Wednesday, December 7, 2011

diet oh diet

berat naik selepas melahirkan? that is what happened to me.

sebelum pregnant : 53kg
sebelum melahirkan : 65kg
selepas melahirkan : 56kg

emm.. sebelum berkahwin : 48kg (maksimum)

kalau anda di tempat saya, mesti tension bukan? saya rasa sangat gemuk dengan berat sebegitu. then, saya mencuba untuk diet. bolehkah?? (+_+)

okey. di previous entry saya dah tulis satu alternatif untuk menguruskan badan. iaitu memakai corset. kali ni saya ingin berkongsi alternatif kedua saya iaitu...

less rice, more vege.. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengamalkan makan sup sayur.

.sup sayur dengan air masak.

Saturday, December 3, 2011

Kombucha Tea...

hey peeps. does anyone of u have heard about Kombucha Tea? okey.. let me tell u what is Kombucha Tea.
"Kombucha is an effervescent tea-based beverage that is often drunk for its anecdotal health benefits or medicinal purposes. Kombucha is available commercially and can be made at home by fermenting tea using a visible, solid mass of yeast and bacteria which forms the kombucha culture, often referred to as the 'mushroom' or the 'mother'." (source: wikipedia) 
untuk pengetahuan korang, Kombucha Tea adalah sejenis minuman berasaskan teh yang diminum untuk tujuan kesihatan atau perubatan. Kombucha pula adalah sejenis bakteria atau yis yang difermentasikan di dalam air teh untuk suatu tempoh tertentu. ia juga dikenali sebagai 'cendawan ajaib' bagi sesetengah orang.


antara khasiat Kombucha Tea adalah seperti berikut :

  • mengubati sembelit
  • memperbaiki sistem tubuh
  • mengurangkan paras gula bagi penghidap diabetes
  • memulihkan fungsi organ pencernaan
  • meredakan stress atau penyakit mental
  • menjadi penawar bagi racun
  • membunuh sel kanser
  • mengatasi insomnia
  • membersihkan pundi hempedu

di sesetengah negara, Kombucha dikenali sebagai 'dewa' atau penyembuh pelbagai penyakit. dan ada juga negara yang mengkomersialkan minuman ini. khasiat yang saya list kat atas tu sikit je. banyak lagi khasiat Kombucha Tea ni sebenarnya.

Thursday, December 1, 2011

Cara-cara Melayan Suami


Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.


1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya. saya perlu ingat tentang benda ni :)


2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki. suami angkat kaki? taknak lah... saya akan cuba lebih bersabar lepas ni.. minta maaf? memang dah selalu dipraktikkan :)


3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya. omg. saya memang agak keanak-anakan. cepat berubah!


4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat. potong kuku, dah biasa buat. potong janggut/misai.. emm.. takreti. tapi kalau abang nak ajar, saya suka!


5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya. takpernah abaikan permintaan suami. u re my priority :)


6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya. maaflah, kadang2 saya masak ikut selera saya. tapi, saya pun selalu jugak masak apa yg abang suka kan? okey, lepas ni kalau abang ada, saya masak ikut kehendak abang. kalau abang takde kat rumah, baru saya masak ikut selera saya :)


7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga. abang.. seluar abang yang koyak tu hari saya tak repair pun sampai sekarang. masih terlipat kemas dalam almari. saya bukan taknak jahit, tapi saya tak pandai baiki kerosakan macam tu. macam susah je. kalau setakat jahit butang n jahitan yang simple boleh lah. saya pun rasa bersalah sebab tak repair seluar abang tu. kalo saya tampal dengan kain lain boleh? sebab koyakan tu besar sangat.. ;(


8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi. saya tak sediakan barang2 dalam poket suami. sebab saya tau abang tak perlukan semua tu. dalam poket abang mesti ada wallet dan hp sahaja. tapi untuk travelling bag, saya akan sediakan keperluan abang cukup lengkap. perfume, deodorant, berus gg, shaver dll... selain tu saya pun letakkan perfume botol kecil dalam kereta. takut2 kalau abang terlupa nak pakai. hp, rayban, kain pelikat.. beg opis abang tu.. saya akan cuba alert lepas ni. takut abang tertinggal lagi!


9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya. baiklah. sebelah tangan dodoi baby, sebelah tangan dodoikan suami. barula isteri mithali :)


10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri. maafkan saya kalau saya ni pemboros. habiskan wang yang abang bagi sekelip mata je. lepas ni saya akan cuba explain detail barang2 yang saya dah beli menggunakan wang abang. i try my best! tapi.. abang pun janganla boros sangat lepas ni. saya jadi macam ni pun sebab abang tu.. senang sangat nak keluarkan duit dari poket.. hmm..


11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt. okey. kejap lagi abang sampai. saya nak mandi, wangikan diri. mari kita beribadah bersama2 :)


12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya. betul.. setuju. saya harap abang puas hati dengan layanan saya selama ni. makan pakai abang... saya cuba jaga dengan baik. kalau hati abang ada rasa terguris atau tak puas hati dengan layanan saya, saya minta maaf. berterus-teranglah. saya akan berubah. everything i do, i do it just for u... tapi sebagai manusia saya tak lepas dari kesilapan..


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya. saya akan cuba jadi lebih penyabar!!!! saya akan cuba, cuba dan terus cuba. SABAR!!

sumber : tentangcinta.com