Sunday, August 29, 2010

baru ku tau...

langit itu sangatlah tinggi..

kadang-kadang, bila kita menghadapi sesuatu ujian yang berat barulah kite sedar asal usul diri kita, ingat tuhan dan barula nak mendekati diri kita pada tuhan.

macam tu jugak aku. setelah menerima ujian yang bertimpa-timpa, barula aku sedar. aku ini adalah makhluk tuhan yang serba kekurangan, lemah. dan hanya Dia yang ada di waktu kite susah mahupun senang.. contohnya ketika aku dibawa masuk ke dewan bedah, masa tu takde ahli keluarga menemani. yang ada cuma nurse, doktor.. orang yang kita tak kenali. family semua tunggu kat luar. masa tu baru aku fikir, aku cuma ada Tuhan je masa tu. hanya pada dia aku berserah..

dalam kita tak sedar, setiap waktu yang berjalan sebenarnya mendekatkan diri kita kepada maut (mati).. dan tiada yang lebih abadi melainkan 'di sana'. hidup ni cumalah sementara. kita akan pergi bila-bila masa. bila sudah tiba masanya, semua orang akan pergi menghadap Illahi. semua orang pasti merasai MATI. masa tu, meraung menangis meronta-ronta pun tak guna dah. kuasa Dia lebih hebat dari semua tu..

walau apapun aku bersyukur, ujian ini akhirnya memberi seribu kebaikan pada aku. kalau dulu aku naif, takde kesedaran sepenuhnya tentang semua ni. tapi jangan salah faham. bukannya dulu aku tak percaya pada kematian dsbg.. tapi tiada inisiatif untuk membuat bekalan ke alam barzakh. dulu aku banyak leka..

aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk aku menebus kesilapan-kesilapan lalu. aku sangat bersyukur.. inilah hadiah ramadhan yang paling bermakna untuk aku.. moga Allah panjangkan umur ku, moga ada masa untuk aku menebus dosa-dosa lalu.

Allahuakbar..

Sunday, August 15, 2010

renungan...

Bismillahirahmanirrahim...

Dengan Nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Pengampun..

Baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung.

Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan.


Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila."Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?" Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..." "Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat." "Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan." Ibu angguk perlahan.Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah...

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?" Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga. "Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama. "Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.


"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!" Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu. "Bila enti menikah? "Aku tiada jawapan khusus. "Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya. "Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah. "Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiammembuatkan ramai insan berkecil hati. "Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..." Rahsiaku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.

Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu... "Usah berlebihan ya..." Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata. "Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman. "Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik. "Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?" "Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja....

.........................................."inna lillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar." "Ya Allah, tenangnya..." "Moga Allah memberkatinya...." Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu. Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri. Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku. Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu. "Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian... "Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?" Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh." "Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan. "Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..." Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya " Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.


"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik." "Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..." Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan hati seorang ibu."

Wallahua'lam... Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia... Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal,oleh itu sentiasalah berwaspada.

Kisah ini hanyalah nukilan seorang sahabat untuk tatapan seluruh umat Islam, tiada kena mengena dengan masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. MARILAH Kita sama-sama reflek diri kita masing-masing..

“Sudah cukupkah amalan kita?!!!!!!”

“Bersediakah kita untuk menghadapi MATI???” Sesungguhnya jawapan untuk soalan-soalan itu hanya boleh dijawab oleh diri kita sendiri...~muhasabahlah diri....~

Waspadalah teman-temanku..persiapkanlah diri kita dari sekarang kerana sesungguhnya kita tidak tahu bilakah giliran diri kita pula untuk DINIKAHKAN dengan Kematian....

Saturday, August 7, 2010

macho guy

pendapat saya tentang macho guy. ada orang kata, kalau lelaki mengalah / selalu meminta maaf, dia tak kelihatan macho lagi. it makes me think twice. why ha? bagi saya, mengalah / meminta maaf tak menunjukkan langsung bahawa lelaki tersebut tidak macho. tidak sama sekali. lagi-lagi kalau lelaki tersebut mengalah dengan wanita, especially dengan his wife or girlfriend.

memang tak salah mengalah / meminta maaf jikalau kita betul-betul buat salah. kalau lelaki bersikap begitu, bagi saya, sangat lah gentleman. but the other way round if he isn't. lelaki nampak sangat menjengkelkan kalau ego. yes, sangat menjengkelkan. disgusting. saya sangat tak bole blah ngan lelaki yang ego. dan sebab itulah, kriteria utama saya memilih lelaki, bukan pada paras rupanya, hartanya, keturunannya atau ciri-ciri fizikal lain, tetapi pada sikap humble nya.

sikap rendah diri seseorang lelaki sangat meruntunkan hati saya. betapa tinggi nilai mereka di mata ini. sekeras-keras hati saya boleh melt tiba-tiba dengan lelaki sebegini.

ada orang kata, lelaki macho jika berparas kacak, berbadan tegap, berahang kukuh dll. dan ada sesetengah lelaki menganggap macho itu boleh diukur dengan cakapnya yang besar itu. tetapi bagi saya, lelaki macho adalah lelaki yang mampu memberi layanan sebaiknya pada kaum yang lemah iaitu wanita.

bayangkan, seorang lelaki yang pada asasnya memang dijadikan sebagai kaum yang gagah, kuat berbanding wanita. tetapi apabila berhadapan dengan wanita, dia melayan wanita dengan sifat yang berhemah, lemah lembut. itu bukan senang, sangat sukar! tetapi apabila seseorang lelaki mampu berbuat begitu, dia sangatlah macho. susah betul nak cari lelaki macam tu zaman sekarang ni.

sekian saja pendapat saya untuk kali ini.

p.s tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

Friday, August 6, 2010

whoa whoa

that day aku dapat call dari someone yang aku kenal. dah lama aku tak accept call dia ni until 1 day my fiance ask me to do so. kebetulan masa dia call, my fiance ada di sebelah. so without hesitation aku angkat call dia.

"hello rina. how are u??".. bunyi suara dia sangat ceria. "i am fine! how are u?".. "yea, really really fine.."

"hey, u kat mana sekarang rina. banyak kali i call u tak angkat"

"oh really? i kat kampung, i mean chukai.. sorry hp i ada problem masa tu..." aku taktau nak bagi alasan apa. sempat lagi aku menipu.

"so bila u start keje? u mintak posting kat mana?"

"i mintak posting around terengganu and pahang je. taktau lag bila dapat posting.."

"pahang? haha. good. very good. hopefully u dapat pahang"

"emm yeah. i harap dapat posting kat my hometown je"

"rina, i wanna go to ur house la. i wanna meet u and ur mother" memang excited sangat kedengaran suara dia..

"hah? u wanna come here? buat apa?" aku buat-buat tanya sambil buat-buat gelak.

"emm. i nak hantar rombongan. dalam masa terdekat ni. bulan ni jugak. i dah tekad.."

"eh, rombongan apa u??" aku agak cuaks.

"rombongan meminang. meminang u!"

"eh u. sorry sorry"

"no no. i dah decide. i serious kali ni"

"u.. sorry. dengar i cakap dulu.."

"no no no. haha, i serious rina. i nak bawak family i ke rumah u dalam masa terdekat ni jugak"

"u, listen to me please.."

"yeah. why? u tak sudi ke?"

"emm. u, i ni tunang orang.."

"whatt???"

"yes. i ni tunang orang. i dah bertunang..."

"ouh cheat. bila u bertunang?" nada dia tiba-tiba berubah.

"recently. just after i finished my practical.."

"ouh. kenapa i tak tau? dengan sape?"

"dengan kawan lama i. baru-baru ni i jumpa dia balik then we decided to get engage.."

"ouh. dia tu 'syed' ke??"

"no no. he isn't"

"ahh ok lah. apa-apa pun i nak pergi rumah u jugak"

"what for?"

"i nak jumpa mak u. and maybe we can continue to discuss about business"

"emm. u discuss dengan kakak i jelah.."

"yeah. boleh. but make sure u pun ada.."

"ok if god wills."

"ok, i'll inform the date later ya rina"

"ok, ok lah. i can't hear u clearly here actually. i kat luar ni. maybe we can talk later"

"ok ok. i'll call u later. bye.."

looked at my fiance, unpleasant. kesian dia. aku tau dia susah hati.

"abang, ena dah terangkan pada dia keadaan sebenar. abang jangan la risau lagi. abang susah hati lagi ke?"

"emm. abang takut dia tak percaya la sayang cakap macam tu. mungkin dia ingat sayang bergurau"

"ish takdelah. ena serious la. takkan la dia tak percaya. takkan la pasal ni pun bole tipu-tipu.."

"emm ok lah kalau macam tu..." he looked downcast.

"sayang.. janganla macam ni. ena dah buat apa yang abang nak ena buat kan.. ena sayang abang..."

"ok. thanks sayang. abang pun sayang sayang..."

i smiled at him and he gave a feedback.

rizal, sangat tenang orangnya. tak banyak karenah. tu buat aku makin sayang pada dia..

Thursday, August 5, 2010

sudah jatuh ditimpa tangga...

Taktau apa salah yang aku dah buat. Malang sungguh nasib aku. Pada hari tu aku diduga dengan hebat sekali.

That time pukul 9 pagi. Aku bertolak ke Kota Bharu untuk menghadiri sesi temuduga pada keesokan harinya. Pada waktu tu memang hati aku dah rasa berat sangat nak keluar. Bcoz mak aku tiba-tiba marah sebab aku tak ikut plan dia untuk bertolak awal pagi (lepas Subuh). Aku sebenarnya bukan nak bertolak lewat sangat. Cuma minta ditangguh untuk bertolak pada pukul 8. Tapi mak aku tak boleh terima cadangan aku. Aku ada alasan untuk itu. Kerana lewat malam semalam aku terpaksa menghantar sepupu aku ke Terminal Bas hingga pukul 1 pagi. Lepas balik tu, aku nak iron baju lagi, nak surf internet cari maklumat yang tertinggal lagi… Dan aku yang kena driving ke KT sebelum jemput tunang aku kat sana. But why didn’t she understand?

Pagi tu muka mak aku masam. Dia tak bagi kerjasama dan cuba memahami aku langsung. Aku pun taktau nak buat macam mana. Setiap kali mesti aku dilayan sebegini rupa. Aku sedar siapa aku…

I asked her, nak pergi ke KB tak? She’s answered, up to u. Then aku terus bersiap-siap and mintak dia bersiap jugak.

Lepas beberapa kilometer bertolak, kami ke pump minyak untuk isi minyak. Tut tut noticed that there are leakage at the oil tank. Aku dah nervous. Called my big bro. As he wants to check the tank, he asked us to go to his house. He offered us his car, but I refused. Lepas check, dia kata cuma ada kebocoran kecil pada bahagian atas saluran tangki minyak. “jangan isi minyak penuh”…

Aku decided nak pegi KB dengan kereta sendiri jer. Lagipun takde masalah besar pun. Cuma kena hati-hati lah. Jangan ada yang buang putung rokok sudah. Kalau ada, bayangkanlah. Percikan api + petrol. Memang risiko sikit. Tapi aku buat-buat berani. Tawakal ajelah. Sampai pertengahan jalan, sedar, HP aku tertinggal. Kena patah balik. Mak dah mengeleng-ngeleng kepala. “macam berat je ni…”

My big brother pun berat nak lepaskan aku pergi haritu. Tapi dia diam je. Aku pulak cuba buat-buat positive. Konon benda tu biasa aje. Kalau makin difikir, mungkin jadi makin teruk. 2 and half hours later, aku selamat tiba di marang. Waited for my fiancĂ©. Dia ada di bandar marang, menziarahi kematian kawan dia. After that, dia jemput aku di suatu tempat, untuk pegi ke rumah dia dulu. “sayang boleh ke driving? bagi abang drive la. kawan abang ada, boleh bawak balik kereta abang..” “takpelah, ena drive sendiri je..” “betul ke ni? sayang boleh ke drive sendiri? sayang kan tak biasa jalan ni…” “takpe… jom lah”

Aku pun follow kereta tunang aku. Dari jauh aku nampak ada orang tengah menghalau lembu. Aku perlahankan kenderaan, dalam fikiran aku terlintas, lembu ni kat tepi jalan tak mungkin dia ke tengah jalan… Tunang aku dah jauh ke depan… And suddenly, lembu yang ada kat tepi jalan tu meluru ke tengah jalan!! Since aku pun tengah aware masa tu, serta merta aku tekan brek. Malangnya, bucu kiri kereta aku sempat mengenai anak lembu tu. Ia terpelanting dan berguling beberapa kali atas jalan. Aku terkejut dan tak sedar, aku menjerit sekuat hati, beberapa kali. Sedar-sedar mak aku goncang-goncang bahu aku, suruh aku mengucap. Masa tu, dalam separuh sedar aku berhenti menjerit dan menangis… Aku nampak anak lembu tersebut bangun dan lari…

Masa tu aku tak boleh buat apa-apa. Aku stop tengah-tengah jalan. Mak aku suruh aku alihkan kereta ke tepi jalan. Tapi masa tu aku tak tau nak buat macam mana. Otak aku blur. A minutes later, tunang aku sampai. Dia bukak pintu kereta dan take over the car, parking kat tepi. Lepas keluar dari kereta baru aku perasan, ramai orang mengerumuni tempat tu! Dalam keadaan kalut aku sempat tengok, tahi lembu bersepah-sepah atas jalan. Lampu kiri kereta aku pecah, bonet kemek sikit. Aku terpandang anak lembu tadi tak berjauhan dari tempat dia kena langgar. Dia berdiri, diam membatu. “kesian dia…”.. Malas nak panjang cerita, aku terus masuk kereta, tunang aku drive terus ke rumah dia. Masa tu takde benda lain yang boleh keluar dari mulut aku.. “jahatnya lembu tu…”…. “kesian kat dia… emm…”

Lepas sembang dengan parents tunang, kami mandi dan berehat. Lepas tu berangkat ke Kota Bharu dengan kereta tunang aku... Alhamdulillah perjalanan kami selamat ke destinasi. Tapi, peristiwa yang berlaku hari tu sentiasa menghantui fikiran aku. Aku lemah, hingga ke hari ini... Aku masih terganggu.. Semangat aku tiada...