Tuesday, September 21, 2010

kuantan.

seharian di kuantan hari ni. dari tengah hari sampai malam. shopping barang kawen. puas hati! semua gift untuk tetamu dah dibeli. hantaran untuk si dia pun dah 95% lengkap. cuma tinggal satu barang je lagi. tu pun sebab tak cukup masa. kalau ikutkan hati nak settle semua hari ni jugak.

hari ni pegi 3 tempat saje. cukup kah? sangat cukup. walaupun tak ronda seluruh pasaraya. tu pun dah rasa kebas tumit kaki ni. nasib baik drive tak pakai tumit. kalau tak, tak balik la alamatnya.

sangat best shopping hari ni. kenapa? yang pertama, sebab mak tak buat hal. kalau mak buat hal, alamat spoil la segala-galanya. alhamdulillah. yang kedua, sebab ditemani oleh my precious pia. best jalan ngan dia. best sangat! lain kali bole ajak lagi ni.. hehe..

yang ketiga.. sebab sangat berpuas hati dengan barang yang dibeli. terutama gift untuk tetamu istimewa. sape tetamu istimewa? jawapannya anda lah.. sape lagi.. suka sangat barang-barang itu. bagi saya sangat comelll.. bagi korang taktau la macam mana kan.,

nak tau barang apa? nanti datang la masa wedding saya. hikhik. selain itu, sangat berpuas hati dengan barang hantaran yang dibeli hari ni. barang simple & murah saje tapi sangat meaningful bagi saya. barang itu bukan sekadar barang. ia disertai dengan niat yang baik, ikhlas.

secara keseluruhannya, persiapan dah hampir selesai. barang-barang yang patut dibeli, semua dah beli. kad, baju yang ditempah, gubahan hantaran, insyaallah akan siap hujung bulan ni. doakan segala-galanya berjalan lancar. amin..



No comments: