Wednesday, July 13, 2011

37w1d

admitted ward lagi for 3 days. semalam discharge and got mc lagi until friday. mula-mula doc refused nak bagi mc lama-lama. tapi lepas buat ctg, doc found out that kepala baby dah ada kat bawah sangat dah dan dengan senang hatinya bagi mc 3 hari kat aku.

"kesian kat awak nak jalan pun sakit. tapi jangan risau, baby tak akan pusing lagi dah sebab kepala dia dah betul-betul berada kat jalan. saya rasa mungkin dah tak lama lagi ni. if u get hard contraction, terus datang hospital ok. suami u ada kan? balik nanti better u 'bersama' dengan suami. itu membantu u untuk lebih senang bersalin....... bla bla bla.."

haha. tak tahan dengar nasihat panjang lebar doc tu. tak pernah lagi ada doc yang pesan kat aku macam tu sebelum ni. sangat comel. haha..

now i am at 37 weeks pregnancy. omputih kata, dah 'full term' dah. maknanya, baby dah cukup matang dah boleh dilahirkan bila-bila masa dari sekarang. braxton hicks contraction pun dah makin kerap. kadang-kadang rasa macam dah tak tahan. istighfar, baca doa, barulah lega sikit..

sekarang aku tengah cuba untuk kenal pasti false or true contraction. rasanya setakat ni aku just kena false contraction je. sakit yang tak tetap.. dalam masa yang sama aku berdoa agar dipermudah dan dipercepatkan proses untuk bersalin. sapa yang tak takut nak bersalin kan. aku sendiri pun anxiety gila mengenangkan hal itu.

orang kata, nak mudah bersalin, minum minyak selusuh. tapi aku macam takut-takut lagi nak minum. yelah, suami bukan ada kat sini pun sekarang. takut apa-apa jadi masa beliau takde ni. nasib baik dapat cuti. boleh la aku duduk berehat, dalam masa yang sama boleh kurangkan tekanan pada pelvik aku. nanti if ada masa aku cerita lah apa masalah sebenar yang buat aku asyik keluar masuk hosp. tak cerita detail, nanti orang tak faham. pastu salah faham. hehe.. ok bye bye.. :)

Thursday, July 7, 2011

menunggu masa... :)

dah 36 weeks. last week pada hari yang sama aku pegi check up kat Pakar Perubatan & Sakit Puan Medina area Taman Melati tu. setelah beberapa hari survey nak g klinik mana, akhirnya situ jugak aku pilih. dah blur sangat nak g mana.. masa tu aku dah kurang upaya nak berjalan, asyik terkepit-kepit je.

pukul 9 aku pegi, 11.30 pm baru nama aku dipanggil. agak lama menunggu.. cerita semua masalah pada doc. doc kata tekanan darah aku naik, tanda-tanda yang aku tengah sakit. doc suruh ambil urin, dia kata takut terkena infection. lepas buat test urin, doc terkejut,

"urin u bersih aina. baring, doc nak check serviks u"... "emm, dah terbuka 3 cm ni. patut la doc tengok u sakit sangat. u dah kena get ready untuk bersalin ni. anytime serviks bole buka lagi. dah 4cm u kena masuk labour room. doc bagi u suntikan untuk matangkan paru-paru baby".."esok u kena datang lagi untuk ambil suntikan kedua. doc tak bagi u buat kerja. balik n take the rest"..

keesokan hari, aku pergi follow up lagi. dapat suntikan kedua. doc check bukaan lagi, katanya mengembang sedikit, 3 to 4 cm.. "doc buatkan surat, u bersalin dengan doc la kat KOHILAL. petang ni bawa semua barang n u bersalin kat sana.."

aku macam blur blur. takkan secepat ni? aku tak sedia lagi.. emm.. after a lot of thoughts, aku decide nak rujuk HKL. kat sana pun kena check bukaan lagi, doc kata "yess... 3cm.. belum 4cm lagi. anyway awak kena masuk ward. takut premature labour. awak boleh bersalin anytime dari sekarang.."

lagi la blur otak aku. nape aku rasa macam takkan bersalin je dalam masa terdekat ni? naluri aku kata macam tu. baby pun masih aktif bersuka ria dalam perut mummy dia ni.. ehmm.. aku nak berjalan, nurse tak bagi. dia takut terberanak pulak. 4 hari aku rest kat wad HKL, boring bukan main. makan, tido, baring.. no progress anymore.. bukaan still 3cm.

tiap-tiap hari aku tanya doc, nurse.. bila aku boleh keluar. kalau aku stay macam ni memang serviks aku takkan terbuka lagi. aku tau. coz terbuka 3cm ni pun sebab aku banyak jalan. kalau aku duduk-duduk rehat je takde sebab serviks nak bukak sebab, belum tiba masa lagi! pastu pada hari keempat tu, doc kata, "if takde progress lagi u boleh la balik..."

happy betul aku. doc pun check bukaan, still 3cm but jalan dah longgar. doc tetap benarkan aku balik.. "rumah u kat mana?"... "rumah saya dekat je doc.. situ je.." "ok, u boleh balik tapi kena datang lagi untuk check up.."

dalam keadaan terkepit-kepit aku gagahkan diri untuk bersiap balik. selamat sampai rumah. family dah decide nak bawak aku balik kampung..