Thursday, August 5, 2010

sudah jatuh ditimpa tangga...

Taktau apa salah yang aku dah buat. Malang sungguh nasib aku. Pada hari tu aku diduga dengan hebat sekali.

That time pukul 9 pagi. Aku bertolak ke Kota Bharu untuk menghadiri sesi temuduga pada keesokan harinya. Pada waktu tu memang hati aku dah rasa berat sangat nak keluar. Bcoz mak aku tiba-tiba marah sebab aku tak ikut plan dia untuk bertolak awal pagi (lepas Subuh). Aku sebenarnya bukan nak bertolak lewat sangat. Cuma minta ditangguh untuk bertolak pada pukul 8. Tapi mak aku tak boleh terima cadangan aku. Aku ada alasan untuk itu. Kerana lewat malam semalam aku terpaksa menghantar sepupu aku ke Terminal Bas hingga pukul 1 pagi. Lepas balik tu, aku nak iron baju lagi, nak surf internet cari maklumat yang tertinggal lagi… Dan aku yang kena driving ke KT sebelum jemput tunang aku kat sana. But why didn’t she understand?

Pagi tu muka mak aku masam. Dia tak bagi kerjasama dan cuba memahami aku langsung. Aku pun taktau nak buat macam mana. Setiap kali mesti aku dilayan sebegini rupa. Aku sedar siapa aku…

I asked her, nak pergi ke KB tak? She’s answered, up to u. Then aku terus bersiap-siap and mintak dia bersiap jugak.

Lepas beberapa kilometer bertolak, kami ke pump minyak untuk isi minyak. Tut tut noticed that there are leakage at the oil tank. Aku dah nervous. Called my big bro. As he wants to check the tank, he asked us to go to his house. He offered us his car, but I refused. Lepas check, dia kata cuma ada kebocoran kecil pada bahagian atas saluran tangki minyak. “jangan isi minyak penuh”…

Aku decided nak pegi KB dengan kereta sendiri jer. Lagipun takde masalah besar pun. Cuma kena hati-hati lah. Jangan ada yang buang putung rokok sudah. Kalau ada, bayangkanlah. Percikan api + petrol. Memang risiko sikit. Tapi aku buat-buat berani. Tawakal ajelah. Sampai pertengahan jalan, sedar, HP aku tertinggal. Kena patah balik. Mak dah mengeleng-ngeleng kepala. “macam berat je ni…”

My big brother pun berat nak lepaskan aku pergi haritu. Tapi dia diam je. Aku pulak cuba buat-buat positive. Konon benda tu biasa aje. Kalau makin difikir, mungkin jadi makin teruk. 2 and half hours later, aku selamat tiba di marang. Waited for my fiancĂ©. Dia ada di bandar marang, menziarahi kematian kawan dia. After that, dia jemput aku di suatu tempat, untuk pegi ke rumah dia dulu. “sayang boleh ke driving? bagi abang drive la. kawan abang ada, boleh bawak balik kereta abang..” “takpelah, ena drive sendiri je..” “betul ke ni? sayang boleh ke drive sendiri? sayang kan tak biasa jalan ni…” “takpe… jom lah”

Aku pun follow kereta tunang aku. Dari jauh aku nampak ada orang tengah menghalau lembu. Aku perlahankan kenderaan, dalam fikiran aku terlintas, lembu ni kat tepi jalan tak mungkin dia ke tengah jalan… Tunang aku dah jauh ke depan… And suddenly, lembu yang ada kat tepi jalan tu meluru ke tengah jalan!! Since aku pun tengah aware masa tu, serta merta aku tekan brek. Malangnya, bucu kiri kereta aku sempat mengenai anak lembu tu. Ia terpelanting dan berguling beberapa kali atas jalan. Aku terkejut dan tak sedar, aku menjerit sekuat hati, beberapa kali. Sedar-sedar mak aku goncang-goncang bahu aku, suruh aku mengucap. Masa tu, dalam separuh sedar aku berhenti menjerit dan menangis… Aku nampak anak lembu tersebut bangun dan lari…

Masa tu aku tak boleh buat apa-apa. Aku stop tengah-tengah jalan. Mak aku suruh aku alihkan kereta ke tepi jalan. Tapi masa tu aku tak tau nak buat macam mana. Otak aku blur. A minutes later, tunang aku sampai. Dia bukak pintu kereta dan take over the car, parking kat tepi. Lepas keluar dari kereta baru aku perasan, ramai orang mengerumuni tempat tu! Dalam keadaan kalut aku sempat tengok, tahi lembu bersepah-sepah atas jalan. Lampu kiri kereta aku pecah, bonet kemek sikit. Aku terpandang anak lembu tadi tak berjauhan dari tempat dia kena langgar. Dia berdiri, diam membatu. “kesian dia…”.. Malas nak panjang cerita, aku terus masuk kereta, tunang aku drive terus ke rumah dia. Masa tu takde benda lain yang boleh keluar dari mulut aku.. “jahatnya lembu tu…”…. “kesian kat dia… emm…”

Lepas sembang dengan parents tunang, kami mandi dan berehat. Lepas tu berangkat ke Kota Bharu dengan kereta tunang aku... Alhamdulillah perjalanan kami selamat ke destinasi. Tapi, peristiwa yang berlaku hari tu sentiasa menghantui fikiran aku. Aku lemah, hingga ke hari ini... Aku masih terganggu.. Semangat aku tiada...

No comments: