Saturday, October 9, 2010

cake cake cake

semalam bingung fikir pasal design & kos kek. kek wedding dan kek hantaran. semalam dah bertandang ke rumah kak jian, yang juga owner blog Halaman Cuppies. dah decide untuk tempah 3 biji kek. cuma design tak boleh nak decide lagi. dan yang paling utama, kena fikir jugak pasal kos. so, saya minta pada kak jian untuk saya balik fikir dulu tentang kos dan design kek-kek tersebut.

pasal kos..

lepas balik dari rumah kak jian semalam, saya call si tunang. nak report pasal saya dah pegi tempah kek. dan tak pasal-pasal saya merungut..

"abg la ni tempah gubahan hantaran mahal-mahal. sekarang ni sape yang nak bayar kek ena tu.."

"emm.. yang sayang pegi tempah kek tak bagitau abg dulu tu kenapa. buat lagi keje suka hati. tak bincang dengan orang dulu.."

"ala.. bincang pun bukan abg boleh tolong pun..."

"emm.. habistu berapa kos kek yang sayang dah tempah tu?"

"emmm.. lebih kurang 200 lebih sikit.."

"haa.. tu lah. entah kek yang macam mana sayang tempah tu kan. lain kali bincang dulu kalau nak buat apa-apa.. nanti pegi tukar balik. pilih kek cantik-cantik sikit. bukan selalu pun nak buat kan. budget dalam lebihkurang 300.. nanti abg bagi duit."

mood saya yang pada awalnya agak tidak baik automatik turned on. otak saya automatik jadi tenang. i love u sayang.. selalu buat ena tenang... :) so semalam saya tido sangat awal. apa yang perlu cuma fikir pasal design saje.

pasal design pulak..

hari ni soh seh soh seh saya discuss ngan kakak sambil mengadap laptop cari design kek yang cantik-cantik. untuk dibuat potong masa hari wedding dan untuk dibuat hantaran pada pihak si dia. tak mudah jugak sebenarnya nak cari design kek ni yer. apa yang saya nak adalah kepuasan. design kek semestinya sangat cantik pada pandangan mata saya.

lepas choose-choose, finally decide nak buat design macam ini..



untuk kek wedding. warna akan diubah ke white+gold+peach. dan design akan diubah sedikit.
.
.
.
.
.
dan ini...


untuk kek hantaran. cantik tak?? ;D
.
.
.
.
.
tapi.. design macam ni pun cantik jugak kan?
.
.

swirl flower gitu....


memang diakui.. pening jugak nak pilih design kek ni. apa-apa pun saya serahkan pada kak jian untuk design yang terbaik.. ini sebenarnya bukan final decision lagi. mungkin ada sedikit make over yang akan dibuat lepas ni. nanti saya update lagi pasal kek yer. pasal jenis kek dan topping dia... and so on..







No comments: