Wednesday, November 30, 2011

promote sikit.

ramai betul orang tegur saya chubby dan saya pun merasakan benda yang sama. bila saya tengok balik gambar-gambar lama, memang ketara betul bentuk badan saya dulu dan sekarang. gemuk.. bila saya tanya husband, dia kata tak gemuk, cuma berisi. sedap mata memandang katanya. dia suka badan saya sekarang ni.  thanks hub. nasib baik abang suka, kalau tak, tensionla ena..

tapi.. saya rasa macam takbest la body macam ni. susah saya nak kenakan semua jenis pakaian. semua pakaian lama yang fit-to-body saya takboleh pakai. so, saya decide untuk beli sepasang corset..

taraa...


Ambrace Body Shaping Bra..

Ambrace Body Shaping Girdle...

and Ambrace Body Shaping Corset...

Ambrace Body Shaping Set
 setelah mencuba set ini, seriusssss saya sukaaa sangat!! memang fix dan sesuai dengan bentuk badan saya. sebelum beli, risau jugak takut-takut tak muat ke. sebab yela, bukan senang nak beli set body shaping yang betul-betul kena dengan badan kita kan. memang berbaloi! rasa macam nak dapat 2 set lagi (tamaknyaa...!)

saya pun terus hubungi husband dan bagitau pasal benda ni. tak sabar rasanya nak tunjuk pada hub. mesti beliau suka :)




dalam kotak dia ada sertakan cara-cara untuk pakai benda-benda alah ni serta fungsi-fungsinya. cara nak jaga pun ada diberitahu :)



jalan-jalan giant

semalam keluar awal pagi. hantar che da ke kuantan untuk operate mata. dekat T.F.Wong Eye Specialist, Beserah. operation pakai laser tu ambil masa lebih kurang 45 minit untuk siap. tolak tambah ngan prosedur-prosedur lain, kira-kira 5 jam jugak la.

sesambil tunggu che da, kami keluar jejalan ke giant kuantan. mak yang nak g sana. ikutkan hati aku nak g carrefour je, nak cari pampers n susu rayqal. tapi dah mak syor nak g giant, so ke giantlah kami.




rayqal & papa

happy family. ececee...

rayqal & papa again..

again & again.. :)


hmm.. patutlah ramai mengadu dah tak larat nak dukung rayqal. g timbang 2 hari lepas, rupanya berat rayqal dah naik! rayqal 4 bulan dah 6.7kg. tinggi pulak dekat 70cm. banding masa lahir haritu, berat 3.05kg dan tinggi 50cm. satu pencapaian yang baik anak ummi! :D

rayqal 2,3 hari ni pandai buat bunyi pulak. huu haa.. huu haa.. kalau tengok sesuatu yang menarik, mesti keluar bunyi tu. rayqal pun dah pandai main napkin sorang-sorang sekarang. rayqal tarik napkin tutup muka, pastu rayqal gelak sorang-sorang. sambil kaki dub dab dub dab tendang angin. ekspresi excited kot! haha.

tapi actually tak bole biar rayqal main napkin sorang-sorang macam tu. bahaya. takut lemas nanti. so, rayqal hanya boleh main napkin bila ummi atau orang lain ada okey!

rayqal.. rayqal.. sangat adorable di mata ummi. ada je benda baru yang rayqal pamer setiap hari. ummi doakan rayqal sentiasa sihat, terus dan terus belajar. kalau rayqal nangis, ummi memang kecoh 1 kampung. bukan sebab ummi marah, tapi takut kalau-kalau rayqal sakit. ummi tak tahu.. rayqal bukannya boleh cakap lagi kan..

okeylah stop sini dulu. jam menunjukkan pukul 5.21 pagi. saya nak sambung tido sikit lagi. kejap lagi nak bangun pulak. nak g kuantan lagi hari ni, hantar che da cuci mata. goodddd morning :)

Sunday, November 27, 2011

27.11.11

1. semalam start bagi nestum sikit2 kat rayqal. campur dalam susu dia. emm menakjubkan! rayqal sukaa sangat ngan susu+nestum tu. makin banyak pulak dia isap susu semalam. a very good boy!

2. dah bayar ptptn rm200 semalam. so, jumlah yang aku bayar setakat ni adalah rm400. sikit je kan? takpela, sikit-sikit dulu, nanti ada extra money boleh la bayar lebih.

3. dah dapat surat dari CIMB mengatakan loan dah masuk dalam sijil simpanan aku. kena bayar pendahuluan dulu sikit... rm157.79. nasib baik sikit je. hehe..

4. terkilan sebab tak sempat buat rayuan pertukaran ke negeri terengganu. nampak gayanya tahun depan aku masih kena berkhidmat di KL.. boringnya duduk jauh ngan suami.. takbest2..

5. emm tahun depan sekolah aku dah jadi sekolah 1 sesi. so, tahun depan aku kena g skolah pagi2. pukul 7 mesti dah kena keluar dari rumah. harap2 tak jem sangat..


Thursday, November 24, 2011

24.11.11

dah 2 malam rayqal asyik nangis jer. orang tua-tua kata mungkin sebab nak beralih bulan. yela kan. hari ni genap la 4bulan umur si kecil ni. alhamdulillah, malam ni rayqal tido nyenyak. boleh la mummy update blog yang tandus ni.

papa rayqal pulak baru je bertolak ke kL. semoga papa selamat pergi dan balik. amin.. minggu depan baru papa balik jumpa rayqal. cian la rayqal takde geng sepanjang seminggu ni. hehe..

Saturday, November 12, 2011

rindu serindu-rindunya..

bila tengok gambar profile blog ni, rasa rindu sangat nak update blog. since saya dah bersara jadi blogger tegar, actually takde la tegar sangat pun, sejak get married and having a son, saya dah takde masa nak update blog.

teringat zaman study kat upsi dulu, suka sangat update blog. walaupun follower tak seberapa, tapi enjoy tulis blog. sebabnya..

*pertama, sebab saya tau ada orang yang baca n bagi respon pada tulisan saya. iaitu kawan-kawan rapat saya di rumah sewa dan kawan sekelas saya juga.

*kedua, sebab masa tu saya tengah 'heartbroken'. taktau kat mana nak luahkan perasaan so saya gunakan blog sebagai medan peperangan. ops. maksud saya medan untuk meluahkan problem yg overwhelmed diri saya masa tu. kalo nak tau apa masalah saya pada masa tu, silalah bukak blog saya yang satu lagi. dan carilah entry tahun 2009.

*ketiga, sebab masa tu saya ada banyak masa lebih. saya boleh online sampai subuh untuk update blog. tak macam sekarang ni, kadang-kadang je boleh online. sangat busy. busy keje, busy jadi suri rumah, busy body.. boleh dikatakan semua la busy..

*keempat, sebab dulu saya rajin. dulu saya sangat rajin online, bukak laptop, main internet sampai pagi, chatting. lagi? dah takde dah. tu je yang saya rajin. sekarang ni? saya malas. saya dah jadi seorang yang pemalas. sekarang ni saya rajin benda lain pulak. contohnya, tengok tv, buat kek, main ngan baby.. :)

ermm.. untuk makluman kawan-kawan, hari ni sekolah saya buat hi-tea dekat grand season hotel. sampai sekarang ni saya masih takdapat buat decision, nak pegi ke tak. bila tengah batuk, selsema macam ni, rasa takbest pulak nak pegi tempat macam tu. tapi kalau tak pegi, rugilah pulak. bayar mahal tu.. emm..

kalau macam tu saya stop dulu lah tulis blog ni. saya nak ambil masa, nak deep thinking sikit. patut saya pegi ke tak. baiklah. jumpa lagi. sekeping gambar untuk jamuan mata anda :



saya, husband dan anak kami, umar :)