Sunday, August 29, 2010

baru ku tau...

langit itu sangatlah tinggi..

kadang-kadang, bila kita menghadapi sesuatu ujian yang berat barulah kite sedar asal usul diri kita, ingat tuhan dan barula nak mendekati diri kita pada tuhan.

macam tu jugak aku. setelah menerima ujian yang bertimpa-timpa, barula aku sedar. aku ini adalah makhluk tuhan yang serba kekurangan, lemah. dan hanya Dia yang ada di waktu kite susah mahupun senang.. contohnya ketika aku dibawa masuk ke dewan bedah, masa tu takde ahli keluarga menemani. yang ada cuma nurse, doktor.. orang yang kita tak kenali. family semua tunggu kat luar. masa tu baru aku fikir, aku cuma ada Tuhan je masa tu. hanya pada dia aku berserah..

dalam kita tak sedar, setiap waktu yang berjalan sebenarnya mendekatkan diri kita kepada maut (mati).. dan tiada yang lebih abadi melainkan 'di sana'. hidup ni cumalah sementara. kita akan pergi bila-bila masa. bila sudah tiba masanya, semua orang akan pergi menghadap Illahi. semua orang pasti merasai MATI. masa tu, meraung menangis meronta-ronta pun tak guna dah. kuasa Dia lebih hebat dari semua tu..

walau apapun aku bersyukur, ujian ini akhirnya memberi seribu kebaikan pada aku. kalau dulu aku naif, takde kesedaran sepenuhnya tentang semua ni. tapi jangan salah faham. bukannya dulu aku tak percaya pada kematian dsbg.. tapi tiada inisiatif untuk membuat bekalan ke alam barzakh. dulu aku banyak leka..

aku sangat bersyukur kerana Allah masih memberi peluang untuk aku menebus kesilapan-kesilapan lalu. aku sangat bersyukur.. inilah hadiah ramadhan yang paling bermakna untuk aku.. moga Allah panjangkan umur ku, moga ada masa untuk aku menebus dosa-dosa lalu.

Allahuakbar..

No comments: