Thursday, April 28, 2011

motivasi kendiri

bila kita dilanda masalah, kita takkan sedar bahawa itu hanyalah satu ujian daripada Allah untuk hambanya. pasti ada hikmah di sebalik ujian tersebut.

namun, bila datang pelangi selepas itu, barulah kita akan menyesal dengan rungutan-rungutan kita sebelum itu. ternyata, di sebalik kesukaran yang kita lalui, akhirnya akan dihadiahkan satu pelangi yang indah, berkat kesabaran kita selama ini.

tidak semua orang dapat bersabar dalam situasi-situasi yang sukar dalam hidup mereka. aku sendiri mengakui ke atas diri aku sendiri. semasa kita senang, mungkin kita boleh mengeluarkan ayat seperti.. "bersabarlah.."... "bertenanglah..."

tapi bila kita sendiri menghadapi kesukaran tersebut, nauzubillah. sukar rasanya hendak bersabar. sukar untuk menahan diri daripada merungut dan mengeluh. "kenapa susah sangat hidup aku ini berbanding orang lain?"

tu lah persoalan utama yang biasanya timbul di dalam benak fikiran kita yang separa waras masa tu. mungkin kita sudah lupa akan nikmat Allah yang selama ni mencurah-curah dalam hidup kita. nauzubillah.

di sini, sangat pentingnya seorang kawan. yang dapat membimbing dan sentiasa mengingatkan kawan yang lain ketika mereka sedang menghadapi hari-hari yang sukar. kawan ibarat dahan untuk kita berpaut, sama ada semasa bermain, ataupun semasa ingin menyelamatkan diri. tanpa kawan yang baik, pegangan kita mungkin akan terpesong dan terpesong hingga ke akhirnya.

aku berdoa agar diberikan seorang kawan yang sudi mengingatkan aku ketika sukar. kerana aku sendiri rapuh, untuk berdiri di atas kaki sendiri...

Monday, April 25, 2011

buat baik berpada-pada.buat jahat jangan sekali.

tak salah nak berbuat baik. tapi biarlah kena pada tempatnya..

bagi aku, bila aku berbuat baik, berbudi pada orang, aku tak pernah mintak balasan dari orang tu. cukuplah dia ingat, dan appreciate apa yang aku dah buat. maksud appreciate aku di sini bukanlah nak suruh dia berterima kasih tak henti-henti or menjunjung kasih tuanku ke apa kat aku. tapi cukupla kalau dia memahami situasi bila aku tak dapat tolong dia untuk sekali dua.

apa perasaan korang bila sekali korang tak dapat tolong seseorang tu, dia terus cakap belakang bahawasanya yang anda ini tidak boleh diharap or something else yang sewaktu dengannya? rasa macam kena backstabbed je kan?

salah ke kalau dia memahami situasi kawan dia yang memang tak dapat nak tolong dia tu? tak perlulah nak tikam-tikam belakang, burukkan kawan dia pulak. sedangkan semua orang pun tahu dan nampak apa yang dah masing-masing buat. tak cakap pun semua orang dah tahu. tak perlu nak tambah cerita, buruk-burukkan keadaan. kerana akhirnya, akan memalukan diri sendiri.

dan aku pun tak berniat nak sakitkan hati orang lebih-lebih. cukupla kalau dia sudi bermuhasabah diri. sama jugak macam aku. kalau boleh, sentiasa nak muhasabah diri. terima segala qada' dan qadar. ketentuan pada diri kita. mungkin kita tak sedar apa salah dan silap kita. tapi if u feel something is going wrong or apa, cepat-cepat la muhasabah diri. renung balik apa yang kita dah buat pada orang.

aku sendiri pun tahu, aku banyak menyusahkan org, mengguris hati orang, so maafkanlah aku seadanya. and if u understand, preggy woman will be as twice as sensitive than u. that was a human nature. kalau tak dapat accept jugak, up to u. as long as u happy. i pun happy :)

*sorry doesn't seems to be the hardest word... if u're realize that u're just a human..*

Sunday, April 24, 2011

24042011

kandungan dah masuk 25w4d. sekejap je rasanya. tak sabar nak tunggu baby boy ni lahir ke dunia. haritu masa gi scan, mummy dah dapat tengok sikit-sikit wajah baby boy kesayangan mummy ni. siap boleh menguap lagi. mengantuk betul baby boy petang tu yer. sampai doc n nurse pun tergelak-gelak. pandai baby boy ni acting masa orang tengah capture gambar dia. citer kat ur daddy, ur daddy pun jelous sebab tak bole tengok. haha.

berat mummy dah cecah 56.6 kg. tak pernah-pernah capai berat sebegini sebelum ni. hehe. sekarang ni kuat betul baby boy kicking perut mummy. kadang-kadang sampai mummy tak bole tido sebab kegelian. haha. ralit tengok perut mummy gerak-gerak sekarang ni. macam amazing je :)

thank u baby boy. u make me stronger than ever. semoga baby boy sentiasa sihat dan sejahtera di dalam perut mummy :)

Saturday, April 23, 2011

coretan si buyung..

dalam hidup ni, aku cuma inginkan seorang lelaki yang mencintai aku sepenuh hatinya. yang meletakkan hanya akulah wanita di dalam hidupnya. i just want to be Number One and Only. dan dengan itu, lelaki itulah jugalah yang menjadi The One and Only di dalam hidup aku sampai mati.

aku adalah wanita yang sensitif, manja, ego dan bermacam-macam lagi, semuanya tidak bertempat. tetapi di sebalik kekurangan-kekurangan itu, terselit juga kelebihan yang aku fikir tiada di dalam diri wanita lain.

siapa-siapa yang pernah mendampingi aku akan tahu, aku jenis wanita yang kepingin attention too much. so, if u can give it to me, i will be with u. cara aku cakap ni macam orang single la pulak. haha. padahal aku ni adalah mak buyung yang bakal menjadi mother tak lama lagi.

my hubs? he really care bout me. pernah jugak sometimes dia gimme lack of attention. and i, frankly spoke to him that i need his attention a lot. i mean, as twice as usual. alhamdulillah, dia ok and change at sudden. i hope dia akan berterusan begitu. dan kalau dia lupa lagi, i will remind dia lagi. again and again.

aku ni memang jenis berterus terang. bukan dengan my hubs je. dengan bf dulu-dulu pun macam tu. aku fikir, bila aku sayang seseorang, aku berhak terima apa yang patut aku terima. dan aku berterus terang. even kadang-kadang cara aku nak berterus terang tu agak tak sesuai sikit. then, terpulang pada individu. kalau dia sayang aku, dia akan buat apa yang aku nak. kalau tak sayang so tak payah buat dan i will say good bye. hehe.

muka tak malu jugak aku ni. selalu mintak perhatian lebih-lebih. macamla princess. haha. tapi takpe. dengan suami takpe okey. lagipun suami takde lagi ejek-ejek pasal perangai aku ni. kalau ada sure aku akan punch his face again. macam pernah punch je sebelum ni? yup pernah je. aku kan jenis tangan laju.

tapi takpelah, aku tahu dia sayang aku so much. so takpela kan. punch pun sebab sayang.. hehe..

Tuesday, April 19, 2011

19042011

kerana dia 'Lelaki Biasa'...

baru terbaca entry seorang saudara muslim yang aku pasti, sangat aktif berblogging. entry tu dah lama tapi baru malam ni aku berpeluang membacanya.

entry itu berkisar tentang kawan baiknya, yang bakal melangsungkan perkahwinan, pada masa itu. ditanya 'mengapa memilih calon suami itu?' jawapannya, kerana dia 'Lelaki Biasa'...

aku tertarik dengan 'sentences' itu sebab aku pun memilih mr.hubby aku ni kerana beliau adalah 'Lelaki Biasa'.. dia tak pernah menjanjikan apa-apa pada aku. melainkan, satu ayat yang kerap beliau ungkapkan.. "abang akan buat sayang bahagia.." atau kadang-kadang diubah.. "abang cuma nak tengok sayang bahagia.."..

kedengaran tidak serius dan tiada apa-apa janji di dalam ayat tersebut. tetapi, dengan apa yang telah beliau lakukan untuk aku, aku yakin, beliau memang menyimpan hasrat yang besar, iaitu membahagiakan aku. dengan apa jua cara sekalipun.. dan aku tau.. beliau pun sanggup berkorban apa saja, demi kebahagiaan aku... terima kasih sayang..


Friday, April 15, 2011

tekad~

saya tak akan update blog dengan bahagia selagi tak masuk rumah sewa baru ~~

itulah tekad saya setelah berbulan-bulan menghabiskan masa, tenaga dan wang untuk mencari rumah sewa baru. saya sangat tertekan, stress dan bermacam-macam lagi feeling yang horrible dan terrible sepanjang mencari rumah sewa ni. akhirnya, saya akui, Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Dia beri saya pelbagai ujian, akhirnya, Dia temukan saya dengan apa yang sepatutnya saya perolehi. a praise to Allah. insyaAllah, next week saya akan berpindah ke rumah baru. deposit dah bayar baru-baru ni. paling lewat pun insyaAllah awal bulan Mei saya akan move. doakan semuanya berjalan dengan lancar. amin..