Friday, September 24, 2010

Hantaran

Today nak story manyak-manyak pasal HANTARAN. macam aku bagitau sebelum ni. persiapan hantaran dah almost done. 95% barang dah dibeli. hantaran simple je tak buat vogue pun. ala kadar, save bajet sikit. hehe. berikut adalah senarai hantaran* yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

To Him:
1. Sireh junjung akan dibuat pada saat akhir
2. Cupcakes akan ditempah pada saat akhir
3. Buah-buahan akan dibuat pada saat akhir
4. Al-quran & Rehal dah beli
5. Jam dah beli
6. Kasut belum beli lagi. si dia nak beli sendiri katanya..
7. Perfume dah beli
8. Kemeja & Jeans kemeja belum beli lagi. tak jumpa warna yang sesuai. susah betul nak cari...
9. Towel dah beli
10. Kain pelikat & Coklat kain pelikat dah beli. coklat tak boleh beli awal2 nanti cairr
11. Cincin belum beli lagi

To Her opps. To Me la.. hehe
1. Sireh junjung akan dibuat last minute
2. Kek akan ditempah kemudian
3. Buah-buahan akan dibuat last minute jugak
4. Wang hantaran dah ada ke belum bang? hehe..
5. Rantai, loket & Jam semua dah beli.. kenapa rantai? ada cerita disebaliknya.. hehe
6. Hangbag & Kasut handbag dah beli, kasut belum jumpa yang sesuai..
7. Perfume dah beli
8. Kain sutera dah beli
9. Al-quran tak pasti si dia dah beli ke belum..

since my fiance ada kenalan rapat yang bekerja di bahagian kraftangan, so dia serahkan bulat-bulat kerja menggubah ni pada kenalan dia tu. tema untuk hantaran kami adalah SONGKET. hampir keseluruhan hantaran digubah di dalam kotak songket yang dibuat khas untuk kami. aku pun tak sure macam mana rupa kotak songket tersebut, cuma dapat sedikit gambaran je dari my fiance. Insyaallah minggu depan aku ke Kuala Terengganu dan jumpa sendiri dengan pihak yang nak menggubah tu. boleh discuss sikit-sikit.

setelah berbincang kami dah sepakat nak menggunakan tema GOLD untuk hantaran aku pada si dia. dan GREY/SILVER untuk hantaran si dia pada aku. untuk pengetahuan korang, semua warna tu adalah warna favourite aku. haha. aku yang mencadangkan warna-warna tu dan my fiance setuju je. dia kan jenis tak banyak karenah. hikhik.

kenapa rantai? ada cerita sebaliknya..

20 Ogos 2010, hari aku operate biopsy kat Kuantan Medical Centre. sebelum kena toreh petang tersebut, untuk menghilangkan kegusaran di hati, aku dan fiance sempat lagi jalan-jalan kat Megamall Kuantan yang terletak bersebelahan je dengan KMC. unexpected, my fiance ajak aku masuk Tomei, kedai jewellary dalam Megamall tu. dia suruh aku pilih barang kemas yang aku nak untuk dibuat hantaran. agak suprise masa tu. terkejut sebab tak plan pun nak cari barang kemas. lastly, dia decide nak belikan aku rantai, bukan cincin, bukan gelang.
"nanti pakai rantai ni bole tutup kesan operate kat leher tu.." kata si dia sambil tersenyum kat aku.

dah dapat rantai, hati berbunga-bunga. sape yang tak gembira dapat jewellary kan.. even aku tak suka pakai jewellary tapi aku suka kalo dapat memilikinya. sikit sebanyak dapat mengubat kesedihan & kegusaran hati aku hari tu. pandai abg.. :)

sepanjang aku di wad, mak & my fiance lah yang temankan aku. mereka la yang jaga makan minum aku. masa tu bulan puasa. tak ketinggalan kak ya, abg am dan keluarga datang temankan kami berbuka puasa di wad. meriah sangat hari tu.. thank you all.. korang semua aku sayang sampai bila-bila.

ok stop sini dulu. bertemu lagi di post yang lain :)


*mungkin dipinda di saat akhir

No comments: