Friday, October 1, 2010

kenapa?

kenapa saya suka tunang saya?

1. sebab dia jarang menyakitkan hati saya. seriously. bukan tak pernah. tapi jaaarang sangat. kalo ada sakit pun macam kena geget semut saja. tak lebih dari itu. apa yang dia buat yang menyakitkan hati saya? yang buat saya merajuk dan akhirnya menangis-nangis pahtu ungkit semua yang takde kaitan langsung pun? biasanya adalah disebabkan..
  • dia lambat call.
  • masa saya bercakap dia khusyuk tengok tv atau tengok benda lain.
  • dia tak beri attention pada saya.
  • dia sibuk dengan kerja. (tak logik langsung)
atau dalam erti kata lain, bila saya merasakan diri ini kurang mendapat kasih sayang. hehehe. itu je la masalah kami ketika itu, ini dan entah sampai bila. tapi biasanya waktu saya memberontak tidak lama. sebab dia pandai tackle saya balik.

dia tak pernah tinggikan suara atau bercakap kasar dengan saya (walaupun kadang-kadang sebab saya marah tu tak munasabah langsung). kalau ada pun, mesti saya menangis makin kuat sampai la dia mintak maaf balik (jangan tiru macam saya).kalo saya membebel pulak, dia diam je. kalau dia diam, saya marah dan letak telefon. kurang ajar saya kan? huh. tapi dia tak pernah marah. dan tak pernah membalas. kalau dia malas layan sangat biasanya lepas panggilan terputus dia tak akan call balik. itu saja.

dan saya pulak akan call dia dan marah-marah lagi sebab tak call balik. haha. lepas tu dia minta maaf.. itu lah dia. cepat meminta maaf, mengalah. dan saya pulak, lepas bersama ngan dia ni menjadi seorang yang sangat pemaaf. itulah kami. yang sentiasa saling bermaaf-maafan. hehe.

2. respectful. saya hormat dia sebab dia hormat orang-orang di sekeliling saya. terutama saya dan mak saya. walaupun mak saya jenis cepat naik angin, tapi si dia tetap cool. penyabar betul tunang saya ni kan. agaknya sampai bila la abang bole jadi lelaki yang penyabar ni. harap-harap abang bersabar selama-lamanya. kerana ena tau, itu adalah sifat semulajadi abang.

aku pulak selalu pesan kat dia, jadila lelaki yang penyabar.sampai bila-bila. kerana sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang bersabar. tapi saya pulak jenis kurang penyabar sikit. kalau ada benda tak kena je mesti mulut pot pet pot pet macam murai. tapi syukur dia memahami.

3. suka puji. hahaha. tak boleh blah dengan statement itu. tapi itulah kenyataan. lumrah perempuan, suka dipuji. si dia pun pernah cakap kat saya, kalo nak pujuk saya or buat saya senyum senang saja. puji lah apa-apa yang ada pada saya ni. terus saya suka. haha. malu bila dia cakap macam tu. tak sangka, begitu perangai saya ye. tapi tak apalah. saya anggap benda tu normal. kerana itu adalah sifat perempuan yang normal.

4. suka manjakan saya. memang perangai saya, sometimes like a little boy, yet fully 100% woman. :) memang jenis saya yang suka merengek-rengek. kalo korang dengar memang macam nak muntah darah. serious. tapi saya bersyukur, si dia sudi melayan. kalo saya mengadu, tengah keje pun dia tetap layan saya. kalo saya nangis sebab tak puas hati apa-apa, dia akan pujuk sampai saya puas hati. sabo jela.

5. matured. bagi saya si dia adalah orang yang matang. seiring dengan usianya, memang dia wajib menjadi matang. saya ni agak tidak matang so saya suka bila si dia lebih matang dari saya. maklumla, kami bersama untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

6. humble. ya. si dia sangat merendah diri orangnya. sejuk hati saya bila bersama orang macam ini. very down to earth. si dia banyak mengajar saya untuk menjadi diri sendiri, tidak hipokrit. dan kami sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.

7. strong mentality. bagi saya dia ni sangat strong. dari segi fizikal tu taknak komen lah. tapi maksud saya sini dari segi ketahanan mental. memang susah bagi orang-orang biasa untuk tahan dengan perangai saya ni. teruk sikit. tapi setakat ni alhamdulillah. dia masih boleh bertahan.

8. berpegang kepada ajaran Islam. inilah sifat utama yang saya suka, ada pada diri dia. si dia banyak membawa kebaikan pada saya. ciri lelaki macam ni lah yang saya cari setelah saya kecundang beberapa kali dalam percintaan. dia banyak merubah corak hidup saya yang dulunya tak berapa nak bagus.

9. peramah. mula-mula saya kenal dia sampai la sekarang. memang saya akui sangat-sangat bahawa dia adalah seorang yang sangat peramah. tengok aje la hubungan dia dengan keluarga dan kawan-kawan saya. sangat baik walaupun baru saja kenal.


saya pernah dengar orang kata, masa tak dapat lagi memang semuanya baik belaka. nanti dah lama-lama mesti segalanya pudar. mungkin benar mungkin tidak. tapi saya percaya, jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan Allah s.w.t. saya akan berusaha setiap masa untuk menjaga hubungan ini agar ikatan hati kami sentiasa mekar ke akhir hayat. amin..

3 comments:

Anonymous said...

bagus2 :-)
sm0ga bahagia ke akhir hayat :-)

iZNie said...

..semoga hubungan korang kekal..
..aina knl yna lg x..??
..kwn skolah rendah dlu..

arianna alhaddad said...

hehe.. mesti la kenal... dah lama lost contact kan. yna ape citer skrg? :)