Wednesday, September 29, 2010

.spoil.

tuan-tuan dan puan-puan,

pertama sekali saya ingin katakan, saya sedih sangat! saya nak mengadu pada anda sekalian. semoga sudi mendengar (membaca).

tadi saya pegi pick up kad kahwin saya. katanya akan siap pada pukul 5. punctual lah saya ni. pukul 5 tepat dah tercegat kat muka pintu kedai.

"kad tak siap lagi la dik. boleh tunggu kejap lagi?"

baiklah. masa tu mak dan pia pun ada sekali. tak lama kemudian akak tu keluar, bawak sebundle kad kahwin.

"ada sikit lagi tak siap, tunggu kejap lagi yer"

saya pun bukak lah kad yang dah siap tu. sangat terkejut lah saya tengok, writing atas kad tu berwarna hitam! sedangkan mengikut perjanjian saya nak writing dibuat dalam warna coklat! spoil! saya kecewa sangat. saya pandang je kad tu. sedih. makin pandang, makin lama buat saya makin benci. bayangkan, kad berwarna gold, tulisan hitam. macam badut! tak kena langsung!

tak tahan. saya berlari keluar kedai, masuk kereta bukak aircond. terus call si tunang. nasib baik dia angkat. belum sempat cakap lagi air mata saya dah jatuh berguguran. taktau nape sedih sangat tadi. sampai hati mereka buat kad saya macam tu.. (kalo korang tengok pun mesti cakap HODOH)

"abg, kad ena tak cantik. hodoh sangat. ena tak suka kad tu" (sambil menangis tak tertahan lagi..)

bla bla bla... macam-macam jalan yang diberi si tunang. "abg la ni yang pegi bayar habis tu kenapa? duit dah tak bole ambil balik. kalo abg bayar separuh haritu kan senang"

si tunang pulak yang dipersalahkan..

"ok lah. syg tempah kad lain, yang lagi cantik kat tempat lain. balik nanti abg bagi duit.."

dengar macam tu barulah lega sikit. aku pun sapu air mata, masuk balik dalam kedai. ketidakpuasan masih ada dalam hati.

"akak, saya taknak kad ni. saya tak suka. saya benci tengok kad ni"

tanpa berfikir panjang aku keluarkan ayat macam tu. mak aku ada kat situ. macam biasalah. dia stress gila dengan keadaan macam tu. aku dah agak, kalo mak ikut apa-apa akan jadi lebih serius. huh.

"ambik je kad tu. orang dah buat nak buat macam mana"

aku pun terus capai kad yang ada. angkat kaki nak blah. ape benda yang akak tu cakap aku dah malas nak dengar. sampai rumah barula pia bagitau, kad ada yang tak siap lagi. aku dah malas nak mengadap muka orang kedai tu. aku benci.

dalam kete banyak aku kena bebel ngan mak aku. dia mengungkit semua benda yang takde kaitan pun. padan muka aku. tension lagi.

gambar kad nanti aku upload. sekarang sakit kepala sangat. berdenyut-denyut. aku kena rehat dulu.

No comments: