Sunday, October 2, 2011

Addicted to babies' stuff..

Just nak story-mory cerita baby. maklumla dah ada baby kan. cerita lain rasa macam tak penting lagi. apa-apa, put the baby first. hehe.. betul tak wahai kawan-kawan yang baru menimang cahaya mata? memang macam tu.. pegi mana-mana dah tak lalu tempat pakaian dewasa. mula-mula mesti tuju butik baby dulu. haha..

Masa dalam pantang hari tu rasa macam stress sangat tak dapat keluar jalan-jalan. rasa macam banyak benda yang nak dibeli tapi pergerakan terbatas. lepas je pantang terus ajak my hubby pegi shopping. alahai.. first time nak keluar shopping bawa baby. mula-mula rasa macam kelam-kabut je. berpeluh-peluh mummy nak siapkan Rayqal dan barang-barang Rayqal seperti botol susu, susu, air panas, air suam, pampers, napkin dll.. dengan mummy lagi nak bersiap-siap. syukur lah, papa Rayqal tak marah bila mummy membebel-bebel sebab tak jumpa cari barang lah tu la ni lah.. beliau pun banyak tolong mummy..

Barang mula-mula yang kami cari adalah stroller. rasa susah sangat nak jalan bawa Rayqal tanpa stroller. bukan susah apa, kesian kat Rayqal duduk atas pangku, tido atas pangku. mesti tak selesa kan?

Lepas survey beberapa tempat untuk beli stroller Rayqal, finally kami jumpa la yang betul-betul memikat hati.

First Care Baby Travel System Set.

ianya mengandungi..



Stroller.. dan



3 in 1 Baby Carrier, Car Seat and Rocker..

Kami suka travel system ni sebab lengkap. takpayah susah-susah nak cari car seat lagi sebab itu adalah benda yang kami nak cari selepas stroller.



No comments: