Monday, October 18, 2010

busy weh....

busy. busy. busy.

teramatla busy minggu ni. semalam aku dah start keje kat RETI (abb. for Ranaco Education and Training Institute). mula-mula aku hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar Engineering Physics 1 & 2. tapi harini aku dapat task baru pulak. iaitu mengajar Engineering Mathematics 1. rasa macam blur je otak ni. ajar 3 subjek yang agak tough.

masuk keje sebelum 8 pagi, balik selepas 5.30 petang. letih sangat rasanya. baru 2 hari keje, mungkin aku tak bole adapt lagi dengan keadaan. cela di muka pun semakin bertambah. dah ramai orang tegur. ngeeee.... T_T

sepanjang 2 hari ni aku baru masuk 3 kelas. kelas pertama, lebihkurang 23 orang pelajar. kelas yang kedua, 47 orang pelajar! dan kelas ketiga, cuma 7 orang pelajar. dan majoriti pelajar adalah lelaki. dalam 1 kelas tu cuma ada paling ramai pun 2 orang je pompuan. lemas jugak aku berada di kalangan adik-adik jejaka ni.

apa-apa pun aku harap aku dapat laksanakan tugas dengan baik. aku akan usaha sebaik mungkin untuk mengajar student-student ku. sampai dorang paham. insyaallah.

No comments: