Wednesday, July 13, 2011

37w1d

admitted ward lagi for 3 days. semalam discharge and got mc lagi until friday. mula-mula doc refused nak bagi mc lama-lama. tapi lepas buat ctg, doc found out that kepala baby dah ada kat bawah sangat dah dan dengan senang hatinya bagi mc 3 hari kat aku.

"kesian kat awak nak jalan pun sakit. tapi jangan risau, baby tak akan pusing lagi dah sebab kepala dia dah betul-betul berada kat jalan. saya rasa mungkin dah tak lama lagi ni. if u get hard contraction, terus datang hospital ok. suami u ada kan? balik nanti better u 'bersama' dengan suami. itu membantu u untuk lebih senang bersalin....... bla bla bla.."

haha. tak tahan dengar nasihat panjang lebar doc tu. tak pernah lagi ada doc yang pesan kat aku macam tu sebelum ni. sangat comel. haha..

now i am at 37 weeks pregnancy. omputih kata, dah 'full term' dah. maknanya, baby dah cukup matang dah boleh dilahirkan bila-bila masa dari sekarang. braxton hicks contraction pun dah makin kerap. kadang-kadang rasa macam dah tak tahan. istighfar, baca doa, barulah lega sikit..

sekarang aku tengah cuba untuk kenal pasti false or true contraction. rasanya setakat ni aku just kena false contraction je. sakit yang tak tetap.. dalam masa yang sama aku berdoa agar dipermudah dan dipercepatkan proses untuk bersalin. sapa yang tak takut nak bersalin kan. aku sendiri pun anxiety gila mengenangkan hal itu.

orang kata, nak mudah bersalin, minum minyak selusuh. tapi aku macam takut-takut lagi nak minum. yelah, suami bukan ada kat sini pun sekarang. takut apa-apa jadi masa beliau takde ni. nasib baik dapat cuti. boleh la aku duduk berehat, dalam masa yang sama boleh kurangkan tekanan pada pelvik aku. nanti if ada masa aku cerita lah apa masalah sebenar yang buat aku asyik keluar masuk hosp. tak cerita detail, nanti orang tak faham. pastu salah faham. hehe.. ok bye bye.. :)

No comments: