Wednesday, December 7, 2011

diet oh diet

berat naik selepas melahirkan? that is what happened to me.

sebelum pregnant : 53kg
sebelum melahirkan : 65kg
selepas melahirkan : 56kg

emm.. sebelum berkahwin : 48kg (maksimum)

kalau anda di tempat saya, mesti tension bukan? saya rasa sangat gemuk dengan berat sebegitu. then, saya mencuba untuk diet. bolehkah?? (+_+)

okey. di previous entry saya dah tulis satu alternatif untuk menguruskan badan. iaitu memakai corset. kali ni saya ingin berkongsi alternatif kedua saya iaitu...

less rice, more vege.. oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengamalkan makan sup sayur.

.sup sayur dengan air masak.

resepi sup sayur ini saya reka sendiri. alhamdulillah, sedap dan kena dengan selera saya. di sini saya sertakan resepi sup sayur yang selalu saya buat, bagi menggantikan nasi untuk hidangan tengah hari. makan panas-panas memang best...!

bahan-bahan:
400g ayam- dipotong kecil
2 ulas bawang putih
bunga kubis
carrot
kubis
tomato
cili merah
kiub jagung
500ml stok ayam
limau nipis
garam secukupnya
beberapa helai daun sup

cara membuatnya:

  1. tumis bawang hingga naik bau. masukkan ayam. kacau seketika.
  2. masukkan stok ayam. biarkan mendidih.
  3. masukkan sayur-sayuran kubis, bunga kubis, carrot, kiub jagung dan tomato. biar mendidih.
  4. masukkan cili merah, garam. tutup api.
  5. perahkan limau nipis dan taburkan daun sup. sedia dihidang!

simple kan? simple tapi berkhasiat. selamat mencuba! :)

2 comments:

AkMa said...

nampak sedap~~yummy..hehehe

LiYaNa said...

..cikgu ditag..
http://cherishlife-iznie.blogspot.com/2011/12/taggiefromghurabadamha.html