Wednesday, November 30, 2011

jalan-jalan giant

semalam keluar awal pagi. hantar che da ke kuantan untuk operate mata. dekat T.F.Wong Eye Specialist, Beserah. operation pakai laser tu ambil masa lebih kurang 45 minit untuk siap. tolak tambah ngan prosedur-prosedur lain, kira-kira 5 jam jugak la.

sesambil tunggu che da, kami keluar jejalan ke giant kuantan. mak yang nak g sana. ikutkan hati aku nak g carrefour je, nak cari pampers n susu rayqal. tapi dah mak syor nak g giant, so ke giantlah kami.




rayqal & papa

happy family. ececee...

rayqal & papa again..

again & again.. :)


hmm.. patutlah ramai mengadu dah tak larat nak dukung rayqal. g timbang 2 hari lepas, rupanya berat rayqal dah naik! rayqal 4 bulan dah 6.7kg. tinggi pulak dekat 70cm. banding masa lahir haritu, berat 3.05kg dan tinggi 50cm. satu pencapaian yang baik anak ummi! :D

rayqal 2,3 hari ni pandai buat bunyi pulak. huu haa.. huu haa.. kalau tengok sesuatu yang menarik, mesti keluar bunyi tu. rayqal pun dah pandai main napkin sorang-sorang sekarang. rayqal tarik napkin tutup muka, pastu rayqal gelak sorang-sorang. sambil kaki dub dab dub dab tendang angin. ekspresi excited kot! haha.

tapi actually tak bole biar rayqal main napkin sorang-sorang macam tu. bahaya. takut lemas nanti. so, rayqal hanya boleh main napkin bila ummi atau orang lain ada okey!

rayqal.. rayqal.. sangat adorable di mata ummi. ada je benda baru yang rayqal pamer setiap hari. ummi doakan rayqal sentiasa sihat, terus dan terus belajar. kalau rayqal nangis, ummi memang kecoh 1 kampung. bukan sebab ummi marah, tapi takut kalau-kalau rayqal sakit. ummi tak tahu.. rayqal bukannya boleh cakap lagi kan..

okeylah stop sini dulu. jam menunjukkan pukul 5.21 pagi. saya nak sambung tido sikit lagi. kejap lagi nak bangun pulak. nak g kuantan lagi hari ni, hantar che da cuci mata. goodddd morning :)

No comments: