Friday, March 25, 2011

25032011

aku tulis blog = suami balik kampung / suami tiada di sebelah.

haa tu la yang aku nak sampaikan sebenarnya. aku hanya bukak blog ketika ketiadaan suami sahaja. kalo dia ada, haram aku nak bukak. baik aku duduk relaks-relaks bawah ketiak si suami je. lagi best. hehe.

kandungan dah nak masuk 22 minggu. dah scan gender. suprise! nanti tak susah la nak shopping barang baby since dah tau gender kan. aku pun masih teraba-raba ni. barang ape yang patut aku beli. baju, seluar tu dah memang wajib. botoi susu, napkin... ape lagi yer? anyway, aku ada masa sebulan lagi untuk list barang-barang keperluan baby ni. coz bajet nak shopping bulan depan je.

bulan ni maybe sibuk nak berpindah rumah. suami dah carikan rumah sewa baru untuk kami di sekitar ukay perdana. maybe awal or pertengahan bulan 4 boleh masuk rumah tu. harap-harap sangat jadilah yer encik tuan rumah. jangan cancel last-last minit sudah. teraba-raba lagi aku dan suami nak cari rumah lain nanti.

buat masa sekarang ni pun sangat sibuk nak tanda buku budak-budak ni. maklumla, minggu depan PK nak collect. kalo tak, takdenya aku nak rush-rush kutip buku dorang ni. dah la susah nak submit. latihan dorang pulak, mak aii... berterabur lah kalo kelas-kelas hujung sikit tu. kelas-kelas depan ni senang je nak tanda. tulisan dan susun atur kemas je. takdela pening sangat. masalah kat kelas-kelas belakang ni. haihs. bila la mereka nak berubah yer.

aku bukan taknak bertegas dengan dorang ni. tapi dah tak larat sangat dah. aku jerit kuat-kuat pun buat sakit perut aku je. telinga dorang tak lut langsung setakat dengar suara aku ni. so, ape patut aku buat nak bagi dorang ni berdisiplin sikit? bukan untuk masa depan aku pun. untuk masa depan dorang jugak. tapi susahla budak-budak nii.... huh...

ehem.. agak sedih minggu ni sebab takbole balik kampung. ada kursus LDP esok yang wajib dihadiri. 7.30 am - 12.30 pm. baiklah. banyak kerja lagi yang nak dibuat. better aku off dulu. salam 1 malaysia :)