Thursday, April 28, 2011

motivasi kendiri

bila kita dilanda masalah, kita takkan sedar bahawa itu hanyalah satu ujian daripada Allah untuk hambanya. pasti ada hikmah di sebalik ujian tersebut.

namun, bila datang pelangi selepas itu, barulah kita akan menyesal dengan rungutan-rungutan kita sebelum itu. ternyata, di sebalik kesukaran yang kita lalui, akhirnya akan dihadiahkan satu pelangi yang indah, berkat kesabaran kita selama ini.

tidak semua orang dapat bersabar dalam situasi-situasi yang sukar dalam hidup mereka. aku sendiri mengakui ke atas diri aku sendiri. semasa kita senang, mungkin kita boleh mengeluarkan ayat seperti.. "bersabarlah.."... "bertenanglah..."

tapi bila kita sendiri menghadapi kesukaran tersebut, nauzubillah. sukar rasanya hendak bersabar. sukar untuk menahan diri daripada merungut dan mengeluh. "kenapa susah sangat hidup aku ini berbanding orang lain?"

tu lah persoalan utama yang biasanya timbul di dalam benak fikiran kita yang separa waras masa tu. mungkin kita sudah lupa akan nikmat Allah yang selama ni mencurah-curah dalam hidup kita. nauzubillah.

di sini, sangat pentingnya seorang kawan. yang dapat membimbing dan sentiasa mengingatkan kawan yang lain ketika mereka sedang menghadapi hari-hari yang sukar. kawan ibarat dahan untuk kita berpaut, sama ada semasa bermain, ataupun semasa ingin menyelamatkan diri. tanpa kawan yang baik, pegangan kita mungkin akan terpesong dan terpesong hingga ke akhirnya.

aku berdoa agar diberikan seorang kawan yang sudi mengingatkan aku ketika sukar. kerana aku sendiri rapuh, untuk berdiri di atas kaki sendiri...

No comments: