Tuesday, April 19, 2011

19042011

kerana dia 'Lelaki Biasa'...

baru terbaca entry seorang saudara muslim yang aku pasti, sangat aktif berblogging. entry tu dah lama tapi baru malam ni aku berpeluang membacanya.

entry itu berkisar tentang kawan baiknya, yang bakal melangsungkan perkahwinan, pada masa itu. ditanya 'mengapa memilih calon suami itu?' jawapannya, kerana dia 'Lelaki Biasa'...

aku tertarik dengan 'sentences' itu sebab aku pun memilih mr.hubby aku ni kerana beliau adalah 'Lelaki Biasa'.. dia tak pernah menjanjikan apa-apa pada aku. melainkan, satu ayat yang kerap beliau ungkapkan.. "abang akan buat sayang bahagia.." atau kadang-kadang diubah.. "abang cuma nak tengok sayang bahagia.."..

kedengaran tidak serius dan tiada apa-apa janji di dalam ayat tersebut. tetapi, dengan apa yang telah beliau lakukan untuk aku, aku yakin, beliau memang menyimpan hasrat yang besar, iaitu membahagiakan aku. dengan apa jua cara sekalipun.. dan aku tau.. beliau pun sanggup berkorban apa saja, demi kebahagiaan aku... terima kasih sayang..


No comments: