Wednesday, September 29, 2010

.spoil.

tuan-tuan dan puan-puan,

pertama sekali saya ingin katakan, saya sedih sangat! saya nak mengadu pada anda sekalian. semoga sudi mendengar (membaca).

tadi saya pegi pick up kad kahwin saya. katanya akan siap pada pukul 5. punctual lah saya ni. pukul 5 tepat dah tercegat kat muka pintu kedai.

"kad tak siap lagi la dik. boleh tunggu kejap lagi?"

baiklah. masa tu mak dan pia pun ada sekali. tak lama kemudian akak tu keluar, bawak sebundle kad kahwin.

"ada sikit lagi tak siap, tunggu kejap lagi yer"

saya pun bukak lah kad yang dah siap tu. sangat terkejut lah saya tengok, writing atas kad tu berwarna hitam! sedangkan mengikut perjanjian saya nak writing dibuat dalam warna coklat! spoil! saya kecewa sangat. saya pandang je kad tu. sedih. makin pandang, makin lama buat saya makin benci. bayangkan, kad berwarna gold, tulisan hitam. macam badut! tak kena langsung!

tak tahan. saya berlari keluar kedai, masuk kereta bukak aircond. terus call si tunang. nasib baik dia angkat. belum sempat cakap lagi air mata saya dah jatuh berguguran. taktau nape sedih sangat tadi. sampai hati mereka buat kad saya macam tu.. (kalo korang tengok pun mesti cakap HODOH)

"abg, kad ena tak cantik. hodoh sangat. ena tak suka kad tu" (sambil menangis tak tertahan lagi..)

bla bla bla... macam-macam jalan yang diberi si tunang. "abg la ni yang pegi bayar habis tu kenapa? duit dah tak bole ambil balik. kalo abg bayar separuh haritu kan senang"

si tunang pulak yang dipersalahkan..

"ok lah. syg tempah kad lain, yang lagi cantik kat tempat lain. balik nanti abg bagi duit.."

dengar macam tu barulah lega sikit. aku pun sapu air mata, masuk balik dalam kedai. ketidakpuasan masih ada dalam hati.

"akak, saya taknak kad ni. saya tak suka. saya benci tengok kad ni"

tanpa berfikir panjang aku keluarkan ayat macam tu. mak aku ada kat situ. macam biasalah. dia stress gila dengan keadaan macam tu. aku dah agak, kalo mak ikut apa-apa akan jadi lebih serius. huh.

"ambik je kad tu. orang dah buat nak buat macam mana"

aku pun terus capai kad yang ada. angkat kaki nak blah. ape benda yang akak tu cakap aku dah malas nak dengar. sampai rumah barula pia bagitau, kad ada yang tak siap lagi. aku dah malas nak mengadap muka orang kedai tu. aku benci.

dalam kete banyak aku kena bebel ngan mak aku. dia mengungkit semua benda yang takde kaitan pun. padan muka aku. tension lagi.

gambar kad nanti aku upload. sekarang sakit kepala sangat. berdenyut-denyut. aku kena rehat dulu.

tengok artwork..

hari ni pegi tengok art work kad kahwin saya. mula-mula pegi dia kata tak siap lagi. pegi 2nd time baru leh tengok macam mana rupa kerja akak-akak artist ni :)

banyak correction yang dibuat.
1. nama ibu. dorang tulis 'nama mak dan keluarga' sedangkan mak saya taknak letak 'dan keluarga' itu. dia nak nama dia sorang je sebab katanya, mana ada keluarga pun. haihs.
2. kat depan kad tulis 'majlis kesyukuran' tapi kat belakang tulis 'lokasi majlis perkahwinan'. kena buat correction ye kak.
3. terengganu darul makmur? aiks? sejak bila ia bertukar? correction kak...
4. aturcara majlis : bukan 11 pagi - 4 petang.. correction!

tapi saya lupa... T_T

nak bagitau dia saya tak suka art untuk kad kahwin poket saya :(

sebok sangat buat correction untuk kesalahan tatabahasa, lupa nak bagitau pasal art tu. sampai rumah baru teringat. tak khusyuk solat saya tadi tau. asyik terfikir pasal tu. terkilan :(

saya nak dia buat frame je untuk kad tu. tak perlu corak bunga-bunga (kalo ada bunga swirl saya suke je tapi ni bunga lain).. saya tak suke tak suke corak macam itu. keciwa. upset! ;(

baiklah. lupakan kesedihan kejap. sebab ada kesukaan disebaliknya. diberitahu oleh mereka bahawa bunting (pronounce btul-btul please!) saya sudah siap! bunting itu actually free saje, gift dari tauke kedai sebab beli kad lebih rm400. hikhik. slow-slow bukak gulongan bunting tersebut, suspen. jeng3..

cantik! :) saya suka.. bagi saya comel..

nak tau sebab apa? mula-mula saya terfikir jugak, apa yang membuatkan bunting ini cantik sebenarnya? adakan sebab colournya? atau sebab bunganya? lepas tilik lama-lama, barulah saya terperasan...

..rupanya disebabkan oleh muka 'sangat gembira' tunang saya! gambar dia kat bunting tu betul-betul menunjukkan keceriaan, keikhlasan, keexcitedan, kegirangan, kesukaan dan macam-macam ke- lagi lah! hehe. happy betul dia yer dalam gambar tu. actually gambar tu adalah gambar yang di snap semasa pertunangan kami. malu-malu kucing lagi dia dengan saya masa tu. bergambar pun jauh-jauh. cuma dalam bunting tu je gambar kami di crop dan dirapatkan...

...lalu cepat-cepat snap pic itu. tak sabar nak mms pada si dia. harap dia suke!

hm. memang dia suke sangat pon! siap tunjuk kat kawan-kawan lagi. hehe..

esok kad siap. lewat petang baru pegi ambil. malam boleh la saya publish kat sini yer. hopefully takde kesilapan lagi. cuaknye! saya tak suka if kad ada correction pakai pen ke ape. harap-harap semua ok. tak sabar tunggu esok! :)

Sunday, September 26, 2010

jalan-jalan

hari ni dating dengan my cuzen, wawa. motif keluar hari ni sebenarnya adalah untuk mencari LINGERIE as a present for my best friend wedding. hikhik. kantoi aku nak bagi lingerie. hopefully my best friend tuh busy and tak sempat baca blog ini. hopefully. :)

duk pilih-pilih. cik wawa kita pulak yang terlebih excited. she bought 2 pairs of lingerie tadi. sedangkan aku beli 1 pair je. memang rambang mata masa pilih-pilih tadi. semua cantik-cantik belaka. aku pulak kena pilih betul-betul sebab nak kasi hadiah kat orang. kalo sendiri punya takdela heran sangat kan. kalo orang punya kena pilih yang terbaik takut nanti si penerima tak suka pulak. hehe.

but i am sure my friend will fall in love with the lingerie that i bought for her. and surely her husband love it too :) comel.. pink + black in colour. satu set dengan g-string lagi! hahaha.

after that, we went to sri mahligai boutique. nak alter balik colour flower untuk my pelamin. then discuss and perkemas sikit-sikit pasal booked tu hari. before we getting off, sempat lagi aku dengan wawa booked tarikh untuk spa. 28 oct. apa kau ingat pengantin baru je nak kena spa? pengantin lama pun nak jugak tau! hehe. tekak pun dah haus then we moved to panorama cafe minum-minum dan sembang-sembang. about 5.30 pm we dismissed.

that's all the story for today. besides a little bit unsatisfaction heard from my mother. aduh. pening kepala ini. adakah aku yang bersalah?

Friday, September 24, 2010

Hantaran

Today nak story manyak-manyak pasal HANTARAN. macam aku bagitau sebelum ni. persiapan hantaran dah almost done. 95% barang dah dibeli. hantaran simple je tak buat vogue pun. ala kadar, save bajet sikit. hehe. berikut adalah senarai hantaran* yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

To Him:
1. Sireh junjung akan dibuat pada saat akhir
2. Cupcakes akan ditempah pada saat akhir
3. Buah-buahan akan dibuat pada saat akhir
4. Al-quran & Rehal dah beli
5. Jam dah beli
6. Kasut belum beli lagi. si dia nak beli sendiri katanya..
7. Perfume dah beli
8. Kemeja & Jeans kemeja belum beli lagi. tak jumpa warna yang sesuai. susah betul nak cari...
9. Towel dah beli
10. Kain pelikat & Coklat kain pelikat dah beli. coklat tak boleh beli awal2 nanti cairr
11. Cincin belum beli lagi

To Her opps. To Me la.. hehe
1. Sireh junjung akan dibuat last minute
2. Kek akan ditempah kemudian
3. Buah-buahan akan dibuat last minute jugak
4. Wang hantaran dah ada ke belum bang? hehe..
5. Rantai, loket & Jam semua dah beli.. kenapa rantai? ada cerita disebaliknya.. hehe
6. Hangbag & Kasut handbag dah beli, kasut belum jumpa yang sesuai..
7. Perfume dah beli
8. Kain sutera dah beli
9. Al-quran tak pasti si dia dah beli ke belum..

since my fiance ada kenalan rapat yang bekerja di bahagian kraftangan, so dia serahkan bulat-bulat kerja menggubah ni pada kenalan dia tu. tema untuk hantaran kami adalah SONGKET. hampir keseluruhan hantaran digubah di dalam kotak songket yang dibuat khas untuk kami. aku pun tak sure macam mana rupa kotak songket tersebut, cuma dapat sedikit gambaran je dari my fiance. Insyaallah minggu depan aku ke Kuala Terengganu dan jumpa sendiri dengan pihak yang nak menggubah tu. boleh discuss sikit-sikit.

setelah berbincang kami dah sepakat nak menggunakan tema GOLD untuk hantaran aku pada si dia. dan GREY/SILVER untuk hantaran si dia pada aku. untuk pengetahuan korang, semua warna tu adalah warna favourite aku. haha. aku yang mencadangkan warna-warna tu dan my fiance setuju je. dia kan jenis tak banyak karenah. hikhik.

kenapa rantai? ada cerita sebaliknya..

20 Ogos 2010, hari aku operate biopsy kat Kuantan Medical Centre. sebelum kena toreh petang tersebut, untuk menghilangkan kegusaran di hati, aku dan fiance sempat lagi jalan-jalan kat Megamall Kuantan yang terletak bersebelahan je dengan KMC. unexpected, my fiance ajak aku masuk Tomei, kedai jewellary dalam Megamall tu. dia suruh aku pilih barang kemas yang aku nak untuk dibuat hantaran. agak suprise masa tu. terkejut sebab tak plan pun nak cari barang kemas. lastly, dia decide nak belikan aku rantai, bukan cincin, bukan gelang.
"nanti pakai rantai ni bole tutup kesan operate kat leher tu.." kata si dia sambil tersenyum kat aku.

dah dapat rantai, hati berbunga-bunga. sape yang tak gembira dapat jewellary kan.. even aku tak suka pakai jewellary tapi aku suka kalo dapat memilikinya. sikit sebanyak dapat mengubat kesedihan & kegusaran hati aku hari tu. pandai abg.. :)

sepanjang aku di wad, mak & my fiance lah yang temankan aku. mereka la yang jaga makan minum aku. masa tu bulan puasa. tak ketinggalan kak ya, abg am dan keluarga datang temankan kami berbuka puasa di wad. meriah sangat hari tu.. thank you all.. korang semua aku sayang sampai bila-bila.

ok stop sini dulu. bertemu lagi di post yang lain :)


*mungkin dipinda di saat akhir

invitation..

sejak dari lepas raya haritu tak henti-henti lagi menerima invitation wedding. 1 minggu secara average ada 3 invitation. di sini aku nak list senarai invitation yang aku dapat setakat ni.

16.9 - wedding Izy / enggagement Ayu
17.9 - wedding Alina & Nazrul / wedding *nama lupa tp kat kawasan perumahan aku ni je.
18.9 - wedding Jihan & Faizal / wedding anak Nda Pah
24.9 - reception Chris anak Aunty Theresa
25.9 - wedding Aida & Baha
1.10 - Ecah's solemnization
2.10 - wedding Ecah
9.10 - reception Ecah
15.10 - wedding Norman
23.10 - wedding Mila...
30.10 - ehem2.. ;D

sangat padat kan? esok 24hb aku kena bangun awal pagi untuk tolong-tolong prepare makanan kat umah Aunty Theresa since beliau nak buat majlis untuk tetamu-tetamu Muslim..

Tuesday, September 21, 2010

kuantan.

seharian di kuantan hari ni. dari tengah hari sampai malam. shopping barang kawen. puas hati! semua gift untuk tetamu dah dibeli. hantaran untuk si dia pun dah 95% lengkap. cuma tinggal satu barang je lagi. tu pun sebab tak cukup masa. kalau ikutkan hati nak settle semua hari ni jugak.

hari ni pegi 3 tempat saje. cukup kah? sangat cukup. walaupun tak ronda seluruh pasaraya. tu pun dah rasa kebas tumit kaki ni. nasib baik drive tak pakai tumit. kalau tak, tak balik la alamatnya.

sangat best shopping hari ni. kenapa? yang pertama, sebab mak tak buat hal. kalau mak buat hal, alamat spoil la segala-galanya. alhamdulillah. yang kedua, sebab ditemani oleh my precious pia. best jalan ngan dia. best sangat! lain kali bole ajak lagi ni.. hehe..

yang ketiga.. sebab sangat berpuas hati dengan barang yang dibeli. terutama gift untuk tetamu istimewa. sape tetamu istimewa? jawapannya anda lah.. sape lagi.. suka sangat barang-barang itu. bagi saya sangat comelll.. bagi korang taktau la macam mana kan.,

nak tau barang apa? nanti datang la masa wedding saya. hikhik. selain itu, sangat berpuas hati dengan barang hantaran yang dibeli hari ni. barang simple & murah saje tapi sangat meaningful bagi saya. barang itu bukan sekadar barang. ia disertai dengan niat yang baik, ikhlas.

secara keseluruhannya, persiapan dah hampir selesai. barang-barang yang patut dibeli, semua dah beli. kad, baju yang ditempah, gubahan hantaran, insyaallah akan siap hujung bulan ni. doakan segala-galanya berjalan lancar. amin..



Saturday, September 18, 2010

persiapan

sudah agak lama aku tak mengupdate blog. almaklum la, busy dengan persiapan kawen. ececeh.. menghitung hari, detik demi detik. kalau diikutkan perkiraan tarikh, mungkin lambat lagi kot. tapi kalo diikutkan hati, alahai.. macam lambat je. hihi.

persiapan dah almost done. eh eh. pandai je. takde 'done' sangat pun. cuma yang penting-penting tu dah settle la. borang dah submit, jurunikah dah jumpa, hantaran dah beli, pelamin dah book, cenderahati tetamu pun dah beli.. cuma ada sikit-sikit je lagi cenderahati yang belum beli. maybe akan disettlekan pada minggu ini.

dah taktau nak tulis apa. aku blur bila nak berblog sekarang. i dunno why.