, nita terus serkap jarang.. "oooh kau ke matleh. nape kau kacau kawan aku?"... rizal pun layan layan layan je soalan nita. kebetulan apa yang rizal jawap tu sama dengan cerita matleh. pasal ikan keli la ape la. aku pun taktau apa yang dorang sembang.

yang aku tau masa tu, funny funny funny. confident gila nita bagitau aku pasal matleh tadi. siap suruh aku kawan ngan matleh tu. hahahahahhahaha...

ehem ehemmm. control sikit. dia dah tipu kawan aku so aku kena bertegas.

"tak baik awak buat kawan saya macam tu. awak dah tipu dia".. "yer, saya mintak maaf. saya sebenarnya takde niat nak tipu dia. tapi saya call je terus dia ingat saya matleh. dia cakap cakap saya layan je.. saya pun memang ingat nak call dia balik ni. mintak maaf. biar saya call dia dulu yer.."... "nak mintak maaf ke? elok la tu.."..

sejak dari peristiwa itulah aku mula berkawan dengan fiance aku ni. sejak dari awal perkenalan aku noticed dia ni memang seorang yang ikhlas, merendah diri dan tak seego lelaki-lelaki lain yang aku penah kenal. dia juga seorang yang cepat meminta maaf kalo terbuat salah, even kesalahan kecil pun..

No comments: