Wednesday, November 17, 2010

update!

assalamualaikum..

dah lama sangat rasanya saya tak update blog ini. sejak awal keje, sampaila dah brenti keje, busy pulak dengan persiapan kahwin. memang takde masa yang sesuai untuk update blog. dan oleh kerana malam ini ada kelapangan, since my husband dah balik kampung dia petang tadi, saya ambil kesempatan ni untuk update blog kesayangan saya ni.

tak tau nak mula dari mana. banyak cerita yang nak dikongsi bersama. baiklah. saya mulakan dengan announcement. hari sabtu ini, 20 nov 2010 adalah hari majlis reception pihak husband saya. so bagi sesape yang ada kelapangan, jemputla datang ke majlis tu yer. kalau nak alamat, sila request. tq :)

dan pada 22 nov 2010 pula saya perlu ke KL untuk sesi taklimat bersama JPN. untuk pengetahuan kawan-kawan, saya berjaya mendapat posting di Kuala Lumpur. tapi taktau lagi sekolah mana. akan diberitahu masa sesi taklimat nanti. hopefully saya ditempatkan di sekolah yang baik-baik saja. baik dari segi lokasi, pentadbiran, pelajar-pelajar dll..

selepas sesi taklimat tu, perhaps, ada orientasi pulak kat sekolah tempat saya bakal mengajar nanti. tak pasti berapa lama orientasi tu. dengar rumors mengatakan ada sekolah buat orientasi sampai 2 minggu. mak aii.. lamanya.. saya fikir bukan masalah dari segi kemalasan (biasanya menjadi masalah utama dalam apa jua hal). tetapi dari segi penginapan. mana la saya nak menginap sepanjang 2 minggu tu. nak sewa hotel, mahal sangat. oleh itu saya berharap pihak sekolah mempertimbangkan masalah yang akan dihadapi oleh bakal guru nanti.

apa perasaan saya dapat posting kat KL? macam-macam yang saya rasa. tapi yang paling utama adalah rasa syukur yang tak terhingga pada Allah swt kerana akhirnya dapat jugak saya penempatan untuk mengajar ni. setelah menunggu sekian lama. actly saya suka menunggu, tapi saya tak suka bila ramai orang asyik tanya-tanya bila saya dapat keje. saya memang happy je duduk rumah jadi surirumah. tapi bila ramai sangat orang tanya-tanya saya jadi tak selesa. hekhek.

yang kedua, syukur juga sebab tak di 'post' ke sabah atau sarawak. bukan saya tak suka negeri-negeri tersebut, jangan salah faham. tetapi memikirkan keadaan saya yang dah berkeluarga, macam berat je nak pegi keje jauh-jauh. tinggal suami, tinggal anak-anak. ops. sasul pulak. anak takde lagi yer. hahaha... baiklah. dan KL dikira ok jaraknya dengan kampung halaman saya dan suami berbanding kedah, johor.. dan bidang kerja suami saya pula kadang-kadang memerlukan beliau ke KL jugak. so takde masalah la.

yang ketiga, wisao. saya tak suka keadaan yang sesak. saya kurang suka kehidupan di bandar. dah la kos hidup tinggi, jalan pulak asyik jem je. saya sangat tak suka. saya asyik terfikir je, boleh ke saya survive nanti? dah pelajar-pelajar di kawasan bandar ni.. agak menakutkan saya. huh. hopefully saya diberi kekuatan untuk memikul tugas sebagai guru kelak.

yang keempat, kalau jalan jem maknanya saya kena bersiap awal-awal. 6 pagi dah kena keluar rumah untuk ke tempat kerja. dan maknanya pukul 5 pagi saya dah kena bangun dari tido. nak mandi pulak, sejuknyaa... tak biasa lah i. tapi.... takpelah. i cuba.. mungkin kalo memikirkan duit gaji saya akan lebih bersemangat untuk bangun awal pagi. mana tau kan..

yang kelima, wisao jugak. takut dapat posting sorang-sorang je kat sekolah tu. takde geng. susah woo.. macam mana saya nak cari rumah sewa. duduk sorang-sorang kos lagi tinggi. dan takut jugak. dan macam mana nak survive sorang-sorang sebagai guru baru kat sekolah tersebut. takutnyerrr... ;( harap-harap saya dapat la geng kat sana nanti. amin...

k. k. k... cukupla update untuk hari ni. saya ni tak bole ngadap laptop lama-lama sekarang ni. rasa sakit mata. kalau tak tido jap lagi saya update sikit sebanyak pasal wedding saya pulak yer. good night :)


No comments: