Saturday, December 3, 2011

Kombucha Tea...

hey peeps. does anyone of u have heard about Kombucha Tea? okey.. let me tell u what is Kombucha Tea.
"Kombucha is an effervescent tea-based beverage that is often drunk for its anecdotal health benefits or medicinal purposes. Kombucha is available commercially and can be made at home by fermenting tea using a visible, solid mass of yeast and bacteria which forms the kombucha culture, often referred to as the 'mushroom' or the 'mother'." (source: wikipedia) 
untuk pengetahuan korang, Kombucha Tea adalah sejenis minuman berasaskan teh yang diminum untuk tujuan kesihatan atau perubatan. Kombucha pula adalah sejenis bakteria atau yis yang difermentasikan di dalam air teh untuk suatu tempoh tertentu. ia juga dikenali sebagai 'cendawan ajaib' bagi sesetengah orang.


antara khasiat Kombucha Tea adalah seperti berikut :

  • mengubati sembelit
  • memperbaiki sistem tubuh
  • mengurangkan paras gula bagi penghidap diabetes
  • memulihkan fungsi organ pencernaan
  • meredakan stress atau penyakit mental
  • menjadi penawar bagi racun
  • membunuh sel kanser
  • mengatasi insomnia
  • membersihkan pundi hempedu

di sesetengah negara, Kombucha dikenali sebagai 'dewa' atau penyembuh pelbagai penyakit. dan ada juga negara yang mengkomersialkan minuman ini. khasiat yang saya list kat atas tu sikit je. banyak lagi khasiat Kombucha Tea ni sebenarnya.

pengalaman pertama saya minum teh ni? memang ajaib. bukan saya sorang je rasa benda yang sama tau. kakak dan mak saya pun rasa macam tu. first time minum, badan rasa segar. saya yang sebelumnya suka tidur siang, jadi tak tidur siang. bertenaga, banyak kerja rumah yang saya siapkan pada hari tu. ajaib kan? nak tengok cendawan belaan saya?



taraa...


inilah cendawan kombucha yang saya telah bela since a few years ago. tengok tu. dah beranak pinak cendawan ni. macam pancake kan?

mana saya tau pasal cendawan ni? emm beberapa tahun lepas pernah heboh pasal cendawan ni sebenarnya. masa tu ustazah mengaji mak saya yang perkenalkan pada kami. kalo diikutkan masa tu harga secebis cendawan ini sampai beratus ringgit. tapi, atas dasar persahabatan, ustazah mak saya just bagi free je, kata dia, asalkan digunakan untuk tujuan perubatan..

sebenarnya nak pecaya ke tak.. atas individu masing-masing. mungkin ianya berhasil bagi sesiapa yang percaya. mak saya, kurang percaya tentan keajaiban teh ni. so, dia tak amalkan sangat. saya sendiri pun tak amalkan sangat. bukan sebab tak percaya, tapi sejak pregnant, saya berhenti ambil teh ni. takut efek pada kandungan.

sekarang ni rasa macam nak minum balik je. rasanya sedap, masam-masam manis gitu. ada orang tak suka. ada pulak yang terlebih suka. ada yang kata rasanya macam air jeruk kelubi, ada yang kata macam air zapple. terpulang pada deria rasa masing-masing lah. haha..

okeylah. kalau korang nak tau detail pasal cendawan ajaib ni, boleh la google sendiri. selamat bergoogle! :)

1 comment:

shuwen said...

Hi, Cik Sharifah tau tak mana boleh beli benihnya? TQ