Saturday, November 12, 2011

rindu serindu-rindunya..

bila tengok gambar profile blog ni, rasa rindu sangat nak update blog. since saya dah bersara jadi blogger tegar, actually takde la tegar sangat pun, sejak get married and having a son, saya dah takde masa nak update blog.

teringat zaman study kat upsi dulu, suka sangat update blog. walaupun follower tak seberapa, tapi enjoy tulis blog. sebabnya..

*pertama, sebab saya tau ada orang yang baca n bagi respon pada tulisan saya. iaitu kawan-kawan rapat saya di rumah sewa dan kawan sekelas saya juga.

*kedua, sebab masa tu saya tengah 'heartbroken'. taktau kat mana nak luahkan perasaan so saya gunakan blog sebagai medan peperangan. ops. maksud saya medan untuk meluahkan problem yg overwhelmed diri saya masa tu. kalo nak tau apa masalah saya pada masa tu, silalah bukak blog saya yang satu lagi. dan carilah entry tahun 2009.

*ketiga, sebab masa tu saya ada banyak masa lebih. saya boleh online sampai subuh untuk update blog. tak macam sekarang ni, kadang-kadang je boleh online. sangat busy. busy keje, busy jadi suri rumah, busy body.. boleh dikatakan semua la busy..

*keempat, sebab dulu saya rajin. dulu saya sangat rajin online, bukak laptop, main internet sampai pagi, chatting. lagi? dah takde dah. tu je yang saya rajin. sekarang ni? saya malas. saya dah jadi seorang yang pemalas. sekarang ni saya rajin benda lain pulak. contohnya, tengok tv, buat kek, main ngan baby.. :)

ermm.. untuk makluman kawan-kawan, hari ni sekolah saya buat hi-tea dekat grand season hotel. sampai sekarang ni saya masih takdapat buat decision, nak pegi ke tak. bila tengah batuk, selsema macam ni, rasa takbest pulak nak pegi tempat macam tu. tapi kalau tak pegi, rugilah pulak. bayar mahal tu.. emm..

kalau macam tu saya stop dulu lah tulis blog ni. saya nak ambil masa, nak deep thinking sikit. patut saya pegi ke tak. baiklah. jumpa lagi. sekeping gambar untuk jamuan mata anda :



saya, husband dan anak kami, umar :)

No comments: