Saturday, August 7, 2010

macho guy

pendapat saya tentang macho guy. ada orang kata, kalau lelaki mengalah / selalu meminta maaf, dia tak kelihatan macho lagi. it makes me think twice. why ha? bagi saya, mengalah / meminta maaf tak menunjukkan langsung bahawa lelaki tersebut tidak macho. tidak sama sekali. lagi-lagi kalau lelaki tersebut mengalah dengan wanita, especially dengan his wife or girlfriend.

memang tak salah mengalah / meminta maaf jikalau kita betul-betul buat salah. kalau lelaki bersikap begitu, bagi saya, sangat lah gentleman. but the other way round if he isn't. lelaki nampak sangat menjengkelkan kalau ego. yes, sangat menjengkelkan. disgusting. saya sangat tak bole blah ngan lelaki yang ego. dan sebab itulah, kriteria utama saya memilih lelaki, bukan pada paras rupanya, hartanya, keturunannya atau ciri-ciri fizikal lain, tetapi pada sikap humble nya.

sikap rendah diri seseorang lelaki sangat meruntunkan hati saya. betapa tinggi nilai mereka di mata ini. sekeras-keras hati saya boleh melt tiba-tiba dengan lelaki sebegini.

ada orang kata, lelaki macho jika berparas kacak, berbadan tegap, berahang kukuh dll. dan ada sesetengah lelaki menganggap macho itu boleh diukur dengan cakapnya yang besar itu. tetapi bagi saya, lelaki macho adalah lelaki yang mampu memberi layanan sebaiknya pada kaum yang lemah iaitu wanita.

bayangkan, seorang lelaki yang pada asasnya memang dijadikan sebagai kaum yang gagah, kuat berbanding wanita. tetapi apabila berhadapan dengan wanita, dia melayan wanita dengan sifat yang berhemah, lemah lembut. itu bukan senang, sangat sukar! tetapi apabila seseorang lelaki mampu berbuat begitu, dia sangatlah macho. susah betul nak cari lelaki macam tu zaman sekarang ni.

sekian saja pendapat saya untuk kali ini.

p.s tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

No comments: