Tuesday, February 15, 2011

15 weeks pregnancy...

tak sangka. sekejap je masa berlalu. kandungan aku dah pun berusia 15 minggu. tak lama lagi masuk la bulan ke-4..

happy ada, risau pun ada. risau sebab aku selalu sangat murung. takut jejaskan kandungan aku nanti. anyway, aku tau, baby aku kuat. dan aku harap dia terus kuat bersama dengan aku sampaila tiba masa dia dilahirkan nanti..

sepanjang kehamilan ni banyak yang aku lalui. yang paling ketara sekali, alahan. sejak bulan pertama sampaila hari ni. kadang-kadang teruk sangat sampai nak bangun pun susah. kadang-kadang ada masa ok. alhamdulillah. loya, muntah, pening, sakit perut, dan benda yang paling aku tak tahan... letih... letih sangat, tak pernah aku jadi macam ni. buat kerja sikit, mengah. jalan laju-laju sikit, mengah.

dah la nak makan pun susah. sepanjang hamil ni aku cuma selesa nak telan makanan yang lembut-lembut je. nestum, yogurt, bubur nasi.. biskut pun okey. asalkan biskut jagung. nasi? susah.. kalau dipaksa lain pulak jadinya. kalau orang memasak pulak, aku la yang susah. loyaaa.. bau minyak, cili, ikan... ayooo.. macam nak membunuh je. pernah aku rasa sampai nak menangis bila terbau orang memasak kat dapur. huh.. begini rupanya orang mengandung yer..

2,3 hari ni loya dan muntah aku dah berkurangan sikit. tapi selera nak makan masih takde lagi. aku tengah duk fikir macam mana la nak solve masalah aku sekarang ni. oh tuhan, berilah aku kekuatan!!...

15022011

berat hati nak lepaskan dia pergi. tapi apakan daya. dia pun ada banyak keje yang nak diselesaikan. hampir 3 minggu dia tak keje sebab temankan n jaga aku yang tak berapa nak sihat ni.

"ena hargai segala pengorbanan abang. apa yang abang buat pada ena, tak terbalas dengan kata-kata. abang la lelaki terbaik yang pernah ena kenal. tiada yang terbaik selain dirimu sayang.. abang korbankan segala-galanya untuk ena. ena sedar semua tu.. dan ena akan cuba sedaya upaya untuk jaga hubungan kita. ena akan kuat untuk menempuh hari-hari mendatang.. segala-galanya hanya untuk abang..."