Wednesday, September 29, 2010

tengok artwork..

hari ni pegi tengok art work kad kahwin saya. mula-mula pegi dia kata tak siap lagi. pegi 2nd time baru leh tengok macam mana rupa kerja akak-akak artist ni :)

banyak correction yang dibuat.
1. nama ibu. dorang tulis 'nama mak dan keluarga' sedangkan mak saya taknak letak 'dan keluarga' itu. dia nak nama dia sorang je sebab katanya, mana ada keluarga pun. haihs.
2. kat depan kad tulis 'majlis kesyukuran' tapi kat belakang tulis 'lokasi majlis perkahwinan'. kena buat correction ye kak.
3. terengganu darul makmur? aiks? sejak bila ia bertukar? correction kak...
4. aturcara majlis : bukan 11 pagi - 4 petang.. correction!

tapi saya lupa... T_T

nak bagitau dia saya tak suka art untuk kad kahwin poket saya :(

sebok sangat buat correction untuk kesalahan tatabahasa, lupa nak bagitau pasal art tu. sampai rumah baru teringat. tak khusyuk solat saya tadi tau. asyik terfikir pasal tu. terkilan :(

saya nak dia buat frame je untuk kad tu. tak perlu corak bunga-bunga (kalo ada bunga swirl saya suke je tapi ni bunga lain).. saya tak suke tak suke corak macam itu. keciwa. upset! ;(

baiklah. lupakan kesedihan kejap. sebab ada kesukaan disebaliknya. diberitahu oleh mereka bahawa bunting (pronounce btul-btul please!) saya sudah siap! bunting itu actually free saje, gift dari tauke kedai sebab beli kad lebih rm400. hikhik. slow-slow bukak gulongan bunting tersebut, suspen. jeng3..

cantik! :) saya suka.. bagi saya comel..

nak tau sebab apa? mula-mula saya terfikir jugak, apa yang membuatkan bunting ini cantik sebenarnya? adakan sebab colournya? atau sebab bunganya? lepas tilik lama-lama, barulah saya terperasan...

..rupanya disebabkan oleh muka 'sangat gembira' tunang saya! gambar dia kat bunting tu betul-betul menunjukkan keceriaan, keikhlasan, keexcitedan, kegirangan, kesukaan dan macam-macam ke- lagi lah! hehe. happy betul dia yer dalam gambar tu. actually gambar tu adalah gambar yang di snap semasa pertunangan kami. malu-malu kucing lagi dia dengan saya masa tu. bergambar pun jauh-jauh. cuma dalam bunting tu je gambar kami di crop dan dirapatkan...

...lalu cepat-cepat snap pic itu. tak sabar nak mms pada si dia. harap dia suke!

hm. memang dia suke sangat pon! siap tunjuk kat kawan-kawan lagi. hehe..

esok kad siap. lewat petang baru pegi ambil. malam boleh la saya publish kat sini yer. hopefully takde kesilapan lagi. cuaknye! saya tak suka if kad ada correction pakai pen ke ape. harap-harap semua ok. tak sabar tunggu esok! :)

1 comment:

soffya cik bulan said...

dear...sabar..aku thu mu sgt upset.tp sabar ye..act aku faham perasaan mu tu...

sabar ye...(T_T)